Header Ads


PETIK DAUN PUDINA HASIL TANAMAN DI KEBUN SENDIRI


PETIK DAUN PUDINA HASIL TANAMAN DI KEBUN SENDIRI | Ececece macam besau nau je kebun ko ek Sis Lin, sampai petik-petik hasil bagai kakakakah. Eh, sukahatilah kannn, janji merasa gak petik daun hasil di kebun sendiri, dah macam ala-ala kat Cameron ajer lalalala.

Tak sangka Pokok Pudina yang Sis beli di nursery yang dulunya kecik ajer, sekarang membiak dan subur dengan dedaun hijaunya. Baunya tu, aduh rasa nak kunyah-kunyah je semua satu pasu tu makan hahahaha..

Yaa beli sepasu kecil RM10 ajer, now dah besar sebab Sis dah alihkan ke pasu lain, tu pun pokoknya Sis dah petik-petik amik hasilnya, kalau tak naik tinggi batang pokoknya. Lagi kita patahkan dan petik daunnya, lagilah meriah dia naik tumbuh anak baru.

Ada tu pun dah tarik, kasi kat kawan, dia nak tanam, tak tau le tu apa cerita pokoknya tu hehehe..



Alaa kalau takut tanam sendiri tak hidup, beli aje kat nursery sepasu kecik, kemudian jaga belai sendiri, kalau elok membesar, haaa pindahkan ke pasur besar, baru puashati. Kang ko tanam sendiri amik dari batang ke anak pokok, tapi terkengkeng hidup pokoknya, ko juga kang hilang sabar kann hahahaha.. benda ada mudah, buat apa nak susah, keluar modal ciput je..

Daun pudina ni yang selalu petik dan makan gigit, sapa lagi kalau bukan Suami Sis. Kadang sebelum pergi kerja Sis perhatikan jer, dia jenguk dan duduk kejap kat taman tu, ehhh dia petiknya selai dua, masuk mulut makan hehehehe.. buat pewangi nafas katanya.

Esok-esok kalau togel pokok tu, tau ler siapa yang kerjakannya hahaha..


So pagi tadi dalam membelek kebum mini Sis, Sis nengok pokok pudina ni Sis petik laa barang segengam, kemudian terus cuci dan biarkan sekejap then bancuh air tehO dan masukkan dedaun pudina tu dalam cawan tehO Sis, ermmm harummnya bau pudina dia.

Godak-godak biarkan kejap. Kemudian pepanas tu Sis hirup tehnya, masyaAllah sedapnyaa lahaiiii..terus rasa segar minda uittt..mana taknya aroma dan rasa mint tu buat kita rasa fresh!..  Cuma Sis letak terlebih plak, dah tehnya rasa pedas-pedas macam gula getah plak hahahaha..

Kegunaan dan Khasiat daun mint/pudina

Daun pudina mempunyai ciri-ciri yang besifat sejuk. Oleh yang demikian, dalam perubatan masyarakat Cina, daun pudina dijadikan sebagai teh untuk kegunaan harian. Selain itu, daun pudina juga telah lama digunakan di Eropah sebagai penawar bagi penyakit batuk.

Spesies tumbuhan herba ini juga turut digunakan dalam merawat penyakit berkaitan paru-paru, demam selesema, membuang angin dalam badan dan juga menghilangkan ruam kulit. Bagi yang sering berhadapan dengan tekanan di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian, pengambilan teh daun pudina juga dapat menghilangkan tekanan.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan pada daun pudina yang kita tak tahu. So eloklah kita mengamalkan penggunaan daun pudina dalam kehidupan kita. Korang dah ada tak sepasu?


P/S: Pudina ada banyak jenis, so hati-hati ya kalau nak beli, takut terkena yang beracun, tanya yang pakar dulu sebelum membeli. 

22 comments:

  1. Segar betuk nampak daun pudina sis..
    Memang segar dan nyaman je kalau minum teh O yang diletakkan daun pudina.
    Okay...pepetang kang nak gi godak Teh O dan secebis daun pudina jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Leya, tanam dari pokok kecik aje beli di nurseri, tak sangka boleh naik subur gitu, puas petik dan gunanya..

      Delete
  2. memang best kalau minuman tambah daun pudina ni.Dapat yang sejuk lagi best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Eda, kalau nak tanam, boleh Sis bagi anaknya, senang nak hidup ni..

      Delete
  3. wow. meriah betul daun pudina tu. subur sangat. bestnya minum grape campur pudina sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Kaella, tak sangka boleh subur meriah daunnya..

      Delete
  4. Uishhh segarnya daun pudina kak lin kita tanam...seronok!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kan kan memang tak jangka boleh sesubur gini Julia hahaha

      Delete
  5. Wah bestnyaaa! Tinggal petik letak dalam minuman kan.. bestnya rasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap pagi petik makan masuk mulut TK, sedap macam gula getah hehehe

      Delete
  6. Nikmat betul dapat secawan teh pudina. Love it!

    ReplyDelete
  7. Banyak juga khasiat daun pudina :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Sis pun baru tau juga bila smabil menaip sambil mengoogle..

      Delete
  8. Ni nak ajak suami gi nurseri kejap lagi ni... last week dah beli daun salam. Minggu ni beli mint pulak la... bulan dah depan dah boleh buat nasi aran dgn mint tea 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe beli Yan, pasu kecik ada rm10 jer...ada jenisnya pudina.. senang jaga dan belai..

      Delete
  9. Dulu pernah beli jenis macam yang selalu beli dekat mall tu. Tapi tak bertahan lama pulak. jenis ni belum pernah nampak lagi. kalau hidup subur okaylah boleh petik selalu letak dalam teh o panas. suka bau mint

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Fizah, Sis mula nak beli yang biasa tu, sekali budak nursei tu yang rekemen yang ini sebab dia kata senang nak hidup..

      Delete
  10. waaahhh best tanam sendiri bebila nak petik je..
    hasil tanaman tu lagi rasa puas hati =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr tanam sendiri puashati bila nampk gemok pokoknyaa hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.