Header Ads


DOA PAGI HARI YANG BAIK DIAMALKAN SETIAP HARI


DOA PAGI HARI YANG BAIK DIAMALKAN SETIAP HARI | Selamat pagi semua. Walaupun tak berapa nak pagi sangat lagi sebab dari tempat Sis menaip ni di ruang meja makan, kelihatan matahari dah naik dah depan rumah hehehe. Bukan bangun lambat, tapi tadi lepas Subuh, uruskan Suami pergi kerja, buatkannya sarapan dan minuman, kemudian bila Suami dah pergi kerja, Sis boleh terlelap di kursi ruang tamu tadi, masyaallah...

Terjaga bila Suami call tanya pass kerjanya. Terkejut bila bangun, memang tak tersedar bila masanya entah tertido hahahaha. Adeiii...Suami pun gelakkan Sis..

Terus bangun dan kemas dapur, sapu rumah semua, ni haa baru duduk bukak laptop dan menaip. Cuma pagi ni Sis nak update ringkas aje. Sebab semalam kawan ada share di group wahtsapp doa pagi hari yang baik diamalkan. Suka plak Sis doanya dan terus rasa nak kongsikan di sini.

Korang boeh baca dan cubalah hafalkan. Sis sedang cuba ni. Sama-sama kita mendapat keberkatan dariNya ya..


Doa Yang Baik Diamalkan Pada Waktu Pagi

Ya الله Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya الله semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami.

Ya الله bukakanlah hijab kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.
Ya الله takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.
Ya الله bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya الله .
Ya الله sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.

Ya الله ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya الله .
Ya الله , jadikanlah kami redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kami.
Ya الله kami percaya Ya الله Engkau akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebeh baik bagi kami.
Ya الله , dorongilah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga.


Ya الله Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan Kau gantilah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan untuk mereka yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya الله .
Ya الله sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Justeru itu Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .
Ya الله janganlah Kau jadikan hari ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan hari-hari mendatang.

Tapi Ya الله , andainya hari ini hari terakhir buat kami, Engkau rahmatilah kami dan jadilah hari ini paling bererti, penoh dengan cahaya iman, menerangi kasih sayangMu.
َYa الله Ya Ghaffar ampunkanlah juga dosa anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله . Aamiinn..


P/S: Beberapa jam saja lagi, kita melangkah masuk ke fasa baharu PKPP... 

10 comments:

  1. Aamiin.Aamiin.Aamiin.Moga doa ini menjadi senjata tajam unutk kita.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa-doa kita...

      Delete
  3. Aminn. Thank you sis share. Jom amalkan sama2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Farah, jom kita amalkan sambil hafal doanya...

      Delete
  4. Whoaaa, nice info ... Amin Amin

    ReplyDelete
  5. Aamiin
    Semoga dimakbulkan doa2 kita

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.