Header Ads


RESEPI CHILI CRAB YANG MUDAH DAN SEDAP


RESEPI CHILI CRAB YANG MUDAH DAN SEDAP | Kalau yang ikuti ceritera Sis sebelum ni, mesti korang tau kan, Sis sekeluarga memang suka makan seafood terutamanya Ketam atau bahasa omputihnya Crab. Tapi kebiasaannya bukanlah ketam yang biasa tu, tapi Suami suka beli Ketam Nipah atau orang panggil juga Ketam Bangkang gitu.

Memang beza giler ketam biasa dengan ketam nipah ni, saiznya aje dah nampak beza. Dan yang selalu orang tak suka beli sebab ianya besar, harga pun mahal, dan kebanyakkannya di jual ketamnya hidup, so ramai kurang tau macam mana nak matikan ketam nipah ni. Sis pernah kongsi, so korang cubalah ya.

Dan sepanjanglah Suami membeli ketam nipah ni, belum pernah lagi Sis mencuba masak Chili Crab atau bahasa melayu di sebut ketam masak sambal, sebab selalunya ketam nipah ni Sis akan masak black pepper atau pun masak sup. Tapi tiba-tiba haritu Suami minta pulak masak Chili Crab.

Membelek gak Sis ko di google mencari resepi. Bukan takut nak ikut resepi sendiri tapi kita nak pastikan, betul atau tidak bahannya, so bila Sis belek resepi di google, semua bahan lebih kurang sama dengan apa yang Sis sediakan.

Apalagi, jom le kita memasaknya hehehe..sori laaa gambar hanya ada ini seketul aje, gambar lain Sis dah terdelete pulak, tapi sama je gambarnya, jadi lee gambar dari kuali kannn, dari takde gambar, kang ko kata Sis beli plak hahahaha...


Resepi Chili Crab Yang Mudah Dan Sedap 
Resepi Asal : Secuitrasa 

Bahannya:

Bahan A:
3 ekor ketam
3 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
1 biji telur dipukul

Cara-caranya : 
1. Ketam dibersihkan dan dibelah dua. Lap ketam mengguna kan kitchen towel, untuk keringkan airnya agar mudah disalut dengan bahan salutan.
2. Tambahkan sedikit garam, telur yang telah dipukul sedikit serta tepung jagung.
3. Gaul rata keatas ketam. Ketepikan.

Nota : Ketamnya Sis tak goreng, Sis hanya kukus aje ketamnya. Ikutlah memasing nak goreng atau kukus.

Bahan B: (bahan kisar)
7 tangkai cili besar
2 sudu besar serbuk cili
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit air untuk mengisar bahan

Bahan C:
1 tin kecil tomato puree
4 sudu besar cili sos
sedikit cuka masakan putih
sedikit garam
sedikit gula
1 biji telur yang dipukul sedikit
sedikit perasa(optional)
minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya : 

1. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas goreng ketam yang telah diperap tadi sehingga setengah masak. Angkat dan ketepikan. (Sis buat cara kukus, tak goreng) .
2. Dengan minyak yang berbaki didalam kuali, goreng bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
3. Bila cili dah pecah minyak tambahkan tomato puree, sos cili, sedikit cuka putih dan gaul rata.
4. Biarkan kesemua bahan masak sebati.
5. Bila kesemua bahan dah sebati tambahkan gula, garam serta perasa. Gaul rata.
6. Masukan ketam. Gaul rata. Pecahkan sebji telur yang telah dipukul sedikit tadi kedalam kuali.
7. Gaul cepat-cepat ketam dengan telur sehingga rata. Bila kesemua bahan dah sebati, angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Nota : Sis masak 6 ekor ketam nipah, so bahan-bahannya Sis gandakan dari bahan asal. Korang fahamkan, bahan ikutlah berapa ekor ketam korang, kemudian anggarkan banyak mana bahan yang perlu ya. Kalau 3 ekor, so bolehlah ikut resepi asal ni ya..

Selamat memasak..


P/S: Duk fikir ni, PKPB ni sambung ke tak ek...ermmm ...

18 comments:

  1. chili crab is one of my favorite. boleh save resepi ni untuk future reference. thank you share

    ReplyDelete
  2. memang smlm cakap ngan husband teringin nak makan ketam ni...
    sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa..lama x makan ketam nipah tu ha...selalu pi makan kat chinese restoran..macam sambung jer lagi sis..tapi kita doa la supaya tak sambung lagi

    ReplyDelete
  4. nasib aritu dah layan ketam jugak... jadi tak la terliur sgt hehehe

    ReplyDelete
  5. Kita ni Sis kalau bab2 ketam ni takle nak duk diam laa rasa nak buat jugak rasaaaa .. sedapnya ketamm mak aiii..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya.Makan dengan nasi panas je pun dah cukup ni Sis.

    ReplyDelete
  7. Yum!!!!!!! Tengok gambar tu pun dah buat kita berselera. Thank you for sharing this delicious recipe ya.

    ReplyDelete
  8. Berseleranya tengok gambar ni. tertengok pulak time lapar macam ni

    ReplyDelete
  9. Allahu sis , sedapnya . Nanti nak try jugaklah untuk anak-anak sebab Sal takleh makan seafood . Alergic tapi boleh kan tukar dari ketam tukar ayam ke..hehehe

    ReplyDelete
  10. sedapnya ketam ni. dah lama jugak tak makan dengan family. satu sebab ada ahli keluarga yang alergik. selalu kalau nak makan, kena makan dekat luar. :)

    ReplyDelete
  11. Resipi Cili Crab ni kalau guna ketam Nipah lagi untung sebab isi banyak dan juga besar hehehehe sedap lama tak makan nak kena cuba cari ketam ni esok....

    ReplyDelete
  12. Nak cuba gak la resepi lin ni sebab kak pun suka nakan ketam. Beli 3 pun dah mahal cukup la haha

    ReplyDelete
  13. Ya ampun sisturrrrr mengiurrrkan sungguh lauk ketam cili ni.. Dah kesian suami kena cari ketam lpasni isteri nak makan. Hahhahah

    ReplyDelete
  14. Kita pernah makan ketam nipah.
    Tapi tak berapa gemar sangat.
    Suka lagi ketam biru tu.
    Tak tau pasal apa. Haha
    Yang pasti, lauk favourite ketam ni suka buat lemak cili api je.
    Sedap sedut sedut airnya tu.

    ReplyDelete
  15. Samalah kita Sis Lin... Kalau masak, selalu je tak amik gambar... Hihihihi... Udahnya, bila nak up entri den lotak yo gambo lain... Kikikiki.... Nampak sedap benar chilli crab tu... Nanti nak try buat la...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.