Header Ads


HARI JUMAAT DIUMUM SEBAGAI HARI JAWI


HARI JUMAAT DIUMUM SEBAGAI HARI JAWI | Masa baca berita ni semalam, pada mulanya kan, Sis terdetik, eh Jawi 'bersunat' ke? so bersunat hanya hari Jumaat aje la ek', terus di gelakkan oleh kawan-kawan Sis hahahaha...adoiii..

Kesahnya Hari Jawi tu hari tulisan Jawi lerrr.. poyo ngek betul Sis ko kan, terpesong jauh di kotak fikiran hahaha. Yaa laa Sis dari dulu, kalau budak bersunat aje, arwah atuk semua akan kata 'masuk jawi', entah apa maksudnya pun tak tau, sebab tu lerr semalam bila baca terus teringat orang bersunat hahahaha.

Dah dah, kemain sakan gelakkan orang ek..

So lepas ni setiap Jumaat, kita latih diri kita menulis dan update di laman sosial menggunakan tulisan jawi yaa.. yang tak reti macam mana tu, boleh update atau download apps keyboard tulisan jawi. Tapi nak lagi best dan paling real, korang tulis di kertas guna tulisan jawi, amik gambar dan update laa di laman sosial korang, haaa baru betul jawi kan!

Amacam? Sudah bersediakah? hehehehe...


HARI Jumaat diumumkan sebagai 'Hari Jawi' bermula semalam (10 Julai 2020) dalam usaha mengekal dan memperkasa sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam kenyataan hari ini berkata, usul ini dibawa dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas dan mendapat sokongan penuh daripada semua ahli jemaah menteri.

"Kerajaan serius memartabatkan tulisan Jawi. Saya menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini," katanya.

Beliau berkata, bagi menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi, kepala surat rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi mulai hari ini.

Zulkifli berkata, penggunaan tulisan Jawi juga akan turut diperluas meliputi penyampaian maklumat menerusi platform media sosial rasmi agensi di bawahnya.

Katanya, tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Akta itu menyatakan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi, dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.

Sumber hMetro


P/S: Sis pandai menulis dan mengeja Jawi, tapi tulisan aje tak berapa cantik..nak kena praktik balik laa kan.. 

6 comments:

  1. bila bos kaella forward artikel tentng ni dekat group, dia siap cakap dengan kitaorang kena cakap jawi. siap semua orang blur macam mana nak cakap jawi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa adeiii lawak lerr Bos ko Kaella hahahaha

      Delete
  2. jauh terpesong ke sunat tu kak. kiranya ber'jawi' lah di hari jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tu lerr, lawak kan Sis ko hahahahaha

      Delete
  3. moh le lepas ni kita bersama-sama merangkak membaca jawi (ehhhh ammi jelah merangkak...korang yg lain terror).

    good effort Tuan Mufti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Ammi, merangkak tapi kita cuba, jangan tak tau tapi taknak belajar kannn..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.