Header Ads


SUBUR PLAK POKOK OREGANO AKU


SUBUR PLAK POKOK OREGANO AKU | Celik mata pagi tadi duk nengok pokok bunga, sekali ternampak laaa pokok Oregano Sis ni haa, waa kemain subur plak dia membesar dengan hijaunya. Elok je hidup dalam pasu kecik tu.

Ini adalah pertama kalinya Sis menanam pokok Oregano ni. Pokok Oregano ni adalah pemberian dari kawan Sis, Kak Mas. Kak Mas tu ada banyak tanam pokok Oregano ni. Masa ke rumahnya Sis minta sikit dan dia petik dan bagi Sis 2 batang pokoknya. Balik Sis rendam dulu dalam air kasi naik akar, kemudian barulah Sis pindahkan ke dalam pasu.

Dah hampir sebulan kot rasanya, now pokoknya dah tinggi dan subur menghijau. Buat masa ni Sis belum petik dan guna lagi. Kalau ada pun petik buat gigit dalam mulut pepagi. Dan sebenornya tak tau nak guna buat apa hahahaha. Suka tanam sebab suka akan baunya yang boleh menghalau nyamuk kata orang.

Nanti laaa Sis cuba google dan baca, apa boleh buat dengan daun Oregano ni. Ye laa biasa beli dah siap serbuk atau jenis kering, ni daun segar, mana le kita tau kan hehehe..



Pokok Oregano 

Nama Botani : Origanum Vulgare L.
Famili : Lamiaceae

Oregano merupakan tumbuhan jenis renek yang berasal dari Mediterannean. Pokok ini sama spesisnya dengan pudina dan ketinggiannya sekitar 1 meter sahaja. Oregano memiliki rasa yang agak unik, didefinisikan sebagai 'pedas' dan ia kaya dengan kandungan anti oksidan. Oregano boleh dibiakkan melalui biji benih, keratan batang dan pecahan anak.

Kegunaannya: 

Bahagian yang paling banyak digunakan adalah daunnya samada dalam bentuk segar atau dikeringkan. Akar dan buahnya juga ada kegunaan terutama dalam perubatan herba. Daun segar oregano boleh dimakan sebagai pembuka selera.

Ia juga digunakan dalam pembuatan kebab, perisa, penghias masakan dan perencah makanan. Daun oregano yang dikeringkan banyak digunakan sebagai perisa untuk biskut, lauk (daging dan ikan), salad, sup dan teh. Minyak daripada daun dan buahnya digunakan sebagai perisa untuk jeruk, daging, sos dan sosej. Akarnya boleh dimakan sebagai sayuran.



Lain-lain Kegunaan :

Daun oregano yang ditumbuk boleh merawat bengkak, lebam, luka kecil, terseliuh dan bisa gigitan serangga. Ia juga boleh ditampal pada payudara untuk menghentikan pengeluaran susu ibu. Estrak oregano didapati mampu untuk menyembuhkan infeksi telinga, meredakan demam, batu karang, memulihkan otot rahim, merangsang dan melancarkan haid, mernagsang pengeluaran susu ibu, merawat darah tinggi dan sakit perut,

Daunnya mengandungi antiseptik, expectorant dan antipasmodik. Daunnya yang segar dikunyah untuk menghilangkan bau nafas yang kurang menyenangkan dan boleh menjaga kesihatan kulit.

Baru ku tahu banyak khasiat pokok Oregano ni yaa.. Haa korang dah ada tak pokok Oregano ni? Kalau takde bolehlah cuba tanam ya.


P/S: Nanti buat spageti bolehlah amik selai hiris dan tabur atasnya kan, mesti shedap.. 

18 comments:

  1. banyak juga khasiat tanaman ini.
    kenapa ek wak tak tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak, ni pun minta kat kawan, sekali tanam subur plak dia..

      Delete
  2. Uishhh hijau cantik dauun dia.. Senang sis pasni petik2 aja nak masak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, pepagi selalunya Sis makan masuk dalam mulut Farah hahahaha

      Delete
  3. Banyak jugak benefit ye. Kita tahu buat masakan aje. Bagus ni guna ntk anak demam cara semulajadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, Sis tau masuk dalam spageti aje hehehe tu pun beli kering..

      Delete
  4. cantik rupanya pokok oregano ni..
    yg sy tau oregano ltk dlm pasta tu je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, daunnya agak berbulu sikit...tapi bau dia kuat..

      Delete
  5. buat la pizza ke, bolognese ke...sedap tabur ni...

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak kegunaanya ye.. ingat letak masa masak spagetti & pizza je.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, ingat buat masak aje Dilah hehehe

      Delete
  7. Oooooo..macam ni ye rupa pokok oregano. Biasa beli yang dah hancur kering siap siap tu. best gak ada tanam oregano ni. boleh letak dalam masakan fresh fresh lagi terasa aroma dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lerr Sis Fizah, biasa beli yang kering tu jeee..ni baru tanam yang real punya hahahaha

      Delete
  8. baru tahu rupa asli oregano ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ramai juga yang baru mengenalinya..

      Delete
  9. sebelum baca tadi ingatkan daun pudina tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa ramai juga ingat pudina tu Ammi...hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.