BILA MUSIM DURIAN SUDAH TIBA, PANTANG NAMPAK MESTI NAK!


BILA MUSIM DURIAN SUDAH TIBA, PANTANG NAMPAK MESTI NAK! | Kann kann sapa aje laaa kan yang bilamana dah nampak durian, mesti terkecur dan keje nak membeli ajee. Siapa lagi kalau bukan Suami Sis hahahaha. Sis anak beranak memang pengemar makan durian. Tak kiralah durian apa, selagi namanya durian, kami memang 'hantu' makan durian.

Boleh dikatakan dah 3 minggu berturut Sis dan Suami beli durian. Mulanya Suami beli di area Kong Kong sana, molek duriannya, kemudian Sis pula beli dari kawan Sis, durian baru luruh katanya, memang durian kampung benar. Dan semalam Suami pula beli lagi durian. Beli dengan anaknya kawan anak Sis yang menjaja durian Segamat di Kota Masai sana (gambar bawah). Sangat terbaekk duriannya.

Sekali beli RM100 hingga RM130, dapatlah anggaran dalam 6 hingga 8 biji. Yaa banyak sebab Sis tak suka durian yang sangat besar sangat. Suka yang sedang-sedang kecil aja. Kadang yang besar tu rasa dia manis, kami suka rasa pahit-pahit. Sekali kalau buka dapat yang pahit, berebut memasing hahahaha.

Puashatilaa setakat ni beli dan makan. Belum ada lagi kena yang busuk, berair atau masam. Sebab memang duriannya di jamin elok, siap penjual semua cakap, kalau tak elok, pulang balik dia ganti lain. Tapi alhamdulilah, semuanya elok-elok belaka, puas makan! tapi tak cukup hahahaha.

Yang peliknya, memang tengah musim durian ke ek? Sebab duk perhatikan, durian sekarang macam dah takde musim, sukahati je dia nak berbuah kann? Ermmmm....


Korang pula macam mana? Suka ke atau tak makan atau tak boleh bau durian? Yaa ada orang tak boleh langsung bau duriannya. Entah kenapa ek..dulu anak Sis yang sulung tak makan durian juga tau, memang bau pun tak boleh. Tapi bila melangkah masuk sekolah menengah dalam tingkatan 2 seingat Sis, tiba-tiba Ayahnya bawa balik durian, dia sendiri cuba nak makannya.

Dan sampailah sekarang, terus anak Sis tu boleh makan dan bau durian, kecuali buah Cempedak, haaaa tu memang dia tak boleh bau, kalau terbau, dia akan muntah dan pening migrain, jangan buat keje gile bawa balik cempedak ke rumah, habis di bebelnya. Selalu Sis beli time dia takde je hehehehe.

Bau durian kan wangi, sedap baunya kan kan...hahahahaha...tapi kalau dah berhari-hari, baunya agak masam dan maung gitu. Lagi kalau ko masuk dan bawa kereta, perghh bau dia, melekat berminggu-minggu kan. Dan lagi satu kalau dalam peti ais. Makk aii meraung bau melekat semua bau durian ke makanan dalam peti ais semua kann...dengan air sejuk pun rasa durian hahahaha, pening nak hilangkan baunya.

Tapi korang boleh cuba antara petua di bawah ni, untuk hilangkan bau durian dalam kereta atau pun dalam peti ais korang. Dalam rumah takpe, ko buang je kulit durian tu, spray le pewangi, kejap dah hilang baunya...


Petua Hilangkan Bau Durian

1) Tangkai durian
Cara mudah, ambil dua atau tiga tangkai durian dan belah hujungnya. Kemudian, lekatkan hujung tangkai itu pada jejari pendingin hawa kereta korang. Biarkan ia di situ selama beberapa hari hingga bau tersebut hilang.

2) Kopi
Ambil sedikit serbuk kopi dan balut dalam kain kasa atau kain sapu tangan. Biarkan ia semalaman dalam kereta. Serbuk kopi dalam uncang juga boleh digunakan hanya sangkut beberapa uncang pada mana-mana bahagian dalam kereta. Kopi sebenarnya berupaya menyerap bau-bauan secara efektif sama ada dalam kereta, bilik tidur dan bahagian-bahagian bertutup.

3) Roti
Ambil beberapa keping roti putih seperti jenama Gardenia atau lain. Koyakkan kepada beberapa bahagian dan letak merata dalam kereta korang. Biarkan semalaman, esoknya korang boleh rasai sendiri keberkesanannya. Roti boleh menyerap bau durian dengan berkesan.

Tak percaya cubalah sendiri.
Selamat mencuba ya!


P/S: Harini nak masak bubur durian, Suami minta masakkannya semangkuk 3 ulas duriannya hehehehe..

31 comments:

  1. habislah, tak lama lagi mesti satu rumah bau durian. penggemar durian pulak akan berhabis utk cari durian yang paling sedap dan manis

    ReplyDelete
  2. kalo kat rumah mertua aku, memang tengah musim ni...tak tahu la sempat ke nak merasa ha...

    ReplyDelete
  3. kopi tu membantu hilangkan bau durian. sedapnya lahaiii duriann sis. belum sempat nak membeli lagi ni ha.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, tuan rumah. Kami datang nak makan duriannnnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, tuan rumah takde, pi kutip durian hahahaha

      Delete
  5. Rasanya durian ni macam sepanjang tahun ada la Sis.Kalau stok daripada negara kita tak ada,biasanya ada stok daripada negara lain.Durian,mangga..sebab sentiasa ada.Cuma bila luar musim di negara kita, harganya tinggi sikit.

    ReplyDelete
  6. dalam dua tiga minggu ni memang selalu saya makan durian.ada yg ayah saya bawak balik, pokok mak ngah saya, memang boleh kata bau durian tu melekat jelah kt umah ni haha

    ReplyDelete
  7. Owh.. My family suka sangat makan durian ni.. Ada yang kategori hantu durian jugak la..

    ReplyDelete
  8. Wak tak berapa suka makan durian
    Suka tanam durian aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gitu, Saya ke rumah Wak aje makan yaaaa

      Delete
  9. Halah2 geramnya tengok isi durian tu! Xsabar nak beli durian and makan puas2! Xkisah pun sebenarnya dgn bau durian tu sbb dah memang suka!😆

    ReplyDelete
  10. alahai..sedapnya durian..:)

    ReplyDelete
  11. Wah..durian is my favourite. I'm going to eat durian today too.

    ReplyDelete
  12. Haritu pergi beli durian. Tapi husband je yang makan. Selebihnya bagi kat adik beradik. Saje sonok membeli

    ReplyDelete
  13. Kita pulak jenis yang ada masa nal sangat, ada masa tak heran langsung. Macam kali ni, dia punya teringin tu lain macam, tapi tak nak durian kampung, nak yang klon2 pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ikut musim gak ek Kak Seri tekaknya hahahaha

      Delete
  14. Sesungguhnya za antara org yg tak suka durian apatah lagi bau nya. Dulu xde pun mcmni, tapi sejak arwah nenek meninggal, terus rasa fobia dgn bau durian sbb teringat kat arwah. Pelik kan. Hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pelik tu...Kalau anak Sis macam Sis cite la tu, dulu ye tak makan, tetiba je tekak dia datang nak makan, terus sampai sekarang makan durian...

      Delete
  15. durian mahal pun masih ramai mencari. dapat seulas pun jadi la buat2 lepas teringin.. Durian sekarang harga boleh tahan.. Kami ni bangsa yang mak bapak tok nenek takde kebun, so cari duit je la membeli durian

    ReplyDelete
  16. Ya Allah kita ni dah lah hantu Durian ni memang pantang tengok yang warna kuning atau oren ni mesti sedap giler hurmmm nak balik kg pun kat sana tak ada buah Durian sangat hehehehe...

    ReplyDelete
  17. akhirnya mula banyak dah durian sampai kl, masa puasa aritu tengok kawan tayang je

    ReplyDelete
  18. derhaka diet laaaa kalau dah start makan duyan ni

    ReplyDelete
  19. OMG! I am a durian lover & this sharing really making me crazy craving, I wanna duriansss
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  20. Sedap yer makan durian. Huda kelmarin beli durian, aduhai rezeki tak elok, 3 biji beli semua isi tak sedap dan ada yang rosak. buang gitu jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa siannya Huda...pulang balik tak? Biasa kat Johor masa beli memang tokei akan cakap, kalau tak elok, pulang balik..

      Delete
  21. Yay I also had durian since last week. Sedap gila I want more please haha! I like to pair with kopi too the taste to nice

    ReplyDelete
  22. Nad dengan family pun suka gila dengan durian. Haritu dh beli sikit. Nanti nak caricari lagi. Haritu dpt bubur durian dri jiran.. Memang berebut makan

    ReplyDelete
  23. suka sangat dengan durian tapi tak cari lagi ni sebab dekat subang ni tak ramai lagi yang menjual. Kang beli harga tengah naik pulak

    ReplyDelete
  24. asal musim durian je TB tak leh nak makan durian.. hahaha.. nasib la.. kena tunggu setahun dulu baru boleh ngap durian.. harap masa tu musim durian la hendaknya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.