Header Ads


RESEPI MASAK SARDIN PALING MUDAH DAN SEDAP


RESEPI MASAK SARDIN PALING MUDAH DAN SEDAP | Korang pernah rasa tak ada ketikanya kan, lauk sardin ni kita anggap lauk emergency tatkala rumah takde lauk? Ke korang selalu memang masak menu sardin pada hari-hari tertentu?.

Kalau bagi Sis, jujurnya memang menu sardin ni antara lauk yang kira last minit atau menu yang tiba-tiba rasa nak makan barulah Sis masak. Sebab itulah stok sardin memang kena sentiasa ada. Bukan kata masak menu cara berlauk je, kekadang buat sandwich laa, buat roti jala gulung sardin la, dan ada je la menu lain yang di buatnya dengan sardin ni.

Sesekali makan sardin memang sedap woo, lagi kalau time hujan dan makan dengan nasi panas, memang terangkat le kening kan. Sama juga baru-baru ni, Sis ke rumah Emak, last minit sampai, kebetulan rumah Emak pun kehabisan lauk basah, so adik Sis MamaDD, masakkan Sis lauk sardin aje. Perut kalau dah lapar, apa ado depan mata, semuanya sedap aje kan hehehe.


Korang mesti lagi pro tang masak sardin ni kan hehehe. Tapi ada gak rupanya bermacam style dan cara orang masak sardin, yang penting ikut laa citarasa memasing. Pilihan Sis semetinya laa sardin dari Ayam Brand.

Dan kali ni Sis kongsikan resepi sardin turun temurun memang dari dulu Emak ajar sampai le ke harini Sis guna pakai. Adik pun ikut resepi yang sama juga.

Resepi Masak Sardin Paling Mudah Dan Sedap 

Bahan-bahan :

  • 1 tin sardin Ayam Brand atau apa-apa je la brand. 
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 ulas bawang putih - hiris/ketuk
  • 1 biji lada hidup - hiris
  • garam, gula, kicap - ikut citarasa memasing

Cara-cara Memasaknya : 

  • Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan lada hidup. 
  • Tumis hingga sedikit garing dan naik bau wangi.
  • Kemudian masukkan sardin. 
  • Masukkan air sedikit. Kalau yang suka pekat, tak payah letak pun takpe. 
  • Masukkan secubit garam, satu sudu kecil gula dan sedikit kicap manis. 
  • Akhir sekali, biar mendidih, kecilkan api, biarkan dalam 2 minit
  • Kemudian tutup api, hidang. 

Sonang aje kan..apa ada susah, yang susahnya kalau MALAS hahahaha..Makan tau nak, masak malas ek..hehehehe.. Opss terasa ke? Kalau terasa, pepandai le ubah diri tu jadi RAJIN. Adoii masak sardin je ponnn...

Selamat mencuba.. 


P/S: Dah tetiba kecur pulak memalam ni nengok sardin oii.. adeii 

18 comments:

  1. Hari ni PC masak sambal sardin Sis.Sardin ni antara stok yang kena sentiasa ada untuk tambahan lauk atau dijadikan kawan roti canai dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kekadang tu Sis masak sardin semata nak cecah roti gak PC, benda dah ada, lebur je dalam kuali kejap kan...

      Delete
  2. Saya suka letak asam keping banyak2 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo tak pernah pulak masak sardin letak asam keping, nanti boleh cuba...

      Delete
  3. Kita selalu masak sardin bila teringin. hahaha lauk ni tak pernah jemu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sama gak le rumah ni, janji stok sardin tu sentiasa kena ada..

      Delete
  4. Sesekali layan sardin cap ayam, okay aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Wak, tapi walau harga agak up, tapi boleh di katakan cap ayam ni le yang sedapkan hehehehe

      Delete
  5. samalah cara kita masak kak, dana pun jenis suka masak sardin simple gitu... cuma kadang dana tambah dengan air limau kasturi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Dana, mudah dan sedap. Oo kalau Sis limau time buat sandwich aje letak..

      Delete
  6. sedap sardin. sesekali masak memang licin habisnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, lagi kalau time hujan, lagi asyik makannyaa...

      Delete
  7. rumah ammi pun memang sentiasa standby sardin just in case dah tak reti nak masak apa..kita kerjakan jelah sardin tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee sama laaa Sis...kena ada kan Ammi, kalau tak, bila lapar, merangkak cari makanan hahahah

      Delete
  8. memang mudah, campak campak jee siap. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khenn Mimin...lagi satu kalau buat sandwich, pergh dapnya perah limau bebanyak..

      Delete
  9. aku suka buat sardin asam pedas...aduhhh sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah juga masak asam pedas, pun sedap Sun...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.