Header Ads


CUTI-CUTI MALAYSIA - SEHARI DI SELANGOR, JOM KE SEPANG!


CUTI-CUTI MALAYSIA - SEHARI DI SELANGOR, JOM KE SEPANG! | Aitt Sis Lin, duduk Johor tapi sibuk promote Selangor ke? Hampeh betul ini orang yang duk sibuk cakap soalan macamtu, memang 'orang utan' namanya. Tak kisah ler ko nak cakap apa, tak kisah lee orang dari negeri mana pun, dah nama pun kita ni duduk Malaysia, so sukahati laa Sis ko nak promote negeri mana sekalipun, janji sedikit sebanyak Sis ko bantu untuk memperkenalkan Malaysia dan menaikkan industri pelancongan negara kita ni. 

Sibuk sangat hal orang, tapi diri sendiri, macam katak bawah tempurung, kalau di tanya kat mana Sepang pun, agaknya tak tau kan hahahaha..


Daerah Sepang yang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi mula berpesat di Bandar Baru Salak Tinggi. Kini, bukan sahaja ia menjadi laluan keluar dan masuk utama Negara dengan adanya dua buah lapangan terbang antarabangsa, KLIA dan KLIA2, Dearah ini juga terkenal dengan Litar Antarabangsa Sepang yang telah menjadi tempat untuk mengadakan pelbagai acara sukan motor pada setiap tahun.

Menempatkan Pusat Membeli-belah premium pertama di Selangor, Sepang giat menarik ramai pelancong dari seluruh dunia menjadikannya salah sebuah Daerah yang wajib anda kunjungi di Selangor!

08.00 a.m. : Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
09.00 a.m. : Singgah di Restoran Adik Abang untuk sarapan pagi
10.00 a.m. : Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
12.00 p.m. : Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh
01.00 p.m. : Ikuti Mangrove Tour
02.30 p.m. : Luangkan masa di Ladang HL Sepang
03.30 p.m. : Berbelanja di Mitsui Outlet Park
05.00 p.m. : Minum petang di Book Barter Cafe
06:00 p.m. : Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
07.00 p.m. : Makan malam di HM Sri Bagan Sepang


1) Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya

Mulakan hari dengan berpakaian sukan kegemaran korang dan singgahlah ke Taman Tasik Cyberjaya yang terkenal ini. Di sini, terdapat beberapa trek larian terbaik yang boleh korang cuba dengan rakan rakan korang! Juga tidak ketinggalan, persekitaran yang menenangkan serta udara yang segar di taman hijau ini sudah pasti akan memberikan korang satu perasaan yang nyaman untuk bersenam.


2) Singgah di Restoran Adik Abang untuk Sarapan Pagi

Tambahkan tenaga korang dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu Restoran Adik Abang! Di sini, korang akan disajikan dengan pelbagai makanan Malaysia yang lazat di mana korang boleh memesan dari menu mereka. Adalah sangat digalakkan untuk korang mencuba Lontong, Nasi lemak dan Roti Canai di kedai ini. Sekiranya korang merupakan seorang penggemar ketiga-tiga makanan tersebut, ini semestinya tempat yang tepat untuk korang!


3) Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang

Teruskan hari korang dengan melawati Litar Antarabangsa Sepang yang terkenal. Di sini, korang akan dibawa ke seluruh kawasan litar ini di mana korang boleh mengisi pengetahuan korang mengenai industri sukan permotoran! Lawatan ini merangkumi lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite perdana dan banyak lagi! Jangan lupa untuk mengunjungi Muzium Automobil yang terkenal semasa korang berada di sana.


4) Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh

Jangan lupa untuk datang ke restoran Nasi Padang yang terkenal di Kampung Salak Tinggi pada waktu tengah hari! Sekiranya korang sedang mencari masakan selera kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, korang boleh datang ke sini untuk mencuba menu ikan bakar dan ikan keli mereka. Selain daripada kedua-dua menu tersebut, hidangan lain yang turut disajikan di sini juga patut korang cuba!


5) Ikuti Mangrove Tour

Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X menawarkan korang dengan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh korang lakukan! Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa korang berlayar ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung eksotik di sekitarnya. Korang juga boleh mencuba senarai aktiviti menarik yang mereka tawarkan!


6) Melangkah ke Ladang Buah Naga

 Semasa berjalan-jalan di Daerah Sepang, pastikan korang berkunjung ke Ladang Buah Naga yang menakjubkan ini. Terletak di Bagan Lalang, ladang ini dikenali dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe yang boleh korang lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti King Kong dan kentang tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan juga jus buah naga yang diperah segar!


7) Berbelanja di Mitsui Outlet

Luangkan hari korang di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang! Di sini terdapat pelbagai barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan lebih murah berbanding Pusat Membeli-belah yang lain. Korang pasti tidak ingin ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di Pusat Membeli-belah premium ini!


8) Waktu minum di Book Barter Café

Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind Square ini sambil menikmati waktu minum petang korang! Ruang dalaman kafe ini menggayakan konsep kedai buku di mana ia telah menjadi salah satu tempat yang digemari ramai, terutamanya para pelajar bagi menyiapkan tugasan kuliah mereka. Bukan sahaja persekitaran kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya akan menggiurkan korang juga! Jangan lupa untuk turut mencuba Japanese Cottony Cheesecake dan kopi flat-white mereka semasa korang berada di sana.


9) Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya

Setelah meluangkan masa korang di kafe, pastikan korang terokai Tamarind Square ini! Selain terkenal dengan tempatnya yang amat Instagram-worthy, korang juga boleh menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini. Antaranya ialah aktiviti Zumba Fitness, Pound Fitness, Yoga dan aktiviti Piloxing! Juga, terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh korang lawati pada setiap bulan. Turut terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq yang akan di adakan pada hari Sabtu terakhir pada setiap bulan di sini.


10) Makan malam di HM Sri Bagan Sepang

Satu penutup yang terbaik untuk hari korang adalah dengan makan malam sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan! Bunyi ombak dan udara yang sejuk pasti akan mengubahkan mood korang agar lebih tenang. Disini, korang boleh memilih hidangan dari menu ala-carte atau pakej mereka yang penuh dengan pilihan! Semua menu di sini wajib korang cuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Steam dan Sambal Udang Petai mereka yang amat disyorkan!

Itulah dia! Sekiranya korang sudah sampai sejauh ini, ianya bermakna korang sudah membaca kesemua  lokasi yang telah kami sertakan dalam jadual perjalanan ini. Oleh itu, jangan lupa untuk pergi ke Daerah yang menakjubkan di Selangor ini! Tidak dinafikan lagi, Daerah Sepang ini sudah pasti akan membuat korang kagum kerana tarikannya yang luar biasa!

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


P/S: Siapa kata Selnogor tak best? Tiberr rindu plak dak Sepang,Aqil tu hehehehe...

12 comments:

  1. Banyak rupanya kan tempat menarik boleh explore kat sepang ni. Fiza kalau dengar nama sepang ingat F1 je. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Faizzah, masa ikut FAMediatrip Tourism pun, kami pun baru tau, Selangor banyak tempat menarik yang boleh kita pergi bercuti Faizzah...

      Delete
  2. lokasi perkongsian yang menarik nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Tuan, kalau tak kongsi, ramai juga yang tak tau kannn...

      Delete
  3. wah seronoknya. banyak benda boleh explore dkt sepang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Aerill...kadang orang Selangor pun tak tau hehehehe

      Delete
  4. dekat2 dengan rumah semua ni.. tapi x pegi semua lagi heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekekeke gi laaa Siti, menarik ni semua tempat...hehehehe

      Delete
  5. rindunya nak jalan2 kat selangor...pengalaman masuk litar sepang tu kenangan manis yang tak akan dilupakan seumur hidup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sunah, aku sampai sekaramng simpan dan gantung pass media tu kat kete aku...kenangan abadi...

      Delete
  6. nak gi cuti2 selangor juga la dalam masa terdekat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaannn dah dekat dah tu, boleh laaa ko cuba Shai..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.