Header Ads


JOM PERBANYAKKAN AMALAN PADA 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH


JOM PERBANYAKKAN AMALAN PADA 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH | Zulhijjah merupakan salah satu bulan istimewa dalam Islam dan merupakan bulan terakhir di dalam kalendar Takwim Hijrah. Ibadat Haji dilakukan di bulan ini dan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha juga disambut pada setiap 10 Zulhijjah.

10 hari pertama yakni (1 - 10 Zulhijah, kalender Takwim Hijrah) merupakan hari-hari yang terbaik untuk beramal (beramal dengan kebaikan) kerana Allah Taala mengikut perspektif Islam, lebih menyukainya jika dibandingkan mengerjakan amalan-amalan baik pada hari-hari lain dalam tempoh sepanjang satu tahun bagi setiap tahun di dunia.

Perkara ini dijelaskan mengikut Hadis Sahih yang lafaznya diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, ia juga dapat dipertemukan dalam Sahih Bukahri no; 969 dan [[Jami' at-Tirmizi]; no 757. Hadisnya berbunyi:

Tidak ada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?, Nabi menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu tidak kembali dengan sesuatupun."


Antara amalan yang perlu dilakukan dalam 10 hari ini ialah:

1. Solat
Seharusnya kita melakukan solat berjemaah dan yang paling baik adalah di masjid dan memperbanyakkan solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan.

Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu. - [Imam Muslim].

2. Puasa
Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan. - [Imam Ahmad No 6/287].

Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.

3. Takbir, Tahlil dan Tahmid
Ini kerana berdasarkan hadis Ibnu Umar yang mengatakan bahawa Rasulullah bersabda: Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah). - [Imam Ahmad No 5446].

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu, solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

NOTA:
Hari Tasyrik iaitu hari ke- 11,12, dan 13 Zulhijjah adalah diharamkan berpuasa kerana hari-hari tersebut juga merupakan "Hari Makan Minum" untuk umat Islam. Bagi mereka yang sedang melakukan ibadah Haji dan sedang berwukuf di Arafah, hari ke-9 Zulhijjah juga adalah dilarang melakukan ibadah puasa. Namun bagi yang bukan berada dalam ihram, mereka disunatkan berpuasa pada hari wukuf.

Baca juga : Niat Puasa Arafah 


P/S: Sedih rasa hati, sebab tahun ini tiada laa dapat melihat secara langsung Jemaah mengerjakan Haji di Mekah.. MOga wabak Covid19 segera berakhir!.. 

8 comments:

  1. sedihkan Sis sebab ammi pun slalu je tgk kat TV live dari Mekah. Sayu je hati.

    Semoga berlalu dengan segeralah virus ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Ammi, kalau tak memang di tunggu khutbah di Mekah.. tahun ni lain dah rasa..

      Delete
  2. Semoga segera berlalu virus ini...
    terima kasih infonya sangat bermanfaat...

    melawat dari segmen
    https://webayas.blogspot.com/2020/07/segmen-nak-url-blog-37-mialianacom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn...kita jaga kita, insyaAllah semuanya akan baik-baik aja..

      Delete
  3. saya Balik kampung malam raya. siang nya boleh la puasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah... moga dipermudahkan semuanya..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.