Header Ads


TUDUNG ALA FAEZAH ELAI BUAT AKU JATUH CINTA PADANYA


TUDUNG BAWAL ALA FAEZAH ELAI BUAT AKU JATUH CINTA PADANYA | Arghh sudah, belum reda membeli bawal/shawl Nealofar, kemudian bawal AmeraZaini, now datang plak kemaruk Sis membeli dan mengumpul tudung bawal sarung ala Faezah Elai ni plak..

Masa mula viral, nampak dah kawan pakai, tengok macam senang aje main sarung, elok terbentuk awningnya, tapi nak membelinya satu kemalasan nak membelek di Shopee tu, kang lain yang di belinya. Tapi bila ada kawan terdekat yang menjualnya, apalagi...terus Sis tanya dan dia kata dia ada jual.

Punyalah excited, terus order segala warna yang ada stock, kalau boleh semua warna Sis nak belinya oiii hahahaha...tapi sebab belum tengok dan rasa kainnya macam mana, so Sis belilah dulu beberapa helai dan warna kasi test dulu.


Sekali bila dah dapat dan cuba memakainya, alaaaaa sukanya!! terus jatuh cinta pada tudungnya, sangat selesa dan senang memang nak bentuk dan memang sangat menutup aurat. Dah macam cikgu sekolah mengajar subjek agama plak dah kan hahahaha..

Gambar atas tu warna hitam, tu le pertama kali Sis memakainya semasa keluar dengan anak Sis. Anak pun siap cakap, memang sesuai dengan Mak lerr hahahaha macam cikgu katanya, dah agak dah ayat tu juga dia keluarkan hahahaha..

Lepas tu apalagi, order lagi dan lagi, pilih warna lagi, adeiii nasib baik laaa juga bila bagitau Suami dan tunjuk sekali Sis pakai, Suami tak cakap apa, diam aje, janji beli dapat claim hohohoho..



Sis bila dah suka akan benda tu, memang akan mulalah meroyan membeli, kalau boleh nak semua warna beli, pakkal je laaa masih dapat menahan nafsu ni.. Baru je mengemas tudung lama kasi clear bagi adik-adik, dah tambah tudung baru le pulak.

Yang bawal Nealofar dan AmeeraZaini pun ada yang tak pakai lagi, aje giler!. Ni kalau anak yang sulung balik nampak, dia lee orang yang paling kuat membebel hahahaha. Tapi takpe, Sis suka tudung ala Faezah Elai ni, sekurangnya jika kita memakainya, kita menutup sebahagian aurat kita. Tudungnya labuh didepan dan dibelakang.

Ada macam jenis dan tag brand tudung ni, kain pun ada yang berat, ada yang ringan, tapi setakat ni Sis beli walau berlainan tag brand tu dan kain jenis lain, semuanya alhamdulilah sedap pakai.

Kira Sis ada membeli dengan dua orang kawan. Satu kawan yang duduk Scientex sini, boss founder Suraya Mother Care & Beauty dan satu lagi ahli JDT Blogger Sis, Nona. Dan Nina ni jugalah yang bawa tudung ala Faezah Elai yang design corak, Sis amik satu try, sedap pakai!.


Siang kawan Sis, Suraya datang bawa yang warna plain, Sis amik sampai 4 warna, memang dah order dengan dia awal-awal lagi masa mula nak pakai tudung ni. Kemudian malamnya Nona plak datang bawa lagi tudung ni dan ada bawa yang bercorak.

Apalagi Sis beli lagi, hahahaha adeii seharian menyoping tudung aje kejenya Sis ko. Kebetulan Sunah pun ada bermalam rumah Sis, dia pun beli juga, terus kami jadi model si Nona, tersampukkk hahahaha..

Bukan apa, selesa pakai, Sunah yang katageri wanita bertudung labuh pun bila pakai, terus beli sebab mencukupi syarat menutup auratnya. Ada juga yang saiz agak pendek, dan ada yang saiznya labuh, kena pandai laa korang memilihnya. Tapi tudungnya sama je.

Harga? Susah nak kata, sebab kalau di Shopee korang akan nampak harga lebih murah, tapi biasalah kalau beli online, korang tak tau macam mana kualiti kainnya dan tak dapat nak mencubanya. Yang kawan-kawan Sis jual ni, harganya RM20. Memang puashati. Boleh pegang dan cuba.

Pilihan di tangan korang. Aapalagi, jom le tersampuk sama yaa.. hehehehe

Jangan-jangan koleksi korang lebih banyak dari Sis punya kan hehehehe..


P/S: Terima kasih Suami sudi membayar balik  duit beli tudung ni, moga murah rezeki Suamiku. 

28 comments:

  1. ahahahahahha weiiiii gambar pakai baju tido jugak ko masukkan ekkk..nasib baik senonoh aje...wakakkakaka! aku pun rasa macam nak belek gak la lagi tudungnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha...adeii comel kannn..aku siap dah beli lagi semalam lalalalala

      Delete
  2. Kita lama mencari tudung ni. Tapi, belum lagi terbeli. Hahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha...cantik. sabar2..kawal nafsu shopping

    ReplyDelete
  4. Suka gak tudung ni nampak kemas tapi tak jumpa lagi size kecik. Maklumlah tak cukup tnggi nak pakai labuh2. hihihi

    ReplyDelete
  5. cantiknya kak... suka lah tudung sarung gini yang awning nya cun... labuh pun just nice

    ReplyDelete
  6. Tudung begini memang mudah dan cepat disarung apabila kita tengah bz sangat dan tiba2 ada tetamu dtg... jd tudung begini bole jd penyelamat hihi

    ReplyDelete
  7. wahhhh cantik..
    kalo sy pakai mesti jd xcantik.. tgok org lain pakai helokkk je terletak.. haha

    ReplyDelete
  8. wah..comel semua model tudung faezah elai. suka tengok orang pakai. tapi bila sendiri pakai tak tahu camne rupa dia.

    ReplyDelete
  9. cantiknya sis.. harga pun kira okla tu.. tengah mencari jugak tp bila tengok harga lebih rm60 tak jadi nak beli.. haha..

    ReplyDelete
  10. Tengok dah semakin ramai yang pakai la Sis.Senang sarung terus boleh gerak ke mana-mana.Minimalis tapi cantik dan kemas.

    ReplyDelete
  11. Cantik sis ! Tudung ini memang cantik and can see the quality is good too. Good for hijab girls and you are lucky that hubby bought for u hehe

    ReplyDelete
  12. Alahai cantik dan murah pulak harganya. Sib la jauh.. Xde ke kawan tu ade kawan2 area PD ni.. Hahaha..

    ReplyDelete
  13. Wah . Terus rasa nak beli jugakkkk.

    ReplyDelete
  14. All designs are simple but sweet. Tak tahu pula saya Faezah Elai pun day jenama tudung sendiri. Hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Fadima, tudung ni bukan jenama Faezah Elai, dia tak pernah keluarkan tudung, cuma tudung gaya ni Faezah Elai pakai, sebab tu claim 'ala' Faezah Elai hehehehe...

      Delete
  15. Sama dengan kawan Rawlins - dia akan beli sampai semua warna yang dia gemar bila dia dah suka tudung tu. Lepas beli dia akan cakap ‘ala, mesti suami aku bising kang’ hahaha

    ReplyDelete
  16. ini mcm menghasut untuk beli ni heheh nampak cantik sgt :)

    ReplyDelete
  17. dah beli banyak2..multicolor pastu nanti tetap kata takde tudung matching ngan baju hahahah

    ReplyDelete
  18. Saya pun sekarang pakai tudung stail camni kak. Senang jaga aurat, pastu nak melasak pun best. Sebab bila keluar hantar or ambil anak dr sekolah, rasa cun. Compare kepada tudung sarung yang kain lycra tu nampak mcm acik-acik. Hahaha

    ReplyDelete
  19. Betul.. Nampak tudung faezah elai ni senang je pakai dan lawa.. Tapi kalau basuh nak gosok dia snenagvtak sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa senang Nad, Sis dah banyak kali cuci dah, elok aje seperti sebelumnya..

      Delete
  20. cantik yer sis lin.. okay, memang terjebak gak ni nak beli jugak. tudung yang tutup dada nampak ayu di gayakan

    ReplyDelete
  21. cantik juga ye. sekarang ni kena cipta trend baru, baru ramai yang akan ikut nanti

    ReplyDelete
  22. saya sebenarnya tak reti nak bezakan gaya tudung hehe. di mata saya semuanya nampak sama, mungkin sebab saya tak ambil tahu sangat tentang gaya tudung ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah memang ar, sebab ko tu lelaki oii hahahahaha

      Delete
  23. Sis pakai tudung cmni terus nampak lagi muda taw. Tengok orang pakai cantik je. Kalau ena pakai takut nampak makcik2. Hahahah

    ReplyDelete
  24. Hehehehe tudung macam ni memang orang perempuan suka lah hehehe senang dan nampak lebih kemas kita nak beli hadiahkan kepad ibu dan adik kita lah heheheh...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.