Header Ads


CUTI-CUTI GINI BELEK DAN BELAI POKOK BUNGA AJE


CUTI-CUTI GINI BELEK DAN BELAI POKOK BUNGA AJE | 3 hari cuti, so ada yang tanya Sis, 'Ko buat apa Sis kat rumah?', hahaha agak lucu soalan tu, macam lee duduk rumah ni goyang kaki ek, adoii banyak kerja weyyy, kalau tak layan Suami, apalagi...masak, makan, masak, makan..hahaha tu je le kejenya. Rutin macam biasa, pepagi Suami akan ajak ke Kong Kong laut melihat lauk basah dan juga melawat bot dia yang tengah baiki tu.

Nanti lepas dah settle, Suami bawa lee pusing bandar, tengok-tengok, jenguk-jenguk kedai kereta pulak, tu memang kesukaan dia, dari dulu sampai sekarang. Dah puashati, balik singgah pasar, beli bahan nak masak. Sampai rumah mulalah bertukang kat dapor settlekan makan Suami dan anak-anak. Walau ko puasa sekalipun, tanggungjawab memasak dan menghidang tu kena buat.

Bila dah settle semua, Sis jarang tidur siang, kalau Suami ya, masa cuti gini laa dia nak rehat nak tidur siang tanpa gangguan. Tu pun kadang ada gak bunyi telefon, tapi Suami kalau cuti biasa dia silentkan. Sejak-sejak ni lerr, agaknya banyak sangat gangguan kot time cuti hahahaha.

Sis? Bila anak-anak semua dah leka tengok tv, dan Suami pun dah terlelap, Sis akan melayan pokok bunga Sis di taman mini Sis hehehe. Sejak dah ada taman mini ni, lebih masa je Sis akan duduk belai pokok, sebelum ni kalau takde taman mini tu pun sama juga, cuma mood dia je berbeza.

Lagi pulak bila dah beli satu persatu pokok bunga yang selama ni Sis suka, cuma malas nak beli awal-awal sebab taman mini tak siap lagi. Kang nak angkut semua jadi malas. Bila dah siap lee baru Sis beli, tu pun ada yang kawan bagi dan ada Suami belikan. Macam tak caya Suami boleh belikan Sis pokok bunga okay hahahaha..

Meh tengok pokok-pokok yang dah Sis ko tanam sepanjang PKP dan pokok sebelum-sebelumnya hehehe..ada yang subur gemok macam tuannya hahahaha..

Pokok Mint Pudina ni. Tanam dari sebelum PKP, beli kecik jer, sekali sekarang, kus semangat gemok subur. Dah berapa kali petik buat minum teh..

Yang ni tak tau nama apa pokoknya. Tapi paling senang nak tanam. Berapa kali buang potong pun, tetap tumbuh aje segar. Sekarang viral plak pokok ni. Siapa nak anaknya mai lerr amik hehehehe.

Yang ni paling lama Sis tanam, dari duduk rumah lama dulu. Rasanya dah lebih 10 tahun. Cuma tak rajin nak tukarkan ke pasu dan tanam semula hehehehe..Sampai dah sengget-sengget. 

Ni pun sejak-sejak ni jadi pokok viral. Nama dia Sis tak tau. Dah lama tanam, tapi sejak letak baja kawan rekemen tu, nampak naik hijau daunnya segar hahahaha. Banyak anak tu, Sis sumbat dalam satu pasu aje.

Ni lee yang Sis kata Suami belikan hehehe. Tau-tau balik kerja dia bawak balik, dia bagi pokok ni. Cantikkan..bunga dia tahan lama, lama dah tu, tak gugur-gugur...

Kalau korang nampak, tu lee pokok waterlily Sis. Sis tanam dalam pasu aje, tu yang kedingking je daun, tapi berbunga dah..bunga dia ikut daun melentuk tau, bukan memang terlentuk sesaja hahahaha.

Daun pandan ni Sis baru tanam semula, Yang lama dah mati layu, tak tau kenapa hahaha. Minta kawan anak pokoknya. Dapatlah sepasu tu.

Sama juga bayam basil ni. Minta kawan anak pokok dan Sis tanam semula. Harap tumbuh laaa dengan suburnya. 
Okay dah tu je pokok nak tunjuk. Sebenarnya banyak lagi, cuma Sis malas nak upload hahahaha. Kang buhsan plak korang bacanya ek.. dan segan juga, ye laaa, ramai sana lagi banyak pokok korang tanam dan cantik-cantik subur. Sis ni alaaa baru je nak mula ada mood tanam hahahaha..

Tapi okaylah, buat hilang bosan dan isi masa lapang. Ada gak aktiviti masa lapang, duk belek pokok bunga time cuti. Kalau tak, tidur di siang hari juga kot hahahahaha...Now pantang nampak kedai bunga, kalau boleh semua nak di belinya hahahaha...

Sis kan teringin sangat nak beli dan tanam pokok orkid macam dulu-dulu Sis tanam, tapi tu lee, keadaan tempat takde lagi satu, Sis ko kurang sabo hahahaha sebab orkid lambat gile nak tumbuh bunga kekekeke...


P/S: Siapa ada taman dan tanam pokok bunga, dia tau laaa feel tu macam mana, kan kan..

8 comments:

  1. Alhamdulillah
    menghijau buat terapi mata dan minda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak, tapi takde laaa banyak beno, sekadar hijau taman mini ajee...

      Delete
  2. alamak ko pakai page refresher jugak ke, aku tengah taip ni dia refresh pulak..sabor je ler..hahahahaha

    ok taip balik, pokok orkid tu ko gantung aje kat pagor rumah tu kalo takde tempat ha..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aku pun tak tau kenapa jadi gitu...agaknya template ni kot...takpe ko kan rajin komen hahahaha

      Delete
  3. siap ada pokok bayam basil. huhu sis sama aja dengan mama kita. makin bertambah pulak pokok dia tanam waktu pkp ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee Farah, baru nak menanam balik ni, harap-harap tumbuh le dengan suburnya...

      Delete
  4. Kak, anthurium tu kalau beranak, nak satu pleeeease!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.