Header Ads


NAK PANJANG UMUR? KORANG MAKAN MAKANAN JEPUN INI


NAK PANJANG UMUR? KORANG MAKAN MAKANAN JEPUN INI | Korang biasa makan makanan Jepun? Apa hidangan kegemaran korang jika datang ke kedai-kedai makanan Jepun ini? Sis pasti, ada yang menggemari sushi, ramen, udon dan juga tempura. Jika korang menggemari semangkuk ramen, Sis ada berita baik untuk korang di sini.

Pes miso panjangkan umur?

Mengikut kajian terbaharu, individu dewasa yang biasa memakan pes miso yang dicampur di dalam sup ramen atau sushi akan menikmati usia yang lebih panjang.

Kajian tersebut menyatakan, individu yang memakan produk daripada kacang soya yang difermentasi seperti miso dan natto adalah 10% kurang cenderung untuk meninggal dunia lebih awal. Penemuan ini berdasarkan kajian yang dilaksanakan terhadap diet 100,000 individu di Jepun yang dikaji selama 15 tahun.


Apakah miso dan natto?

Miso adalah sejenis pes penting dalam masakan Jepun dan biasa digunakan sebagai asas sup seperti sup miso. Ia terbuat daripada campuran kacang soya, bijian seperti beras atau barli, garam dan juga koji (sejenis kulat). Ia kemudiannya ditapai atau difermentasi selama beberapa minggu, bahkan beberapa tahun sebelum digunakan. Semakin lama ia ditapai, semakin gelap warnanya.

Natto juga adalah poduk hasilan daripada proses fermentasi kacang soya. Ia biasanya diambil sewaktu sarapan pagi dan dimakan bersama ikan, tauhu, sup miso dan juga nasi. Natto mempunyai tekstur yang agak berlainan. Kacang soya yang ditapai ini akan kelihatan berlendir dan mempunyai bau yang agak kuat. Walaupun ia kelihatan agak kurang menyelerakan, tetapi ia sebenarnya adalah sejenis makanan yang menyihatkan.

Bagaimana miso dan natto boleh memberikan kesan sebegini?

Para penyelidik menyatakan, ini mungkin kerana produk makanan ini tinggi dengan sebatian yang bermanfaat yang membantu memastikan tahap kolesterol berada dalam keadaan yang stabil. Walau bagaimanapun, tidak semua produk kacang soya boleh mampu memberikan kesan sebegini.

Sebagai contoh, tauhu biasa tidak mempunyai kesan terhadap mortaliti seseorang individu. Kebiasaannya, individu di Jepun akan memulakan setiap hari mereka dengan hidangan sup miso bagi memudahkan penghadaman.

Kajian libatkan 100,000 orang, 15 tahun tempoh masa

Sekumpulan penyelidik dari Pusat Kanser Negara Jepun menyiasat hubungan antara jenis-jenis produk makanan kacang soya dengan kematian daripada pelbagai sebab termasuklah kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit pernafasan dan juga kecederaan.

Data kemudiannya dikumpulkan daripada 42,750 orang lelaki dan juga 50,165 orang wanita yang berumur antara 45 hingga 74 tahun. Peserta kajian mengisi borang soal selidik mengenai tabiat pemakanan, gaya hidup dan juga status kesihatan masing-masing.

Kematian pula dikenal pasti daripada pendaftaran kediaman dan sijil-sijil kematian berdasarkan susulan yang telah dilakukan selama hampir 15 tahun. Penyelidik kemudiannya mendapati bahawa, pengambilan kacang soya yang telah difermentasi dengan jumlah yang tinggi mempunyai kaitan dengan risiko yang lebih rendah bagi mortaliti atau kematian yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

Jumlah pengambilan soya termasuklah produk seperti tauhu, susu soya dan okara (pulpa soya) pula tidak memberikan sebarang kesan terhadap kematian atau mortaliti. Individu yang memakan natto juga mempunyai risiko yang lebih rendah daripada kematian akibat penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang tidak memakan natto.


Apakah lagi jenis makanan yang dimakan orang Jepun untuk tingkatkan jangka hayat mereka?

Ramai yang mengetahui mengenai purata jangka hayat orang-orang Jepun yang hidup lebih lama. Mereka bukan sahaja memiliki jangka hayat yang lebih panjang malah gaya hidup mereka juga adalah lebih sihat. Pakar-pakar menyimpulkan bahawa ia adalah hasil daripada beberapa jenis diet mereka yang lain.

Antara jenis makanan lain yang sering dimakan oleh orang Jepun ialah:

#1. Ikan
Ikan merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3, yang bertanggungjawab terhadap kesihatan jantung korang. Asid lemak omega-3 ini bukan sahaja memastikan peredaran darah yang lancar, malah ia juga memberikan manfaat kepada otak, mata dan juga mengurangkan keradangan.

Ikan kaya dengan kandungan selenium yang amat penting untuk pertahanan antioksidan dan sistem imun. Vitamin B daripada ikan juga penting bagi membantu menyeimbangkan kimia otak kita.

#2. Rumpai laut
Bagi korang yang masih tidak tahu, rumpai laut kaya dengan kandungan mineral, termasuklah iodin, zink, magnesium, kalsium, kalium dan mineral-mineral lain. Mineral-mineral ini diperlukan untuk menyokong sistem imun tubuh, pertahanan antioksidan dan juga kesihatan jantung.

#3. Teh matcha
Matcha ialah serbuk teh hijau tradisional yang diperbuat daripada pucuk daun segar daripada pokok teh. Matcha mengandungi jenis flavanol khusus yang dipanggil sebagai catechin. Catechin membantu meningkatkan antioksidan tubuh manusia.

#4. Sayur-sayuran jeruk
Sayur-sayuran yang dijeruk secara tradisional adalah sumber terbaik bagi probiotik semula jadi. Ia mampu menggalakkan kesihatan sistem penghadaman, membantu pencernaan yang lebih lancar selain menyerap nutrien daripada makanan yang kita makan.


Bersederhana dalam pemakanan

Walaupun pes miso didapati mampu memberikan manfaat pada tubuh, ini tidak bermakna korang boleh mengambilnya dengan jumlah yang banyak. Disebabkan oleh faktor kehadiran garam dalam kandungan pes miso, korang perlu mengehadkan pengambilan harian pes miso ini.

Pastikan korang makan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui kaedah Pinggan Sihat Malaysia (Suku Suku Separuh). Ia boleh membantu korang mengambil mengikut jumlah makanan yang yang disarankan agar korang tidak terkurang mahupun terlebih ambil makanan.

Fakta Perubatan Disemak oleh  
Oleh 


P/S: Fakta atau Auta, tepuk dada tanya selera. Makan laa apa aje, kalau beringat, insyaAllah sihat dan panjanglah umur tu yaa.. 

10 comments:

  1. betul betul betul... kalau makan sayur je pun tapi melantak tak ingat tak jadi sihat jgk kan hhehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Dana, sayur pun nak makan kena hati-hati, kang banyak racun jadi masaalah plak dalam badan...

      Delete
  2. Sedapnyaaaa....SA suka makan Miso...sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, samalah Sis..kalau ke Shushi mesti order add-on ni...

      Delete
  3. Betul walau apa yg dimakan biarlah berpada-pada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa sentiasa, apa je masuk dalam mulut kita, kita kena alert, lebih tak boleh, kurang pun jangan huhuhu

      Delete
  4. tak pernah cuba try lagi makanan Jepun seperti ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah Wak, tapi Wak buat sendiri aje guna sayur dalam kebun Wak, lagi berkhasiat...

      Delete
  5. pernah makan sekali tapi kena pula dekat kedai makan yang tak pandai buat
    hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa mesti terbantut selera kann hahahah...makan kat Shushi aje sedap..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.