Header Ads


MAKAN SORANG SEEKOR PUN JADILAH, JANJI SEDAP!


MAKAN SORANG SEEKOR PUN JADILAH, JANJI SEDAP! | Masak ketam lagi?, tak jemu-jemu ke haa makan ketam Sis Lin oii hahahaha. Weiii dah ada rezeki, dah Suami yang beli, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di panggil, so benda dah ada kita masak aje la kan..

Bab lauk basah ni memang boleh di katakan 90% Suami yang beli. Memang rutin Sis, hari Ahad atau hujung minggu, kami akan keluar pagi sarapan dan ke pasar untuk beli barang dapur dan lauk basah. Kekadang tu kalau tak pagi, Sabtu malam Ahad kami ke Pasar Borong pandan, haaa gitulah.

Tapi sebab Sabtu lepas Suami pergi memancing, so hari Ahad laa baru dapat keluar dating bersama. Tapi kami tak ke pasar, selesai aje sarapan, Suami kata nak amik ketam di Kong Kong dan sekali nak repair botnya yang rosak entah kenapa balik dari mancing semalamnya.

Sis pulak sibuk di rumah nak sediakan bahan nak masak untuk anak-anak, sebab petangnya kami ada temujanji makan malam bersama Geng Bas Sekolah Sis (nanti Sis cite). So Suami ajak ke Kong Kong pun Sis malas nak ikut, nak kemas dan gosok baju semua.

Sampai aje Suami di rumah, di bawanya ketam bangkang tu ada 4 ekor. Sis siap cakap, 'aitt 4 ekor aje ke?', terus Suami spontan jawab, 'Sorang sekor je tau, tapi Ayah punya yang besar', hahahaha tengok tu siap cop yang besar hahahaha...


Sampai rumah ketam tu masih hidup-hidup semua. Banyak betina aje semua, dalam hati Sis, mesti ada telur ni. Di sebabkan Sis dah siap masak Ikan Bawal Masak Kicap, so Suami kata esok aje laa masak ketam ni. Terus Sis masuk dalam baldi dan biarkan aje macamtu.

Yaa korang kalau nak ketam tu fresh tanpa matikan dia, korang masuk dalam baldi dan biarkan aje dalam tu. Dia akan hidup aje manjang selagi korang tak bunuh dia.

Apa bunuh ketam? Yee laaa, kalau dah hidup segar gitu, kenalah bunuh dia sampai mati dulu baru boleh masak, kalau tak, gile ko nak kena sepit dengan ketam tu? Hahahahaha.

Macam mana nak bunuh atau matikan ketam nipah tu?
Korang baca sini ya >> Cara Matikan Ketam Nipah Dengan Mudah Dan Cepat 


So semalam petang barulah Sis masak ketam nipah tu. Sis masak black pepper/lada hitam aje. Suami dah kata suruh masak gitu, so Sis masak aje la. Paling senang guna sos lada hitam aje kali ni. Bukan malas tapi saje nak cuba resepi sendiri, nasib baik sedap hehehe.

Resepi paling senang dan mudah aje.

Ketam Nipah Black Pepper / Lada Hitam 

Bahan-bahannya:
- 4 ekor Ketam Nipah di belah 2 dan di kukus hingga masak
- Sebotol kecik sos lada hitam
- Segenggam biji lada hitam*
- Setengah labu bawang besar*
- 3 biji bawang putih*
- 2 biji lada merah*
- Daun bawang
- Setengah labu hirisan bawang besar.

Cara memasaknya :
- Kisar kesemua bahan bertanda * di atas.
- Setelah itu, panaskan kuali, tumis hirisan bawang besar hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis hingga betul masak.
- Tuangkan sos lada hitam dan kacau rata
- Masukkan air mengikut kepekatan kuah memasing
- Letakkan garam dan bahan perasa mengikut selera korang, tunggu mendidih
- Masukkan ketam yang telah di kukus dan kacau hingga kuah rata.
- Kemudian akhir sekali tabur hirisan daun bawang dan gaul lagi kasi mesra.
- Tutup api dan hidangkan.

Senangkan? Selamat mencuba.


P/S: Walaupun sekor, tapi puas makan, isi dalam ketam tu banyak! Alhamdulilah. 

12 comments:

  1. Sedapnya Sis..kalau tak fikir yang SA ni kena check up next week 8hb, mmang dah makan dah seafood ha...nampaknya lepas 8hb la baru pi beli seafood

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tak apa, nanti dah lepas check-up silalah makan hehehe..lepas gian kannn

      Delete
  2. Arghhhhh.. ku dah taip panjang2 tadi semua hilang tertiba. Dua kali dah kena masa nak ngomen kat blog Lin, huhu.

    Nampak sedap ketam tu, macam kat Rest Seri Bahagia... (tadi komen lain, malas lak nak taip balik), huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kita pun blur Kak macam mana nak hilangkan refresh tu...puas duk godeh gak ni, tang mana jadi lagu tu haaa...

      Delete
  3. Sumpah nampak sedap ketam ni..

    ReplyDelete
  4. Aduh sedap nian ketam dimasak dengan bumbu lada hitam!.
    Saya jadi ingin membelinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe makaseh Hirmawan...iyee harus di cuba nanti yaa,.

      Delete
  5. Makan ketam ni kena cari batu lesunglah buat ketuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli pengetuk sepit tu Wak, ada jual di hardware hehehe

      Delete
  6. ooo nasib aku bukan hantu ketam macam ko...eh tiberr eks...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha aku penggile ketam dan segala seafood hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.