Header Ads


GOLD NANO CC CREAM DARI HANSAEGEE NATURE SESUAI UNTUK AKU YANG TAK SUKA BERMAKEUP


GOLD NANO CC CREAM DARI HANSAEGEE NATURE SESUAI UNTUK AKU YANG TAK SUKA BERMAKEUP | Sejujurnya kan, dari dulu lagi sampai sekarang, Sis bukan orangnya yang pandai nak mencantikkan wajah sendiri dengan makeup, senang cakap, tak pandai nak bermakeup laaa. Sis hanya pakai 'basic' aje tiap kali keluar rumah. Jadi kalau nak cerita bab barang kecantikkan ni memang Sis tak berapa reti nak cite panjang, tapi kali ni Sis nak kongsi satu produk yang Sis dah mula suka dan jatuh cinta.

Kebiasaannya Sis kalau keluar rumah pun Sis hanya pakai bedak compact, pakai eyeliner, celak kening, mascara dan juga lipstik je, tu jee yang memang Sis pakai. Foundation ke kalau pakai ikut mood dan event, sebab bedak compact Sis pun dah 2in1, so sapu terus je ke muka, ringkas hahaha.

Tapi setelah mencuba Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature selama seminggu ni, Sis mula jatuh cinta, sebab ianya bukan sekadar CC Cream biasa aje, tapi ianya banyak keberkesanan dan perubahan pada kulit muka Sis sendiri.



Memang tak sangka CC Cream ni lebih ringkas dan complete kegunaannya, hanya dalam satu botol tu aje, Sis dah tak payah nak tenyeh krim siang dan foundation tebal bagai. Dan paling bestnya ianya sesuai untuk semua jenis kulit. CC Cream ni paling sesuai untuk mereka yang pentingkan kecantikkan kulit muka, yang risau kulit cepat kedut, muka berminyak, kering, sensitive dan juga freckles.

Macam Sis yang dah 40tahun ni, kedutan dan jeragat tu mula naik dah ke muka, tapi belumlah nampak serius, dari sekaranglah nak jagakan, so bila dah lebih seminggu guna, nampaklah perubahan pada kepudaran jeragat dan kedutan halus di mata tu, serius! sangat teruja.

Kalau yang belum faham lagi, CC Cream bermaksud Colour Control Cream, jadi ianya adalah krim siang yang kegunaannya all-in one dalam satu, yang mana ianya boleh seimbangkan tona kulit kita dan merawat kulit kita.

Gold Nano CC Cream dari Hansaegee nature ni juga korang boleh jadikan sebagai rutin penjagaa kulit seharian. Dan paling best, bila korang guna, ianya akan ikut warna tona kulit muka korang. Jadi tak payah bimbang, semua jenis dan warna kulit pun boleh pakai.

Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
  • Perlindungan UV Sun SPF50 PA ++
  • Mengimbangi nada kulit secara semulajadi
  • Kurangkan penilaian liang
  • Boleh bertindak sebagai Base Makeup atau Primer Makeup
  • Mencerahkan
  • Mencegah kulit penuaan; Meningkatkan keanjalan kulit
  • Glowing Skin, Smooth Skin
  • Pastikan kelembapan
  • Melegakan masalah kulit



Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini salah satu produk dari Hansaegee Nature yang berasal dari Korea, dan salah satu jenama produk kecantikan yang bertapak di Malaysia sejak tahun 2011 dan ianya adalah produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi. Korang jangan risau, semua bahan produk dalam produk ini telah diluluskan secara sah dan selamat digunakan.

Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream mengandungi 3 Bahan Kandungan Utama iaitu :

  • Mineral Water - Yang berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan PH kulit dan meningkatkan keanjalan kulit. Makin lama korang pakai, kulit menjadi glowing.
  • Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract - Berfungsi sebagai anti bakteria dan melegakan masalah kulit. Termasuk juga bagi mereka yang berjerawat, jangan risau, ianya selamat. 
  • Colloidal Gold - Mencegah penuaan kulit, memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi. 

Semua bahan ni bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit tau!

Cara Penggunaannya
  • Cuci muka seperti biasa
  • Pakai Toner korang macam biasa juga
  • Moistruizer korang yang biasa korang pakai, kemudian
  • Picit Gold Nano CC Cream dan sapu rata ke kulit muka *tak payah letak sunscreen lagi sebab CC Cream ni dah ada UV Sun SPF50 PA ++



Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream  miliki tekstur yang ringan di wajah, tak melekit dan tidak berminyak. Yang paling penting, produk  ni adalah bebas dari sumber haiwan, paraben - free , sulfate - free , dan alcohol-free. Gunakan tanpa was-was!

CC Cream ni korang boleh pakai macam tu je tanpa mekap dan juga boleh di jadikan sebagai makeup base/makeup primer sebab ia akan membuatkan mekap korang lebih tahan lama. Dan yang paling best juga, setiap kali korang pakai, krimnya akan rata mengikut tone warna kulit muka korang, so korang tak payah risau kalau kata krimnya putih sangatlah, tak sesuai laa, takkkk krimnya akan ikut warna kulit korang..

Haaa nampak tu, Sis uji dengan menggunakan tangan untuk bagi korang lebih yakin. Gunanya senang aje, setelah korang picit, then korang ratakan di muka korang, ianya akan sekata dengan warna kulit korang, dan semakin lama korang pakai, ianya akan serap kedalam kulit tanpa meninggalkan kesan comot.

Ianya juga tahan peluh dan waterproof. Lagi kalau tengah panas, muka berminyak dan berpeluh kan, so korang jangan risau, CC Cream ni tak bercapuk dan tak comot. Ianya nampak natural di kulit muka korang.



Semua produk penjagaan kulit Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream HANYA boleh didapati di laman web rasmi di www.hansaegee.com/shop .Tidak dijual dari mana-mana kedai runcit atau online shop channel.

Hansaegee Nature 
Website : www.hansaegee.com/shop
IG : www.instagram.com/hansaegeenature/
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


P/S: Suka ada produk macam ni, jadikan persediaan nak bersiap tu cepat dan ringkas tanpa makeup. 

9 comments:

  1. Pertama kali dengar jenama Hansaegee ni tapi bila ada nano Gold mesti bagus utk kulit.

    ReplyDelete
  2. produk terbaru dia yek kak, menarik jugak

    ReplyDelete
  3. memang best kan pakai ni, dah tak payah susah hati mekap bercapuk...

    ReplyDelete
  4. Bagusnya cc cream ni dah ada sunblock SPF 50 pulak memang sangat sesuai utk kulit muka

    ReplyDelete
  5. Sayalah insan pemalas itu. Dah nampak solusi satu.

    ReplyDelete
  6. Wow.. Oke la tu kalau sis lin dah cuba produk yang sesuai.. Samalah x bpe gemar sangat nak bermake up ni

    ReplyDelete
  7. Wow sekali pakai untuk semua. Takyah dah step by step. Selalu skip sunblock pastu nyesal hehe

    ReplyDelete
  8. macam-macam kegunaan nya. thank sis reiew. sambil-sambil tu bolehlah leya cari info kena ke tidak dengan kulit muka leya ni

    ReplyDelete
  9. banyk juga kegunaannya. thanks review. kot ramai orang nak cuba kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.