Header Ads


PEMINAT SALTED EGG, KENA CUBA SET TERBARU MARRYBROWN EGG-STRA PADU NI


PEMINAT SALTED EGG, KENA CUBA SET TERBARU MARRYBROWN EGG-STRA PADU NI | Yaa Sis ko ni bukanlah kaki viral ataupun pantang nampak viral mesti nak cuba, tapi sebab Sis ni suka akan makan yang ada salted egg (telur asin), sebab itu bila rakan-rakan blogger duk asyik tayang promote set terbaru Marrybrown Egg-Stra Padu ni, memanglah tergedik-gedik Sis ko nak mencubanya juga.

Dari ko baca dan tanya sana sini, 'Eh sedap ke, betul ke sedap?', eloklah ko beli dan makan. Then ko review laa secara jujur apa yang tekak ko rasa. Ye laa sebab baru-baru ni kecoh sekejap di sebabkan ada permis MB ni yang agak 'lokek' bila letak sos salted eggnya, dalam gambar kemain menjejes-jejes, sekali dapat, makk aii, secolet jari aje ko...

Tapi mungkin agaknyalaaa kan, dah banyak pihak berkata dan komplen begitu, makanya, apabila Sis membelinya tiba-tiba ada plak extra sos dalam bekas kecik, hehehehe...so memang puaslah makannya kan.



Mulanya Sis nak beli walk-in aja. Paling dekat MB area rumah Sis di Kipmart Masai sini. Tapi masa Sis pergi, ramai pulak beratur dan ramai orang dalam restorannya, so tak jadilah membeli pada hari itu. So esoknya, nak puaskan hati, Sis cuba order guna FoodPanda, waaa dapat pulak..

Makanya akhirnya dapatlah merasa set menu Marrybrown terbaru Egg-Stra Padu ni. Kalau nak tau, Sis siap tulis dalam nota Foodpanda tu, Sis tulis, 'Sila bagi sos salted eggnya lebih sikit', hahahahaa yeee Sis tulis macamtu dalam nota masa membeli.

Tak tau laaa sebab nota tu Sis dapat extra sosnya atau memang sekarang MB dah asingkan sosnya..entah! Tapi bagi Sis, elok di asingkan sosnya, sebab bila ko dah curah awal-awal sosnya dalam burger, bila dah sejuk, ianya akan kering. Memang jadi kureng rasanya. Dia sedap, masa nak makan baru curah, tu baru paduuuuu....

Tapi sedap memang sedap! Puashati beli ..
Burger Ayam Goreng Telur Masin RM15.00


Dan satu lagi set terbaru Marrybrown Egg-Stra Padu adalah set hidangan Ayam Goreng Telur Asinnya. Yang ni jangan cakap laaa, Kalau dah ayam goreng makan dengan sos telur asin, memang lee sedap oii...Dah le Sis ko memang suka akan telur asin, so bila makan ayam goreng tu cecah dengan sos tu, ermmm sedap kemain, paduuu....

Set Ayam Goreng telur asin ni korang boleh beli dengan harga RM15.90 untuk 2 ketul ayam atau RM18.90 untuk 3 ketul ayam. Sis cuba 2 ketul aje dulu, pun tak cukup rupanya hahaha. Makan kongsi dengan anak-anak. Anak-anak pun kata sedap, tapi mereka lebih suka ayam, sebab burger tu burger ayam, so anak kurang sikit makan kecuali kakaknya yang memang makan burger ayam.

Korang boleh pilih laaa sama ada nak ayam goreng atau burger, tapi semuanya ada telur masin! Dan ianya diperbuat daripada telur masin sebenar!.

So korang yang belum cuba tapi duk tanya-tanya tu, haaa silalah cuba ya. Cuba sendiri baru tau macam mana perginya. Cuma SEDAP itu SUBJEKTIF. Lain tekak lain le rasanya yerkk..

Sekian food review tanpa bayar dari Sis, jangan takde orang kata kannn hehehehe...


P/S: Burger McD je belum try ni, gile panjang Drive-thru dia..tak kowser nak nunggu! Nanti ordr FP gak ler lalalalala. 

6 comments:

  1. Betul Sis,sedam ni subjektif.Kena rasa sendiri dulu.Kemudian buat penilaian.Ok,ilang beli.Tak ok pada tekak sekali je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, benda makanan ni kena cuba sendiri PC, tak boleh tengok dan baca je apa orang update, kita beli makan dan cuba, baru kita boleh tau sedap ke tak...

      Delete
  2. Adoi.. nak cuba juga tapi jauh pula marrybrown nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe cuba order FoodPanda kot laaa masuk area uma Sha..Sis pun dekat tapi order FoodPanda hehehehe

      Delete
  3. Aduhaii..terliur pulak. kita memang peminat salted egg. Kena cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah dah cuba belum tu, silalah cuba, memang sedap...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.