Header Ads


MALAS NAK BUAT AIS BATU? BELI JE ICE CUBE COLORFUL KAT DAISO TU


MALAS NAK BUAT AIS BATU? BELI JE ICE CUBE COLORFUL KAT DAISO TU | Sekali nengok semula gambar air tu, kemain haus anak tekak Sis ko ni sambil menaip. Kalau sebelum ni malas sungguh nak buat ais batu, sekarang dah jadi kerja mudah. Amik, tuang dan minum jer.

Tapi cantikkan, colorful sungguh kan ais batu Sis ko hahahaha. Mesti korang pelikkan. Yaa sama lerr dengan Sis masa mula nampak, duk baca ler apa benda tu. Bentuknyakotak kecil-kecil, berwarna-warni, dalamnya ada air dan mengikut pembacaan dan pemahaman Sis, benda tu di letakkan dalam aisbox, dan biarkan dia mengeras. Kemudian nanti nak minum, masuk dalam cawan, letak air.

Bila dah di keraskan, air dalam benda tu jadi keras macam air batu, so bila ko masuk dalam cawan, tuang air, air tu akan sejuklah, macam ais batu biasa tu. Mudah kan. Nanti bila aisnya cair, ia akan jadi air balik semula..kemudian korang cuci dan masukkan balik dalam aisbox, berulang-ulang laaa..


Sis beli kat Daiso. Ada le dalam 10 biji gitu RM5.10. Haritu ada juga jenis plain, tapi Sis beli yang colorful, menarik sikit hehehe.. Tu lerr dia, kalau dah masuk Daiso memang meroyan dalam tu kan, ada je benda nak di belinya. Tak pernahnya keluar dnegan tangan kosong hehehe.

Korang kalau suka minum sejuk dan nak cepat malas nak leleceh bikin ais tu, haaa bolehlah beli yaa, sangat mudah dan ringkas.



Sis dah cuba tau, letak dalam botol air kemudian biarkan, perghh sejuk sama macam kita buat ais batu biasa tu juga., ketahanan beku dia pun boleh tahan lama gak.. Sejuk aje air yang kita minum tu haaa..

Kalau korang jenis nak buat banyak dalam satu jug ke, korang belilah lebih, baru ler betul-betul sejuk. Alaaa walaupun mahal RM5.10 tu, kalau boleh guna banyak kali, sama je kan berbaloinyaa...kalau ko rajin ko buat ler sendiri...ini hanya guna waktu kemalasan aje.

Bak kata orang, benda ada mudah, apa salahnya kita cubakan..

Okay dah tu jer nak kongsi untuk harini.. Konon harini tak masak, sebab Suami kata tak payah masak, tapi aishh tekak plak nak makan asam pedas ikan duri, makanya terjadilah lauk harini Sayur Lemak Labu, Sambal Sotong Kering dan Asam Pedas Ikan Duri hahahaha..

Tu nanti ler Sis share menunya ya.. Ok dah lerr..jom le mandi..
Bye..


P/S: Dari pagi perut kembong sebu je ni, adeiii... 

17 comments:

  1. wah menarik ni...haritu baru je gi daiso..

    ReplyDelete
  2. Kreatiflah dia orang yang cipta benda ni.

    ReplyDelete
  3. Best gak.. lagi waktu emergency orang orang lupa isi ais. Berguna ni

    ReplyDelete
  4. Wah.. menarik. Tak perlu nak isi2 tray ais lagi

    ReplyDelete
  5. Agaknya dia letak pewarna la dlm ais ni... cantik tapi memang la harga mahal dari ais biasa so sekali sekala ok la masa ada jamuan ke apa kr..

    ReplyDelete
  6. ada jugak macam ni. haha lepas ni nak masuk daiso boleh beli ni. sbb ais kita buat sebelum ni mengganggu kelikatan air yang dah dibancuh

    ReplyDelete
  7. Maksudnya dia macam ice pack yang besar tu juga kan kak. Kita tak perlu isi air or buat apa-apa. Masukkan je kiub tu dalam peti sejuk aje kan. Hehehe. Nanti nak cari. Bleh recycle guna ni yang saya suka.

    ReplyDelete
  8. Ahax...... I saw this product at Daiso once. Masa tu x terpikir pula product ini utk apa. Nampak menarik juga ek.

    ReplyDelete
  9. Uyoooo macam ni pun ada, haha hope tak bahaya lah, tapi comel naw ais ni hiks nNti nK try lah

    ReplyDelete
  10. selamat tak lin hahahah..nanti nak carikla macam menariklah pulak hahah..untuk dicuba

    ReplyDelete
  11. Lama tak masuk daiso. Memang rambang mata mcm2 nak borong. Tapi tak pernah tahu ice cube colorful ni. Comel plak. Buat jamuan mesti pelik je org tgk. Menarik sgt

    ReplyDelete
  12. Eh eh nampak menarik ni boleh guna bila kat rumah tak ada ais. Nanti nak try cari kat daiso lah.

    ReplyDelete
  13. first time nampak colourful ice ni. Menarik jugak ni, kena try masuk Daiso jugak l gayanya

    ReplyDelete
  14. Pernah viral dulu ais batu Daiso ni tapi yang tu warna macam batu tapi kak lin punya dah advance lah warna colourful, cantik sikit hehe

    ReplyDelete
  15. Tak pernah cuba and beli takut skt nak beli benda2 mcm ni

    ReplyDelete
  16. Tak pernah cuba lagi wow colourful icr cube nya

    ReplyDelete
  17. ala comelnya ice cube colourful ni.. rasa nak beli tapi untuk mainan anak-anak.. hahaha.. geram pulak tengok

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.