Header Ads


MULAI ESOK, JOHOR BENARKAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT FARDHU DI MESJID & SURAU BERSYARAT


MULAI ESOK JOHOR BENARKAN SOLAT JUMAAT DAN SOLAT FARDHU DI MESJID & SURAU BERSYARAT | Alhamdulilah, satu khabar berita gembira buat seluruh rakyat Johor. Kerajaan Johor telah mengumumkan dan membenarkan masjid dan surau mengadakan solat Jumaat terhad kepada 40 jemaah berkuat kuasa Jumaat ini (esok).

Selain itu, semua masjid dan surau di Johor juga dibenarkan mengadakan solat fardu lima waktu berjemaah terhad kepada 40 jemaah pada hari sama. Bebenaran solat Jumaat dan solat berjemaah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) itu sudah diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Mulai 12 Jun ini, sebanyak 836 masjid dan 92 surau Jumaat di Johor dibenarkan mengadakan solat Jumaat namun terhad kepada hanya 40 jemaah tidak termasuk pegawai masjid dan surau Jumaat.

Bagi solat fardu lima waktu pula, sebanyak 836 masjid serta 1,951 surau kariah di negeri ini dibenarkan mengadakan solat secara berjemaah juga terhad kepada 40 jemaah.

Ahli kariah perlu mengisi borang pendaftaran bagi dinilai ahli jawatankuasa masjid dan surau, sebelum mereka disenaraikan dan dihubungi bagi memaklumkan kebenaran datang menunaikan solat Jumaat dan solat jemaah lima waktu.

Bagaimanapun, untuk solat Jumaat kebenaran akan diberikan secara bergilir-gilir setiap minggu bagi membolehkan semua ahli kariah diberikan peluang berjemaah di masjid manakala untuk solat fardu lima waktu, biasanya bilangan yang hadir tidak lebih 40 jemaah dan tiada masalah kesihatan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM ) akan membuat pemantauan di semua masjid dan surau, termasuk melakukan pemantauan bagi memastikan prosedur standard operasi (SOP) dipatuhi selain tiada kekecohan berlaku.

Jika kariah yang hadir berlebihan daripada 40 jemaah, mereka yang tidak mendaftar akan diminta pulang dan kembali pada minggu seterusnya. Kewajipan solat Jumaat gugur ke atas mereka yang tidak terpilih untuk hadir solat Jumaat pada hari berkenaan dan wajib digantikan dengan solat fardu Zuhur.

Jemaah yang dibenarkan melakukan solat Jumaat dinasihatkan membawa sejadah masing-masing selain mengambil wuduk di rumah. Dan ahli kariah yang diberi kebenaran juga mestilah berusia 15 tahun ke atas sahaja.

Akan tetapi, pelaksanaan aktiviti lain seperti kuliah, ceramah dan seumpamanya di seluruh masjid dan surau sepanjang tempoh PKPP hendaklah ditangguhkan.

Sumber: Mymetro 

Pic kredit facebook Syed Syahmi 

COVID-19: Solat Jemaah, Jumaat di masjid hanya untuk rakyat tempatan

Kelonggaran syarat mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan keluasan masjid hanya tertakluk kepada warga tempatan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kelonggaran itu tidak termasuk bagi warga asing di negara ini, kerana isu positif dalam kalangan warga asing lebih tinggi berbanding rakyat tempatan.

Kebenaran itu diberi mengikut prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial. InsyaAllah, semoga esok dan hari seterusnya dipermudahkan semuanya, dan tiada kekecohan yang akan berlaku.

Johor juga benarkan ziarah kubur mulai semalam. 

Kerajaan Johor membenarkan aktiviti ziarah kubur sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa semalam. Bagaimanapun semua pelawat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Ianya termasuk perlu memakai pelitup separuh muka, membersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman, menjaga penjarakan sosial lebih daripada satu meter, tidak digalakkan bersalaman dan bersentuhan selain tempoh ziarah yang tidak terlalu lama.

Waktu ziarah dibenarkan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang kecuali untuk urusan pengebumian jenazah. Waktu ini juga terpakai untuk kerja pembersihan, pemasangan kepuk dan kerja berkaitan di tanah wakaf perkuburan.

Sementara itu, bacaan talqin dan tahlil ketika pengebumian juga perlu dilakukan secara ringkas dan tidak mengambil masa panjang sepanjang PKPP berkuat kuasa. Majlis tahlil kematian juga boleh dilaksanakan di rumah keluarga waris masing-masing dalam kalangan ahli keluarga sahaja,

#KitaJagaKita #StaySafe


P/S: Alhamdulilah..moga dipermudahkan segala urusan kalian semua yang terlibat..

20 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulilah, menangis adik Lin bila dapat tau boleh ziarah kubur, anaknya rindu snagat kat Ayahnya huhuhu

      Delete
  2. alhamdulillah...moga dipermudahkan urusan semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Sun, harapnya takde apa yang bakal di hadapi...aamiinn

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulilah, esok pergi mesjid dengan segera tau untuk dapat tempat antara 40 jemaah tu...

      Delete
  4. Alhamdulillah.. Kalau dapat bergilir2 solat jumaat pun bagus jugak. Bagi peluang la yang lain merasa. Jangan asyik muka itu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Diana, dalam penulisan Sis di atas tu ada tulis, akan di beri masuk solat secara bergilir..bagi peluang kepada mereka yang lain...

      Delete
  5. Antara hikmah PKP, aktiviti keagamaan semua kembali pada basic. Bidaah banyak terhapus sebab tak boleh kumpul ramai2. Alhamdulillah aktiviti fardu kifayah dah boleh diadakan balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Ajan, sampai kedai urut pun tutup, mana aku nak urut ni haaa hahahahaha

      Delete
  6. Alhamdullilah, kat Selangor pun rasanya dah boleh mulai esok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pun boleh juga Kak, tadi ada terbaca Selangor dan Wilayah boleh...

      Delete
  7. semoga dipermudahkan urusan harian dan ibadah kita., aminn

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, Selangor cuma zon hijau sahaja yang dibenarkan setakad ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Kak, tidak semua di bolehkan, yang dah boleh tu, rasa syukur sangat...

      Delete
  9. Alhamdulillah
    Wak terpilih solat jumaat di masjid esok.
    (Cuma 40 orang sahaja yang dibenarkan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.
      Esok-esok beri pelung pada yang lain juga ya Wak...

      Delete
  10. Alhamdulillah..sama juga negeri sembilan. dibenarkan tapi ada hadnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, meriah dan mesjid walau tak semua dapat masuk...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.