LEGOLAND® MALAYSIA RESORT KINI DIBUKA SEMULA DALAM NORMA BAHARU


LEGOLAND® MALAYSIA RESORT KINI DIBUKA SEMULA DALAM NORMA BAHARU | Setelah sebulan sekian lamanya tidak beroperasi, kini Legoland Malaysia Resort kembali beroperasi semula dalam situasi norma baharu dan bersedia untuk menerima kunjungan orang ramai dengan mengamalkan dan patuhi SOP yang telah di berikan.

Korang ada yang ternanti-nantikan ke pembukaan semula Legoland ni? Bagi Sis, of course laaa, gile tak seronok bila dengar Legoland di buka semula. Rindu weii nak enjoy-enjoy di sana dan bergumbira lagak si anak kecik, walaupun Sis hanya mampu meronda-ronda aje tanpa naik roller coaster hahahahaha.

Oii bukan penakut laa nak naik roller coaster tu, cuma Sis ni 'hati kecik' takut kang naik, hati kecut terus, haaa kan susah, terus hilang perasaan sakit hati kang hahahaha.. alaa sebenornya memang takut oii, gayat dan arghh tak nak laaa..seremmm..

Dan baru-baru ni Sis berpeluang untuk pergi ke Legoland bersama anak dan team media yang lain sewaktu pembukaan semula Legoland dalam norma baharu. Apa yang lainnya? Selamatkah bawa anak-anak bermain di sini? Haaa nak tau, jom baca perkongsian Sis ketika ke Legoland baru-baru ni.



Sebelum ni korang ada baca tak posting Sis mengenai pengumuman Legoland sebelum di buka semula ni? Yang belum baca sila baca. Yaa mereka telah nyatakan pembukaan semula ini mengikut SOP yang di berikan dan pengunjung kena patuhi setiap arahan yang tersedia. Termasuklah sebelum mula masuk ke Legoland Malaysia Resort ni. 

Macam jugalah korang nak masuk soping mall atau mana-mana tempat pun, yang penting kena sihat! Kalau sakit, sila duduk rumah diam-diam. Sebabnya di sini akan di periksa suhu seperti biasa, guna penutup mulut dan sentiasa sanitiser tangan korang dengan kerap sebelum dan selepas bermain di dalam ni. Peraturan mereka memang sangat ketat. Tapi baguslah, ini menjamin keselamatan korang juga kan. 



Bila dah settle bab pemeriksaan kesihatan semua, jika korang sihat, maka korang lepas laa masuk ke dalam Legoland, jika tidak, sila make u-turn hahahaha. Sampai dalam, kalau korang belum beli tiket, haaa boleh beli sekarang, sangat murah woii jualan tiket sekarang, jauh beza dengan sebelum PKP ni. Tapi Sis syorkan korang belilah online, supaya penjarakkan sosial tu terjaga, tak payah nak beratur bagai kat kaunter tu. 

Bila dah beli tiket online, korang hanya tinggal redeem dan boleh terus masuk beratur. Oh ya, jangan lupa scan barcode MySejahtera dan pastikan korang dah siap sedia download, lebih mudah. Sebelum nak masuk dalam taman tema tu pun kena sanitiser lagi, then masuk mengikut giliran pada satu family satu persatu ya, jangan main serbu tolak menolak nak masuk. Kan dah kata jaga social distancing memasing mengikut kotak merah yang di sediakan tu. 



Bila dah dapat masuk dalam taman temanya, haaa jangan lupa diri plak, jangan buat seperti selalu sebelum-sebelum ni ya. Yang bawa anak-anak tu, pastikan anak-anak sentiasa bersama korang, sebabnya dalam situasi norma baharu Legoland ni, mana aje korang pergi, mesti bersama keluarga dalam satu 'group', macamtu... jika korang dalam satu family, so kalau duduk, nak main, di benarkan duduk atau main dalam satu kelompok, jika bukan ahli keluarga, kena jaga penjarakkan social korang satu meter jaraknya ya. Faham?.. 

Better eloknya korang kalau satu family, haaa jalan sesama, jangan biarkan anak-anak tu merayap sendiri, kita tak tau dia jumpa sapa, dan pegang sana sini kan, so awasi anak korang. Macam Sis ni pergi, dengan anak dan kawan-kawan, tapi sebab dari mula sampai memang kami bersama, so kami di kategorikan dalam satu group laa macamtu. So main ke duduk makan ke boleh sama-sama. 



Bab main-main permainan pun sama, jika korang dalam satu group family, boleh masuk duduk main dalam satu group, jika tidak, kena ada penjarakkan social antara tempat duduk dalam satu permainan tu. Tak seperti sebelum ni laa, semua permainan akan penuh tempat duduknya, tapi kali ni, kena ada jarak antara satu family dengan family lain. 

Dan yang tanya selamat ke nak bawa anak bermain di sini. Yaa selamat, jangan risau. Apa yang Sis perhatikan, setiap permainan yang korang main, baik atas air atau pun darat, crew-crew Legoland akan membersihkan dan sanitiser semua bahagian permainan dan tempat duduk tu semua. Dan ada jarak masa antara satu permainan dengan masa untuk pembersihan. So lepas main satu game, korang kena tunggu sekejap, untuk crew mereka bersihkan. So korang jangan risau. 




Okay tu bab bermain permainan, meh kita masuk plak ke restoran makan. Ye laa dah sakan main, tentu laaa lapar kan. Macam yang korang nampak tu dalam gambar atas, haaa setiap restoran makan dalam Legoland ni, korang kena juga sanitiser dulu sebelum masuk ke dalam. Dan penjarakkan social juga tetap ada ketika korang beratur nak order makan. So sila patuhi pada arahan.

Yang bestnya dan paling Sis puji ketika makan kat sini, crew restorannya memang patuhi SOP, sentiasa lap membersihkan meja, pakai sarung tangan, guna penutup mulut dan makanan yang dah kita makan atas meja tu, mereka akan bersihkan, so lepas kita makan, korang tinggalkan aje, mereka akan bersihkan serta merta. Baguskan! Bukan kita pemalas nak bersihkan, tapi mereka jaga rantaian virus tu supaya virus tu tak ke sana ke sini perginya. Kita just duduk dan makan aja. 




Dah puas bermain dalam taman teman, dan dah makan kenyang semua, haaa jom kita masuk SEALIFE Malaysia plak ya. Okay, bukan kata dalam taman tema tu je kena patuhi SOP, tapi nak tengok ikan-ikan tu pun walaupun dalam aquarium tetap kena patuhi arahan SOP okay. Macam biasa sebelum masuk, kena scan MySejahtera dan sanitiser tangan semua, termasuk juga bila korang melangkah masuk, kasut korang pun sama kena sanitiser hehehehe... kemudian barulah dibenarkan masuk. 

Masuk dalam ni, jarak semua kena jaga 1 meter juga. Kecuali ikan dalam aquarium, mereka takde social distancing ya hahahaha. Dan kapasiti masuk ke dalam SEALIFE ni pun ada limited juga. Jika terlalu ramai, korang kena tunggu dulu sehingga keadaan terkawal. Jangan main serbu masuk aje. 



Bila dah masuk dalam, pastikan kalau yang bawa anak, jaga dan awasi mereka, pastikan anak korang berada bersama korang. Ini bagi menjaga social distancing 1 meter antara satu keluarga atau group. Tak boleh laa nak kumpul beramai-ramai depan aquarium tu antara satu sama lain dengan yang tak kita kenal. So make sure anak-anak korang ada bersama korang. 

Crew Legoland juga akan ada di setiap penjuru san sini bagi mengawasi penjarakkan social korang antara satu sama lain dan bagi menerangkan juga apa yang ada dalam SEALIFE tu. Bagus tau gitu, tetiba Sis ko jadi blur bila dengar Seahorse bunting kakakakakah! Padahal kata geng lain, dah berapa kali mereka terangkan hahahaha adeii apsal lee blur Sis ko masa tu.. 


Haaa ko tengok, jangan kata dengar Seahorse bunting je Sis ko blur, tak nampak Pari pun Sis ko pelik, mana laaa pergi Pari ek, dah kena bakar ke apa ek hahahahaha... Memang biol le kalau melayan Sis ko ni ek, maklumlah dah tua, ada masa matang tu kita simpan, kita jadi bebudak sikit, kasi hepi sokmo, kang matang sangat, wajah pun jadi kereput.. Biar usia tua, janji tak kacau Laki orang..opsss.. 

So korang apalagi, jom le ke Legoland Malaysia Resort, jangan risau jangan was-was. Bagi Sis kini lebih terjamin selamat dengan penjagaan dan keselamatan mengikut SOP norma baharu, Janji korang ikut dan patuhi SOP yang di sediakan, insyaAllah semuanya akan baik-baik aja.


Yang bertanya pasal tiket murah tu, korang kena beli secara terus online di online tiket Legoland dan dapatkan tawaran harga hebat beserta penginapan dengan harga yang sangat berbaloi !!. Beli dan bawa anak-anak korang ke sini dan enjoy bermain dalam situasi norma baharu. 

Selamat bergumbira korang!..


P/S: Harini malas plak nak letak watermark gambar, siap curi, dosaaa hahahahaha..

44 comments:

  1. Alahai.. rindu betul nak g legoland.. last pergi 2017 kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa lama dah tu, mai mai datang Johor kita pi Legoland, sekarang dah ada Sealife hehehe

      Delete
  2. wow bagus banget, dibuka tetapi tetap jaga jarak antar pengunjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, semua dalam situasi norma baharu gitu, lebih selamat..

      Delete
  3. Replies
    1. Hehehehe ajomm le kita pergi sama hehehe

      Delete
  4. pernah pergi sekali je. Harap ada rezeki pergi lagi lepas ni bawak najla si permata hati. HELLO KITTY TOWN dah tutup atau masih dibuka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Shai, pergilah bawa Najla, ada Sealife lagi.. Hello Kitty tu dah lama tutup ...

      Delete
  5. Kanak-kanak nak masuk ada had umur tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada Leya, setakat yang Sis tau, takde had umur selagi kita patuh pada SOP ..

      Delete
  6. mesti ramai yang excited nak masuk, lagi lah dah 3 bulan duduk rumah tak keluar ke mana-mana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana, kenan plak jualan tiket kali ni sangat berbaloi...ada pakej penginapan sekali..

      Delete
  7. Rawlins tak pernah lagi sampai Legoland. Bila la nak pergi? Cadangnya nak bawa anak saudara dan keluarga sekali kelak. InsyaAllah doakan ada rezki ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn, insyaAllah Rawlins, ada rezeki dapatlah pergi sini...tiket pun dah murah berbaloi berbanding sebelum ni..

      Delete
  8. penat hidup dalam norma baharu ni, kalau gi legoland mau tiga kali penat, tapi hilang penat bila dah seronok main, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak Seri, semua kita kena biasakan diri, baik dewasa ataupun kekanak..

      Delete
  9. eee takde watermark...curik kang! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah harini malas dan kurang mood nak watermark gambo lerr hahahaha curi dosaaaa.... :p

      Delete
  10. kali terakhir pergi masa mengandung mirzan....sakan bergentayangan sampai terberanak tak cukup bulan minggu depannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uitt lama tu dah, nampak gaya kena datang lagi tanpa mengandung laaa yan hahahahah

      Delete
  11. Dari dulu nak bawak dania..tapi tak lepas2..sampai dah besar dah dia ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe haa dah besar lagi best bawa jalan, nanti ada rezeki mai lee ke Johor ya SA ..

      Delete
  12. Bestlahhh. Kita sekali pon tak jejak lagi 🤣🤣🤣 tunggu lah anak besar sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheeh yee Ena, kalau anak dah besar lagi syokk jalan, macam Sis plak dah rasa tua, letih nak jerit naik roller hahahaha

      Delete
  13. The last time I visited Legoland was in 2015. Btw, Sealife nie new tak? Masa I pergi tu rasa ya x ada lagi Sealife.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Fdima, Sealife is new attraction at Legoland... Mesti pergi yaa, sesuatu yang baru kita bersuka ria dalam norma baharu...

      Delete
  14. Bgus sgt dh buka.. Walaupun norma baharu.. Lama tak pergi legoland.. Toket murah ni better usha jap.. Hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa situasi norma baharu, lebih rasa selamat dan selesa, walaupun kekadang rasa rimas dan kekok..Beli Nad, berbaloi harga tiketnya sekarang..

      Delete
  15. Seronoknya dpt pergi sbb dah berbulan duduk dekat rumah kan.kalau anak² tahu ni memang seronok diaorang. tapi apa² pun SOP jgn dilupa.. pakai mask, kerap cuci tangan atau pakai hand sanitizer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Liez, bab SOP tu jangan risau, kat sana apa je kita main dan duduk atau makan, semua memang terjaga. Kita pun kalau tak pakai mask, mereka akan bagi secara percuma..

      Delete
  16. Rindunya Yaya nak pergi ke Legoland lagi! Memang seronok sangat bercuti kat sini lagi-lagi kalau dengan family tersayang. SOP baru ni nampak leceh tapi sebenarnya sangat bermanfaat untuk kesejahteraan semua. Kita kena apply norma baharu dalam kehidupan kita sampai bila-bila :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Yaya, kalau SOP ni ramai kata leceh dan susah, tapi sebenarnya ianya bagus dan selamat buat kita..paling mudah donlod aje MySejatera tu, tak payah susah-susah nak menulis..

      Delete
  17. lama tak pergi Legoland boleh plan dengan family pergi sana dan bagi tau kawan-kawan juga info Legoland dah buka yeayyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm Bonda, harga tiket terbaru ni sangat murah berbaloi, siap dengan penginapan lagi murah...

      Delete
  18. dulu pergi Legoland bergambar dekat depan pintu je. Tak tahu dalam dia tu ada banyak tempat best. Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sekarang plak kalau gambar depan pintu, ada Sealife sekali, lagi cantik...dalam tu plak macam-macam adaa...

      Delete
  19. Dalam keadaan kena mematuhi SOP, tak salah rasanya untuk berjalan bwk keluarga tgk tempat luar. Lama tak turun Legoland ni, last 8 tahun lepas. Macam nak repeat bawak anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sebab dengan SOP laaa kita rasa selamat dari yang sebelumnya tu... kebersihan lebih terjamin..

      Delete
  20. Bestnya legoland dah buka balik.mesti anak2 dah excited dan tak sabar nak peegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, memang masa tu anak-anak le nampak excited, tapi tak boleh over, sebab dah kena SOP bagai hehehe

      Delete
  21. Bestnya, I sampai sekarang masih tak dapat jejak kaki lagi ke legoland. Insyallah ada rezeki nanti memang ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, ada rezeki sampai le nanti, lagipun tiket dah murah dah tu haaa

      Delete
  22. aaaaaaaaaaaaaa bila agaknya dapat pergi legoland ni huuu asyik nengok gambar je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau ada rezeki nanti, boleh sampai ke Johor...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.