Header Ads


CHOCOLATE CHIP WALNUT BANANA CAKE YANG SANGAT MOIST DAN SEDAP DARI @KITTYKRAVERS


CHOCOLATE CHIP WALNUT BANANA CAKE YANG SANGAT MOIST DAN SEDAP DARI @KITTYKRAVERS | Jujurnya Sis ko ni sangat kurang suka makan kek, tak kisahlah kek apa pun, malah kalau time birthday pun, kek tu walau nampak cantik macam mana sekalipun, memang Sis tak pandang dan tak berapa hairan dengannya, bukan sebab tak suka keknya, tapi tak berapa suka makan kek.

Kecuali macam kek buatan homemade, haaa yang kek jenis gitu Sis suka, contoh : Kek Marble ke, kek Pisang ke, Kek Sponge ke, Cheesecake Durian ke, haaaaperrr durian? Hahahaha oii terliur jadinya bila menaip oii hahahaha.. pantang ek dengar durian, kemain hantu!..

Yaa jenis kek homemade macamtu Sis suka. Tak tau kenapa, kalau yang jenis ada krim ke apa ke, memang tak berapa suka. Suruh beli mahal-mahal masih okay lagi, tapi nak suruh makan, haaa Sis ko boleh termenung kejap depan kek tu hahahaha.. kalau ada pun nampak Sis makan, tu maknanya kek tu kena le dengan tekak Sis tu.


Dan baru-baru ni ada laa kawan Sis ni Harish Mustak, ahli kepada group private (private sangat ek!) Suami Masak Apa Hari Ni tu, yang mana dia sekarang dah jadi bakers atas nama @kittykravers sejak duduk rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal-awal lagi dulu. Buat masa sekarang dia hanya tertumpu pada buat kek dan juga biskut ala famous amos 'Chocolate Chip Walnut Cookies' yang penuh dengan rasa dan kesedapan melampaunya.

Dan Sis semestinya tidak ketinggalan untuk mencubanya, ye laa support kengkawan kan dan ternyata, ermmmm keduanya sangat sedap!. Terutamanya Chocolate Chip Walnut Banana Cake tu. Kalau bahasa melayunya, Kek Pisang Cokelat Chip Walnut, haaa gitu...


Satu aje yang sampai sekarang Sis tak puashati hahahaha... macam mana Kek Pisang tu boleh ngam rasanya dengan walnut di dalamnya, memang sangat-sangat sedap dan menjadi tanda tanya Sis sampai laaa ni. Biasanya kan, kalau kita makan kek yang ada inti kacang ke apa ke, mesti keknya jadi keras dan rasa pisang tu lari kan. Tapi untuk Chocolate Chip Walnut Banana Cake dari @kittykravers ni sangat moist dan rasa pisang tu masih tetap ada. Sangat sedap.

Ianya 100% homemade dan di bakar panas setelah ada yang memesan ya, bukannya dah di bakar dua tiga hari dan disimpan okay, sebab kek ini tiada bahan pengawet, so korang order baru laaa @kittykravers buat. Kalau nasib korang baik, area korang dekat, silap-silap dapat keknya masih lagi dalam keadaan panas okay. Lagi sedap!


Korang kalau nak cuba gak, bolehlah mencubanya, sangat puashati dan Sis percaya korang mesti sukakannya. Nampak zahirnya macam keras, kering tapi percayalah, ianya lembut, moist dan tidak tercekik ketika korang makan. Walnut dia pun boleh gigit rangup lagi, dan chocolate chipsnya pun masih lagi terasa tanpa menghilangkan rasa kek pisang itu.

Sesuai sangat kalau time ada party atau kenduri potluck or apa aje majlis, haa korang beli dan jamu kengkawan makan. Mesti semua ukakannya.

Korang jangan risau, ianya tidak manis dan sesedap rasa aje. Sis sukakannya, tapi macam biasa laaa, sedap itu subjektif, nak tau sedap ke tak, korang kenalah mencubanya sendiri, bak kata Sugu Pavitra di channel youtubenya tiap kali dia selesai masak dan makan bersama Suaminya, 'Sangat sedap, kamu kena cuba sendiri di rumah' hahahaha..

Oh ya, untuk kek tu, dia ada 2 saiz terjual. Dan caj penghantarannya bergantung kepada jarak kilometer area korang.

Chocolate Chip Walnut Banana Cake
1.4kg - RM 45
500g - RM 20


Haaa ni lee dia Chocolate Chip Walnut Cookies tu, atau bahasa melayunya Biskut Cokelat Chip Walnut yang Sis kata dah macam setanding rasanya dengan biskut Famous Amos tu, tapi ni ada sikit crunchy. Tak caya ye cuba. Sis dah cubanya seawal dulu dan request minta letak dalam botol, ikutkan pakaging dia dalam bag paper kertas seal tu haa.. tapi Sis minta dalm botol. Korang kalau nak dalam botol juga, bagitau masa ordernya.

Sis order setengah kilo lagi, buat kunyah-kunyah masa update blog. Yang gambar atas tu, masa mula Sis order, masa tu penuh lagi tu botolnya, sekarang dah tinggal suku dah hahahaha.. Memang letak tepi meja, senang nak cekut hilangkan mengantuk masa menaip hehehehe. Dengan Suami Sis dan anak-anak pun sukakannya.

Untuk biskut ni terjual dalam tiga kuantiti. Ikut koranglah nak kuantiti mana. Yang penting, jangan order sikit, kang makan tak cukup oii hahahaha..

Chocolate Chip Walnut Cookies
500g - RM 43
200g - RM 19
100g - RM 10

So korang yang nak mencubanya, bolehlah lihat dan save butiran details seperti di bawah yang Sis bagi ni ya. Boleh wahtsapp, boleh call, dan jangan lupa follow instagramnya tu okay. Pasti korang puashati.  Sis kalau update dan kongsi tak pernahnya tak sedap kan, so korang kena cubanya sendiri.

Instagram :  @kittykravers
Whatsapp/Call : 0177114250 - Harish Mustak


P/S: Tergugat sekejap Sis ko bila ada orang jantan pandai memasak ni tau, aishhhh... siap ada group bapak-bapak!.. kerlas ko!

28 comments:

  1. sy ni plak sejenis yg suke mkn kek kecuali kek buah.. haha
    xtau la ngape xnk plak mkn kek buah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo sama laa, kek buah pilihan terakhir kalau ada hahahaha...

      Delete
  2. baca review sis lin jadi terliur terus lah. dah la memang suka walnut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha iyerr, tu belum rasa lagi, sedap moist keknya...

      Delete
  3. kalau dalam bahasa melayu betul, kek pisang cip coklat walnut..hahaha...ke nak tukar walnut kepada kenari...tiberr hahaha

    ReplyDelete
  4. el pulak makan semua kek kecuali kek buah..dari kecik lg x suka makan..tp kalau mkn yg kena dengan tekak ok jer hehehe..tp kek pisang walnut tu npk mcm menarik sgt..terliur sudah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeke ramai yang tak berapa suka kek buah ek...ada masa beli ada yang sedap, ada masa kering gilerr...tu yang tak suka..
      Yaa El, kek ni moist gilerr...

      Delete
  5. Sedapnya nampak. Fav betul lah kek pisang macam ni. EEE rasa nak beli sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, silalah beli dan mencubanya..kalau pos, tak pasti pulak...

      Delete
  6. Ni kira kombinasi yang ngam ya Sis walnut dengan kek pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerr, tak tau plak boleh ngam rasa dia PC...

      Delete
  7. bilaa laa nk rajin buat cookies ^_^
    kek pisang sedap..fav shida :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah buat, dan pos ke Johor ya hehehehe

      Delete
  8. The mixture of chocolate chip + walnut + banana surely makes the cake taste good. I can imagine the taste already. Thank you for sharing this recipe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa you should try to make your own, banana with walnut..you akan surprise rasa dia..

      Delete
  9. Replies
    1. Hahahaha boleh...marilah ke Johor hahaha

      Delete
  10. Wow sedapnya.. Cookies tu nampak sedap sgt.. I memang suka makan jenis yang kudap-kudap tu.. Kek i kurang sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa cookies tu dah tinggal suku dah, kek dah licin hahahahaha

      Delete
  11. Replies
    1. Kannn Ajan, sedapkann...nak repeat beli lagi nanti...

      Delete
  12. Saya memang dessert lover pntang tengok kek. Walaupun nak diet. Nmpak sedap kek & biskut tu. Rasa kena grab juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo bagusnya..Sis kureng sikit, jenis memilih bab kek ni tau..heheheh
      Boleh cuba Lia, sedap sungguh..di jamin...

      Delete
  13. wahh sedap nampak. saya selalu makan kek pisang biasa je. baru2 ni buat dekat rumah tak berapa nak jadi kek pisang saya hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kannn...yang ni lain dari lain, sampai sekarang tak boleh terima betul rasa dia, kenapa sedap bila campur dengan walnut hahahaha

      Delete
  14. nampak sedap sis. tengok kek yang dah potong tu pon nampak macam kek mewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa, moist sangat, nampak macam kering, tapi lembuttt Mar...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.