Header Ads


5 WESTERN RESTAURANTS YOU MUST CHECK OUT IN KUALA LUMPUR


5 WESTERN RESTAURANTS YOU MUST CHECK OUT IN KUALA LUMPUR | Dah masuk tengah hari gini, apalagi, mulalah kan mencari makan dan fikir nak masak apa. Kadang tu 'lost' dan tepu otak fikir apa nak di makan dan di masak. Sampaikan kekadang tu, makan maggi pun sodap hahaha. Lagi pulak time sekarang ni kalau nak makan di kedai atau di restaurants luar sana, kena patuhi SOP yang telah di tetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni.

Sampaikan ada yang malas nak makan di kedai, sebab makannya kena duduk berdua semeja aje, tak boleh duduk beramai-ramai, kecuali tak silap Sis laa, korang datang satu family duduk serumah, itu boleh dibenarkan semeja. Tapi baguslah kan, selagi negara kita ni belum bebas dari wabak Covid19 ni, ikut aje la apa yang di tetapkan, jangan degil, kang bertambah kes positif, dah menyusahkan frontliners kita nak handle kes baharu lagi.

So yang belum ada idea nak makan apa, ni Sis kongsikan antara 5 menu western sekitar Kuala Lumpur yang boleh korang cuba. Alaa sesekali western apa salahnya kan..

#1- Moon’s Kitchen

Restoran Moon’s Kitchen merupakan sebuah restoran yang berasal daripada sebuah gerai kecil yang beroperasi sejak tahun 1998 dimana ia diusahakan oleh ahli keluarga pemiliknya dan kemudiannya di kembangkan menjadi sebuah restoran seperti yang kita lihat sekarang. Dan suasana restoran ini sangat ceria walaupun dekorasinya agak ringkas seperti dinding yang  dipenuhi mercy tanda yang terkemuka seperti replika menara Eiffel dan banyak lagi. 

Kebanyakan menu yang dihidangkan di sini diinspirasikan oleh menu daripada negara Barat seperti Perancis, Itali dan juga Eropah kerana ia mempunyai cita rasanya yang tersendiri. Antara menu yang ditawarkan di Moon’s Kitchen ini adalah seperti Sizzling Steak, Pasta,Burger, Fish & Chip dan juga Fillet Tempura.

Restoran Moon’s Kitchen ini juga mempunyai beberapa menu yang sering menjadi pilihan para pelanggan seperti Black Pepper Steak, Chipotle BBQ Beef Ribs dan Roasted Garlic Pepper Lamb. Daging yang digunakan untuk membuat hidangan ini diimpor khas daripada Australia. 

Alamat: Pandan Indah, 56100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (12pm – 330am), ditutup pada hari Isnin

#2- Islamic Sixty9 Steakhouse


Restoran tersenarai dalam 10 Best Halal Steaks in KL oleh havehalalwilltravel.com. Sama ada anda mahu steak, pizza, atau burger, kesemuanya sangat sedap dan berpatutan. Ruang restorannya pula sangat selesa untuk menjamu selera. 

Ramai pelanggan yang turut memuji layanan pantas para pekerja di restoran ini. Ada banyak tempat meletak kenderaan jadi pelanggan tidak perlu risau tentang tidak dapat meletakkan kenderaan berdekatan dengan restoran Islamic Sixty9 Steakhouse. 

Alamat: Taman Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8am – 1130pm) | Jumaat (3pm – 1130pm)

#3- Me’nate Steak Hub


Pernah terpalit dengan kontroversi dan viral di media sosial, nama Me’nate mula dikenali ramai dan menjadi salah satu steakhouse yang sangat popular di Malaysia. Ia juga mempunyai beberapa cawangan seperti di Ampang dan Setapak, ini jelas menunjukkan yang steakhouse ini memang terkenal. 

Ramai yang memuji kelazatan makanan barat yang dihidangkan di restoran milik seorang chef yang berpengalaman luas termasuk memasak untuk orang kenamaan dan walaupun kebanyakan menunya boleh dikatakan agak ringkas namun ia sangat cantik.

Terdapat banyak pilihan daging, layanan pantas dan mesra, serta ruang makan yang selesa. Me’nate turut memahami kehendak pengunjung Islam dengan menyediakan surau di restoran mereka. 

Harga boleh dikatakan agak mahal tapi amat berbaloi dengan apa yang anda perolehi. Kualiti stik di sini memang dijamin terbaik. Antara yang boleh korang cuba ialah Shakshuka, Roast Beef, Suquet de Prix dan Sea Bass Spaghetti Arrabiata.

Alamat: Starpac Point, C-01-02 & C-01-03, Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (11am – 11pm) | Jumaat (3pm – 11pm)

#4- Copper


Restoran Copper merupakan restoran yang menghidangkan masakan Eropah dengan pengaruh Mediterranean. Restoran yang terletak di Menara Shell ini mempunyai gaya mewah yang seiring dengan persembahan hidangannya. 

Hampir semua hidangan yang boleh didapati di sini mendapat pujian daripada para pelanggan yang berkunjung ke restoran ini. Menunya boleh dikatakan agak ringkas dengan harga yang berpatutan. 

Restoran Copper ini sering menjadi pilihan pasangan kekasih dan keluarga atau kumpulan yang ingin menikmati makanan Eropah dan ini juga kerana suasananya yang ceria dengan cahaya semulajadi pada waktu siang dan berubah kepada romantik pada waktu malam.

 Alamat: Level 5, Menara Shell, 211, Jalan Tun Sambantham
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (1130am – 430pm) |  Selasa – Sabtu (630pm – 10pm)

#5- Spoon Steakhouse


Jika korang mengenali Chef Zam, korang pasti tahu yang beliau merupakan seorang chef yang terkenal dengan kepakarannya dalam bidang masakan. Restoran milik Chef Zam ini pernah dikunjungi oleh kru Jalan-Jalan Cari Makan. Antara pujian yang diberikan kepada restoran ini adalah kualiti makanan yang dikatakan lima bintang iaitu cukup lazat dan dengan kuantiti yang banyak.

Sudah semestinya aneka jenis stik yang ditawarkan di Spoon Steakhouse ini mempunyai kualiti yang tinggi. Harganya pula sangat berpatutan disamping layanan mesra dari para pekerja dan juga pemiliknya. 

Spoon Steakhouse ini juga turut memasukkan hidangan tempatan ke dalam menu mereka bagi mempelbagaikan  dan menyesuaikannya dengan citarasa masyarakat tempatan.


Untuk area Kuala Lumpur ini, tempat makan menu barat memang banyak di sana sini. Nak makan di mana itu atas pilihan masing-masing. Yang pasti, jika nak lebih mudah tanpa perlu memenatkan diri, boleh order makanan barat kegemaran dengan menggunakan servis western food delivery.

Antara pihak yang sudah terkenal di negara kita untuk servis penghantaran makanan barat sehingga ke depan pintu rumah korang adalah Foodpanda.

Kalau tetiba rasa lapar dan penat untuk masak, apalah salahnya cuba menu barat sebagai reward untuk diri sendiri selepas penat berkerja seharian. Tak payah risau! Pilih saja menu makanan barat mana yang nak dinikmati dari lamanweb utama Foodpanda kemudian bolehlah sahkan tempahan bagi mendapatkan makanan tersebut. 

Segalanya hanya di hujung jari. Selamat menjamu selera ya!


P/S: Lepas aje mnulis posting ni, terus Sis ko pun order Foodpanda, hahahahaha... :p

26 comments:

  1. terliur la kak oiii. sedp sedap belaka haaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe dan dan terus order Foodpanda tadi tau hahahaha

      Delete
  2. Lapar pula baca entri nie Lin.. Kak Sue pernah singgah Restoran Islamic Sixty9 Steakhouse tu aja, tapi memang puashati. Sedap dan berbaloi sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah sungguh bagai di lihat kan Kak...
      Tu lee nanti nak merentas negeri ke KL, nak cuba gak laa...nampak sedap semuanya..

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehee kan, bolehlah order Foddpanda hahaha

      Delete
  4. Belum pernah pergi ke mana mana restoren yg disebutkan ini... akan cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sis juga, nanti kalau ke KL boleh cuba..

      Delete
  5. Sedap sangat menu ni semua sis lin.. Tiba2 terasaapar sangat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn , kalaulah di Johor ada juga, dah ku order Foodpandanya hahahaha

      Delete
  6. memang sedap2 belaka restoran yan tersenarai ni. In shaa Allah jika berkelapangan dan berkemampuan bolehlah saya pesan nanti melalui foodpanda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa jom belanja Sis Aerill hehehehe...tapi mudah juga kan order gan Foodpanda, tak payah nak keluar beratur beli...

      Delete
  7. Kejam sungguh entri ni saje nk buat kite nk makan western food. Skarang mudah direct je dgn foodpanda. Jimat masa dan tenaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...lama tak makan western kan, duduk rumah bedal nasi manjang aje...

      Delete
  8. Aduhh sedapnya tengok. Teringin le pulak..cam dah lama x makan steak. Nanti nak order le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah order Foodpanda ya, semua tersenarai tu boleh Akak pilih dan beli hehehehe

      Delete
  9. Meriahnya menu se plate dekat spoon steakhouse tu. berbaloi tu macam macam boleh rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sama dengan Sis, sekali tengok berbaloi gile menu dia kan Fizah..

      Delete
  10. ok nanti datang KL aku check restoran2 ni...tapi KL jammed teruk, better aku order guna foodpanda je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan...nak cubalah Foodpanda Menate kat Johor tu, takut area uma aku je takde tu...

      Delete
  11. wahh menarik..antara 5 tu iena pernah pergi Menate je. Yang lain belum pernah cuba lagi. Nanti boleh lah cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis belum ada satu pun lagi, ingat kalau ke KL nak cuba satu-satu, kalau tak, kita order je Foodpanda dari hotel hehehehe

      Delete
  12. Ya ampun makanan peberet kita,kenapa tak pernah tau pun pasal moon cafe tu dah dekat sgt umah mak kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...laaaa dekat pun tak gi ke, silalah cuba ya hehehe

      Delete
  13. Pagi pagi tertengok info makan makan ni, terus buat lapar.
    Alahaaai.. Menggoda tekak sungguh.
    Memang nak mudah, guna apps delivery je kan.
    Tengok dekat Mersing pun dah ada Foodpanda.
    Ada kemajuan dah..

    ReplyDelete
  14. Best nya tengok semua. Antara semua ni pernah try Menate je. Tu pun sekali je sbb celebrate birthday. kalau tak termenung gak nak pi bawak family semua hahaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.