Header Ads


SATU KEPUASAN BILA DAPAT BELI APA YANG KAU NAK BELI!


SATU KEPUASAN BILA DAPAT BELI APA YANG KAU NAK BELI! | Betul tak? Bila mana kita ni sebagai surirumah dapat beli apa yang kita nak beli, ianya menjadi satu kepuasan dalam diri sendiri bila apa yang kita nak, kita dapat beli. Walaupun benda tu tak mahal mana pun.

Kalau sebelum ni Sis banyak habiskan duit hasil menulis di blog dengan pergi sana sini makan dan makan, tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tu, Sis banyak habiskan duit penulisan blog Sis dengan membeli barang rumah, barang dapur atau barang keperluan Sis yang berbaloi sikit. Berbaloi tu maksudnya, nampak le duit tu buat apa, kalau tak, asyik keje makan aje, duitnya tau-tau hilang aje jadi taik! hahahaha..

Bukan sebelum ni tak fikir nak membeli barang, ada juga yang Sis beli barang, tapi sejak PKP ni, hampir setiap bulan Sis guna duit hasil penulisan blog Sis hanya membeli barang Sis aje. Bulan April lepas, Sis beli mini radio ala ipod gitu (malas nak amik gambar). Berguna gile untuk Sis, now senang nak dengar lagu dan hiburkan hati hehehe. Kemudian bulan May lepas Sis beli dompet brand Coach di JPO. 

Dan untuk bulan June ni, Sis beli set barang dapur plak. Yaitu set mangkuk 14 in 1 dari GoShop dan juga set Tupperware berupa mangkuk tingkat dan bekas makanan.


Haaa tu dia, kesemua barang reward untuk diri sendiri bulan Jun hasil dari duit menulis sebagai 'Ghostwriter' di blog orang. Bukanlah banyak ribu-ribu beno dapat duitnya, tapi ada le juga masuknya tiap bulan. Dapat beli barang dan juga belanja anak-anak makan. Dah cukup memadai dah buat Sis sebagai surirumah. Bila nampak hasilnya, lagi tambah semangat nak menulis jadinya.

Yaa selain menulis blog, buat review, Sis ada juga menulis sebagai 'Ghostwriter' di blog orang dan juga website majalah hospital. Sebelum ni kan Sis ada cerita kan. Dari situ ler, dapat laa income sikit-sikit masuk setiap bulan tiap kali job dah settle. Bukanlah beribu-ribu pun, cukuplah rasa berbaloinya dengan apa yang dah kita tulis tu pun jadi ler.

Nak tunggu claim adsense bukan sonang nak dapat tiap bulan oii, blog Sis bukanlah popular nau, tapi kalau dah orang tawarkan kita menulis dan di bayar, so rezeki jangan di tolak. Dapat 30 hingga 50 USD pun dah kira banyak tau. Tukar MYR 5 kali ganda, woww sangat hokay!.. tu satu posting, kalau 2 atau 3 posting sebulan? Bukan ke rezeki namanya..


Yang set ni Sis beli dari GoShop. Kesahnya, setelah sekian lama Sis tak bukak tv dan tengok tv, apalagi rancangan GoShop, tapi masa ke Paka,Trengganu baru-baru ni, Sis TERbukaklah GoShop ni dan TERnampaklah set periuk Aurasia ni, terus Sis berkenan dan tanpa lengahkan masa, terus aje Sis membelinya hahahaha.

Satu Set tu RM119 sahaja, beserta periuk stainless steel dan juga bekas makanan bertutup tu haa. Sis tersuka dengan warna-warna yang ada tu, sangat cantik di mata Sis. Tu yang terus terpikat dan terus membelinya. Buat pakai kegunaan harian, so bekas lama dah boleh buang. Ye lerr, kalau tak beli baru, yang lama bila lagi nak di buangnya kan..

Nasib baik juga bila Suami nampak masa barang ni semua sampai, dia tak bebel, sebab dia tau Sis suka beli barang gini. Lagipun dia tau Sis guna duit sendiri hehehe. Cuma dia tegur la, 'Beli banyak-banyak ni, bilanya nak guna?', hahahahaha...


Sis bukanlah pengile pengumpul barang Tupperware, tapi Sis suka beli dan kumpul set mangkuk tingkatnya dan bekas makanan yang saiz besar dan empat segi dengan warna yang cantik. Kadang tu pantang nampak color yang cerah cantik, memang terus Sis belinya. Lagi satu time offer, haaa memang tak lepaskan peluang, dia punya offer kemain murah oi..

Kena pulak dalam group jiran perjiranan Sis ada yang menjualnya, lagi bertambah membelek katalog lee Sis ko gamaknya hahahah. Bulan lepas ada gak beli satu set magkuk timgkat sempena raya, tapi malas nak amik gambar, dah letak dalam lemari, yang ni sebab sampai sekali dengan bekas GoShop tu, tu yang Sis kongsikan sekali amik gambar.

Rasanya Sis dah ada hampir 9 koleksi mangkuk tingkat Tupperware. Ye laa orang lain dah banyak, Sis ni baru-baru ni je duk mengumpul. Sebelum ni tak kisah pun hahahaha. Mungkin faktor usia barangkali hahahaha.

Tak apa, janji sendiri puashati!. Orang lain nak kata apa, lantak pi lerr, bukan minta duit dia pun kann.. orang kata nak menunjuk pun, haaa ko pi kojol sana laaa... hahahahaha tak suka jangan baca, Sis kongsi sekadar untuk kepuasan diri. Ko tak puashati, sila mereput hujung tiang jalan sana yer hahahaha..

Okaylah, sebelum panjang lagi Sis ko membebel, jom le kita pi mandi dan menunggu Asar. Kang lepas Asar baru nak masak. Nak masak apa pun tak tau ni..lagi fikir hahahaha..

So korang, rajin-rajinlah menulis yaa..pasti nanti ada habuannya..
OkBye.


P/S: Rezeki memasing, yang penting, keep writing and dongibab!..

36 comments:

  1. tiang hujung jalan mana tu nak mereput? hahahah..lawak lerrrr...

    lawa laaa bekas bertutup tu..kaler dia cantikssss

    ReplyDelete
  2. Duit yang dapat dinampakkan dengan barang memang terbaiklah Sis.Boleh guna lama dan jadi kenangankan.

    ReplyDelete
  3. tahniah sbb ada gak hasil blogging. abe kie ni dah lama x dpt paid review. Iklan adsense pun dpt 10 sen sehari je. huhuhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Abam Kie, rezeki tu tak pernah salah alamat, insyaAllah akan ada tu rezekinya... tak di blog, rezeki lain plak..

      Delete
  4. bahaya kalau buka go shop tu mesti ada benda yg buat kita tergoda..haha ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah
    Hasil daripada titik peluh sendiri.

    ReplyDelete
  6. kat rumah i pun byk tipuware tu (shj eja lain mcm sikit)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah, tipuware pun mahai gak oiii...

      Delete
  7. haritu suka jugak beli tupperware ni lepastu bila banyak sangat mula la rimas pulak hahaha tapi puas hati la dapat beli barang kita nak lepas dah kerja

    ReplyDelete
  8. Self reward sekali sekala apa salahnya yedok. Janji nampak ke mana duit tu keluar. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Teringat dulu2 ada party tupperware lagi. Sekarang ni masih ada ke party mcm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ada lagi, kat perjiranan Sis ni ada buat, sekali buat offer dia mak oiii, cecepat balik rumah, tak boleh duduk lama-lama hahahaha

      Delete
  10. Dah lama gak tak tengok Go Shop..bahaya kalau tengok mesti terpengaruh gak cam sis lin..hehe

    ReplyDelete
  11. Yeay ada geng tuppaware Saya pun beli dan gunakan tupperware tapi sy suka yang saiz besar senang nak letak kerepek dan keropok, masa PKP terjebak juga beli periuk dekat go shop dapat hadiah mcm bekas yg Sis Lin beli, memang berbaloi boleh guna letak lauk atas meja.. he he he

    ReplyDelete
  12. cantik sangat le bekas yang bertutup warna warni tu. dah masak meh bagi leya sikit. masak roti jalaaaa

    ReplyDelete
  13. Tupperware sll menjadi idola ibu ibu. Barang bagus buat tempat makanan higienis.

    ReplyDelete
  14. dulu2 glamer kan parti tupperware. rupanya brand tupperware. tapi smp sekarang tak kira jenama apa, sebut juga tupperware

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, samalah, apa jenis bekas je, semua sebut tupperware hahahaha

      Delete
  15. Rasanya mak Rawlins terlepas pandang kot masa GoShop promote set 14 tu - kalau tak mesti dia dah minta Rawlins belikan. Bukan taknak beli, kang ayah bebel banyak sangat dah beli tapi pakainya tidak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha bahay ni, jangan Mak nengok Rawlins, kang kena paksa beli hahahaha

      Delete
  16. Lama dah ni Yaya stop beli tupperware, takde tempat nak simpan. Tapi lawa lah sis mangkuk tingkat tu, warnanya menggoda sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Sis tak kira, asal ada je baru yang bertingkat, mesti nak belinya Yaya hehehe

      Delete
  17. LAma dah tak beli brand tuppaware ni, nanti nak survey lah, cantik-cantik pulak sis tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah beli, banyak design baru yang keluar hehehehe

      Delete
  18. Seronoknya!! Berbaloi sangat sangat dah tu. Rasa rugi pulak tak tengok Go Shop, biasanya buka Cj Wow Shop je. Tapi kalau perkakas dapur beli dekat TV ni memang murah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat kannn...dari duitnya tak nampak buat apa, baiklah beli sesuatu yang kita suka...

      Delete
  19. ohh wow...I can't wait to shop & own some of them, lol...am a typical shopper :P
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  20. Betul tu..rasa puas akalau dapat beli apa yang kita nak beli kan. iena pun kadang kadang terjebak juga dengan goshop tu :D
    tp iena more pada shopping baju kt zalora hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, puas rasa dapat beli apa yang kita suka, lagipun kita pakainya kann..bukan simpan aje..

      Delete
  21. I agree with you its a satisfaction to buy what we love. Nice la set mangkuk and tupperware kak. I also bought a few baju that I like few days ago

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. bila ada rezeki lebih, beli sesuatu untuk kepuasan diri, baru berbaloi rasa....

      Delete
  22. Awww memang geram tengok barang perkakas dapur semua tu, rasa nak rembat astu set tupperware tu juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kan kan,...silalah merembat hahahaha

      Delete
  23. Tupperware ni memang favourite ena. Hehe. Dlu time keje setiap bulan beli. Hahaha. Tapi buat pakai sendirilah. Serik bg org makan guna tupperware tak pulang sis. Haha. Malas nak mintak banyak kali halal jela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Ena, boleh simpan sepanjang zaman.,warranty pun lifetime kannn so memang berbaloi...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.