Header Ads


BEST Inc. PERLUAS PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA KE ASIA TENGGARA


BEST Inc. PERLUAS PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA KE ASIA TENGGARA | BEST Inc. (NYSE: BEST) ("BEST" atau "Syarikat),  peneraju penyedia perkhidmatan logistik dan rangkaian penyelesaian pintar bersepadu di  China, hari ini mengumumkan pengembangan operasinya di Asia Tenggara sekaligus telah melancarkan perkhidmatan penghantaran parcel berasas teknologi di Malaysia, Kemboja dan Singapura bagi memenuhi permintaan e-dagang.

BEST melancarkan perkhidmatan penghantaran ekspres di Malaysia, Kemboja dan  Singapura selepas kejayaan memasuki pasaran Thailand dan Veitnam pada tahun lalu,  satu lagi usaha signifikan syarikat untuk membina rangkaian logistik yang efisien dengan  liputan rangkaian menyeluruh di Asia Tenggara.

Johnny Chou, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BEST Inc.  berkata: "Kami teruja untuk membina rangkaian logistik kami di Asia Tenggara, wilayah  tumpuan dalam strategi global kami. Penularan wabak COVID-19 meningkat dan  memperkukuhkan kehendak penggura kepada e-dagang dan membentuk potensi yang  lebih besar di rantau ini. Kami yakin perkhidmatan logistik menggunakan teknologi dan  pilihan penghantaran ekspres berkualiti tinggi menjadi komponen penting perkhidmatan  buat para pengguna dan peniaga, semasa tempoh kritikal ini dan selepas itu."


Berdasarkan kejayaan model aset mudah dan pengalamannya di Thailand dan Vietnam,  BEST merancang mengendalikan sebanyak 12 pusat penyisihan (sortation center) dan  400 pusat perkhidmatan di Malaysia, Kemboja dan Singapura dalam tempoh tiga tahun  akan datang.

Di Malaysia sahaja, BEST merancang untuk mengendalikan tujuh pusat penyisihan dan  270 pusat perkhidmatan meliputi Malaysia Barat dan Timur dalam tempoh tiga tahun. Ini  termasuk melengkapkan pusat penyisihan di Kuala Lumpur dan Phnom Penh dengan  peralatan automasi seperti laluan penyisihan berkelajuan tinggi dan sistem imbasan  berdimensi.

Syarikat turut melihat kepada usaha meningkatkan perkhidmatan logistik antrabangsa  dengan melabur dalam penyelesaian logistik rentas sempadan merangkumi lima pasaran serantau di Asia Tenggara dan China.

Berdasarkan kajian bersama oleh Google, Temasek dan Bain & Company, dengan  pengguna internet seramai 360 juta, sektor e-dagang di Asia Tenggara dalam landasan  mencapai angka US$150 bilion menjelang 2025 daripada US$38 bilion tahun 2019.

Bagi  memenuhi permintaan e-dagang dan keperluan pengguna yang semakin meningkat,  BEST menawarkan pilihan penghantaran hari esok (next-day) untuk daerah-daerah utama  di Thailand dan perkhidmatan pada hari sama (same-day) di Ho Chi Minh City dan Hanoi  di Vietnam. Nilai parcel dari Asia Tenggara yang dikendalikan syarikat mencecah 8.8 juta  dalam tempoh suku pertama.

BEST turut mengintai peluang untuk menyediakan perkhidmatan tambahan di rantau ini,  termasuk pengurusan penyedia rantaian, penghantaran barangan, dan pembrokeran  kapasiti muatan lori, dengan rancangan untuk beroperasi di Indonesia dan Filipina dalam  masa terdekat.


P/S: Tahniah buat BEST Inc. !! ..

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.