Header Ads


WUKUF DI ARAFAH - JOM PERBANYAKKAN DOA DAN AMALAN


WUKUF DI ARAFAH - JOM PERBANYAKKAN DOA DAN AMALAN | Berdasarkan kepada Kalendar Islam di Malaysia untuk tarikh penting 2020M/ 1441H, tarikh 1 Zulhijjah adalah pada 22 Julai 2020, maka Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, adalah pada 30 Julai 2020 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah.

Puasa sunat pada Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf boleh dilakukan oleh umat Islam di Malaysia pada hari Khamis, 30 Julai 2020 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah. Pada tahun ini, 9 Zulhijjah 1441 Hijrah di di Malaysia jatuh pada hari Khamis, 30 Julai 2020. Umat Islam disunatkan berpuasa mengikut tarikh tersebut.


Kelebihan Hari Arafah

Hari Pembebasan
Ya, Hari Arafah adalah hari pembebasan. Membebaskan kita dari api neraka dan hari di mana Allah S.W.T turun ke langit dan berbangga dengan hamba-hambanya di depan malaikat. Rasulullah S.A.W bersabda :

“ Tidak ada satu hari pun yang Allah lebih banyak membebaskan hamba-Nya dari api neraka daripada hari ‘Arafah kerana pada hari itu Dia turun kemudian membanggakan-banggakan di depan para Malaikat seraya berfirman : ‘Apa yang mereka inginkan?’ ( Sahih Muslim 3275 )

Hari Disempurnakan Agama
Selain merupakan hari pembebasan dari api neraka, Hari Arafah juga adalah simbol kepada sudah sempurnalah agama hamba-Nya. Sebagaimana firman Allah di dalam surah Al- Maidah ayat 3 :

“ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu dan aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”

Hari Doa Terbaik
Pada hari ini adalah waktu paling mustajab doanya. Maka ambillah kesempatan pada hari Arafah untuk kita mengangkat tangan dan berdoa jika sekarang kita sedang dirundum masalah. Jika sekarang kita sedang mengumpul kekuatan untuk berubah. Jika sekarang ini kita sedang bergelut dengan dosa-dosa yang tiada sudah. Maka hari inilah peluangnya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita lantas menguatkan hati kita untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Sabda Rasulullah S.A.W :

“ Sebaik-baik doa ialah doa pada hari ‘Arafah. Sebaik-baik ucapan yang pernah aku dan rasul sebelumku ungkapkan ialah ‘tiada tuhan melainkan Allah..” ( Riwayat at-Tirmizi ).


P/S: Moga segala doa dan amalan kita di angkat oleh Allah swt..aamiinn..

2 comments:

  1. 30 julai tu anak2 buah aku puasa..aku pulak tak puasa, segan jadinya..lupa sungguh sebab da sangkut dalam jammed macam tu..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.