Header Ads


RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API YANG PALING MUDAH DAN SEDAP


RESEPI DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API YANG PALING MUDAH DAN SEDAP | Sepanjang berkahwin laaa, ini kali kedua rasanya Sis masak Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni. Tapi yang pertama kali masak dulu, dagingnya Sis potong hiris dan salai sendiri, nak share pun masa tu belum jadi blogger hahahaha, tapi untuk kali kedua ni, masak jadi mudah dan sedap sebab Sis guna Daging Salai Mak Ngah ni.

Masa tu beli 2 paket dengan Mak Suzlin, dah masak sepaket, so lagi sepaket baru semalam Sis masak lemak cili api, kemain suka Ayahnya dan juga si Yana. Sebab mereka berdua aje peminat masakan daging. kalau Kakaknya dan si bujang, kurang sikit dengan daging. Biar ayam hari-hari pun takpe.

Bila benda dah mudah, mestilah masak pun nak sedapkan? Sebab itu tajuknya mudah dan sedap hehehe. Untuk kali ni Sis amik guna resepi asal dari Sheila Rusly. Dah berapa kali dah Sis nengok dan baca dalam buku resepinya, tunggu nak mencubanya aje. So alhamdulilah, berjaya juga akhirnya memasaknya.

Kalau korang ada buku resepi dia, boleh laaa mencubanya. Banyak gilee resepi yang ada. Korang boleh cuba, sedap-sedap resepi yang di kongsikannya!.


Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Yang Paling Mudah Dan Sedap

Bahan-Bahannya : 

500gram daging ( disalai dan dihiris nipis )
2 batang serai
10 biji cili padi (Kisar)
2 cawan santan pekat (Sis guna santan Ayam Brand sekotak kecik)
1 keping asam gelugor atau asam keping
1 inci kunyit hidup (kisar) atau 1 sudu besar kunyit serbuk
Daun kunyit (Sis hiris)
Daun limau purut
Sedikit garam
Belimbing buluh (kalau ada) atau mangga muda (jika ada) ATAU
2 atau 3 biji kentang dipotong panjang,

Cara memasaknya: 




1. Kisar ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian panaskan minyak dan curahkan bahan kisar ke dalam periuk atau pot dan masukkan serai yang telah dititik
2. Masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air, gunakan api perlahan, dan kacau perlahan-lahan sampai mendidih, setelah kuah mendidih baru masukkan kentang, setelah kentang agak empuk baru masukkan asam gelugor dan daging salai, masukkan garam secukup rasa. kacau perlahan dan  jangan lupa jika ada belimbing atau mangga muda boleh masukan sekali.
3. Pastikan Masak sehinga kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidang.


Haa senang je kan? Silap-silap semua bahan semua ada je dalam peti ais tu, kecuali daging salai, tu ko kena le beli daging dan salai atau nak mudah, beli je dah siap macam Sis tu haaaa...Yang penting sedap!..Kalau dah Suami makan bertambah 2 pinggan, tak sedap ke tu namanya hahaha..

Selain dari Daging Salai Masak Lemak Cili Api ni, ada juga Sis masakkan menu lain, antaranya, Sotong Masak Hitam, Kacang Panjang Goreng Belacan, Tempe Goreng dan juga Sambal Goreng Raya yang Sis frozenkan. Penuh satu meja hahaha..

Takpe janji anak-anak dan Suami makan sepuasnya, itu sudah cukup membahagiakan Sis. Alhamdulilah..



P/S: Jom kita siram dan belai pokok bunga kita...Jommm.. 

19 comments:

  1. Sedapnya daging salai masak lemak. Terasa rasa sedap dia tu.

    ReplyDelete
  2. eh hari ni pun aku nak masak daging salai untuk buka petang nanti..

    ReplyDelete
  3. masak lemak makan dengan ulam cabai, sedap nya ^_^

    ReplyDelete
  4. tak pernah masak daging salai. nanti nak cuba lah resepi ni. sedapnyaaa tengok gambar tuuuu

    ReplyDelete
  5. Wah....... sedap nyer nampak you punya masak lemak cili api. I pun suka makan masak lemak cili api. Thank you for sharing your recipe ya.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya! Eyqa setiap kali nak makan daging salai masak lemak cili api, mesti pergi kedai. Lepas nie boleh cuba masak sendiri

    ReplyDelete
  7. Lama tak buat masak lemak cili api daging salai ni nampak sedap dan menyelerakan lah tengok pekat dan juga warna menyengat mesti pedas ni hehehe kita pernah buat juga tapi nak salai daging tu jer malas wakakakaka...

    ReplyDelete
  8. teringin nak buat sendiri daging salai ni tapi risau tak menjadi. time pkp hari tu nak cuba tapi sampai ke sudah tak buat2.. nampak resepi mudah je

    ReplyDelete
  9. wah sedapnya! rindu pulak masakan maksu saya. selalunya kalau pergi rumah dia mesti akan makan daging salai. ;)

    ReplyDelete
  10. Sedapnya tengok. Suka makan daging salai tapi tak pernah masak. Thank you share resepi

    ReplyDelete
  11. Ya ampun sisturrr sedapnya laaa masak lemak cili api daging salai.. Dpt pula kalau ada belimbing buluh muda tu.. Fuhh kecurrrr air liur memikirkannya.. Haha

    ReplyDelete
  12. Masak sendiri mmg puas hati kan.. pekat dan padu pulak kuah dia.. mmg thorbaek

    ReplyDelete
  13. Senang dah ada daging salai siap. .Tinggal buat lemak je. Sedp tu. Kuah pekat. Resepi sheila rusly tak peenh cuba buat lagi.Terbaik kak. Puas makan ni. Bertambah nasi

    ReplyDelete
  14. meleleh tgk. sedapnya. huuu. masak sendiri boleh ikut citarasa sendiri. sedap betul tengok.

    ReplyDelete
  15. Uishhh, warna kuning masak lemak tu nampak menyelerakan sungguh... walaupun saya tak boleh makan daging, baru tengok gambar je pun dah meleleh ayaq liur dah ni... kompom sedap gilossss ni... terbaiklah Sis Lin...

    ReplyDelete
  16. Baru je masak tapi malas nak salai hehehe. Bagus sis rajin. Kalau salai memang lagi sedap dan umpphh rasanya

    ReplyDelete
  17. ok another resepi daging salai masak lemak iza boleh cuba lepas ni. Husband iza suka makan daging salai masak lemak ni. thank you share resepi!

    ReplyDelete
  18. Tetiba rasa macam sedapnya daging salai.. Terliur dibuatnyaa.
    Adoi..
    Mana nak cari daging salai..
    Ke bako aje sendiri
    Hahah

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.