Header Ads


BIAR KUALI HITAM BERKILAT, JANGAN HATI HITAM BERKULAT


BIAR KUALI HITAM BERKILAT, JANGAN HATI HITAM BERKULAT | Kalau nak masak tu, kenapa mesti nak kuali berkilat bersih, putih melepak? Kenapa mesti nak tayang kuali cecantik jer? Ingat lagi waktu artis Faradhiya masak buat video guna kuali hitam dia berkerak, kemain lagi nitizen ni kecam bagai nak haper dek sebab kuali dia tu. Tapi ko tak tau, dalam pada ko komen tu, ayat ko tu je dah menunjukkan hati ko tu hitam berkulat!.

Diri sendiri aje yang tak nampak, tapi sebuk nak kondem hal orang, kann?.. Kalau Sis bab masak ni, tak kisahlah kuali hitam ke, kuali mahal ke, janji ko masak!, dari ko beli kuali mahal-mahal, tapi tergantung simpan je tak masak, balik-balik Foodpanda manjang... hampeh!..

Yee ada kawan Sis gitu, duk up le gambar dapur berkilat, piuk belanga kilat tergantung, kemain tersusun, sekali anaknya update status, duk cakap, 'Hari-hari makan bungkus Foodpanda, bilalah Mak aku nak rajin masak ni?', kau ngase? hahahahaha... adeiii siapa? Ada le kawan tuuu...tuuuuu...

Tu sebagai pengajaran contoh..jangan sebab kuali hitam berkilat, sampai ko nak kutuk orang mcam berdosa sangat je kann... sekali lagi nak bagitau...'Biar Kuali Hitam Berkilat, Jangan Hati Hitam Berkulat'...


Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.

Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana. 

Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Bagi Sis diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa. Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.

Semuanya berpunca daripada nafsu. Nafsu yang mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba.

Ada yang bertanya, apakah itu nafsu? Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah (ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia.

Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat. Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini.

Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri.

Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit-penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT.
Hati-lah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan.
Dan hati-lah tempat taqwa bertapak dan bernaung.
Ingat tu!..

Sekian bebelan kuali hitam dari Dapur MamaDD ..


P/S: Petua dari Sugu Pavitra, gosok dengan sabun cap Kapak (Buruh) untuk putihkan bontot kuali, cubalah! hehehehe.. 

6 comments:

  1. dana takmo komen kuali hitam sebab dana pun ada kuali hitam, cuma nak kata terliur nengok ayam goreng dlm kuali tuh kak oi... netizen ni semua tahu nk kondem je, nyampahla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaah kann Dana, kadang tak terfikir nak kondem orang punya kuali, baik hitam baik lawa, fokus pada benda dalam kuali atau periuk aje hahahaha

      Delete
  2. Cuba bayangkan yang hitam itu indah
    Macam Vellfire hitam, kan mengancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Wak...tapi saya tak suka plak kalau kereta warna hitam hahahaha cepat kotor Wak..

      Delete
  3. penuh dengan makna kata-kata tu. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe silalah faham dan hadamkan... peringatan buat kita semua kan Farah...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.