AKU JATUH CINTA SUDAH SAMA KAIN NORWEX


AKU JATUH CINTA SUDAH SAMA KAIN NORWEX | Eh, sekali baca tajuk macam orang Nepal bercakap pulak ek hahaha... gasak lerr, janji tajuk tu korang faham apa yang nak Sis sampaikan ni kekeke... Pertama kalinya nak bagitau dulu. Masa mula keluar jenama Norwex ni kan, yang orang duk kata 'kain kayangan' ni, memang tak pernah terlintas pun Sis akan dapat merasa nak membelinya, sebab memang harga mahal. 

Lagi pulak Sis ni bukan bekerja, then takat nak pakai kain buruk kemas dapo tu, alaa kain IKEA tu pun boleh jer guna. Akan tetapi pada suatu hari..jeng jeng jeng....dek sebab sana sini kawan semua up pasal Norwex ni, dan Sis pulak rajin nau kan nengok video-video yang derang up, makanya dan dan tu juga jatuh cinta kali pertama pada Norwex ni. 

Kebetulan rezeki menulis blog pun ada, rezeki dari hadiah Jambangan Bunga Duit dan Kek Tarik-Tarik Duit dari Retna pun ada masa tu, so kita manfaatkan dengan membeli sesuatu.. 



Tapi Sis diamkan lagi tau, kemudian.. ye laa orang kata dah rezeki kann, dalam pada memerhati dan memendam perasaan (sambil tengok duit adsense dah masuk juga), tup-tup kawan blogger Sis Ruby boleh wahtsapp Sis pasal Norwex ni dan bertubi-tubi dia hantarnnya gambar dan video mengenai Norwex Dusting Mitt & Lint Mitt Norwex tu. 

Sis pun apalagi kemain tekun ko melayan semua video. Dan yang membuatkan Sis terus setuju nak membelinya, sebab tengok video kaut bulu kucing tu haaa.. ianya sangat berguna bagi Sis yang membela kucing. 

Norwex Dusting Mitt

Kedua produk Norwex yang Ruby rekemen kat Sis tu memang sangat berguna buat Sis. Tengok videonya aje, Sis dah teruja. Dan bila dah membelinya dan gunakannya memang puashati. Harga mahal pun bagi Sis bila dah guna, memang berbaloi-baloi. 

Sis guna Norwex Dusting Mitt tu untuk sapu habuk satu rumah termasuk kipas siling dan yang bestnya Dusting Mitt tu paling senang guna, sebab dia jenis sarung tangan, so memana ko nak mengelap, ko lap aje laa, habuk dia memang melekat di sarung kain tangan tu jee.. sampaikan ke pokok bunga semua pun dah jadi senang Sis mengelapnya.. 

Norwex Lint Mitt

Beza dengan Lint Mitt tu, dia jenis sarung di tangan tapi permukaan dia agak kasar, sebab tu bagi Sis yang membela kucing ni memang sangat best pakainya. Sis guna untuk lap dan kaut semua bulu-bulu kucing di kursi sofa Sis (nanti Sis buat video up di Youtube Sis). Sampaikan anak Sis pun jadi suka Lint Mint tu, tak payah suruh, kalau mengemas, automatik dia guna aje Lint Mitt tu. Kalau tak sebelum ni Sis hanya guna roller soletep yang jual di Daiso tu je. Tu pun leceh, gosok dua tiga kali, dah tak lekat, betul tak?..

Sis rekemen sangat kalau korang mampu, dan korang ada membela kucing, belilah Lint Mitt ni, sangat bagus.. memang dia kaut habis semua bulu di kursi dan juga pakaian korang, atau memana aje laa yang korang rasa 'berbulu' hahahaha.. 

Norwex Kitchen Cloth

Haa tu kisah jatuh cinta pertama Sis pada Norwex. Kemudian.... jeng jeng jeng... hahahaha.. tiba-tiba anak Sis pulak bersuara; 'Mak, belilah kain dapor Norwex tu, kawan Kakak tu pakai, kain tu pakai cuci pakai cuci, tahan lasak'.. Emaknya dengar is....... huhuhu sepertinya suara hati Sis pulak yang menyuarakannya ayat itu hahaha... cuma Emaknya pendam je tak pernah nak bukak mulut, sebab memang tau, mahal harganya.. 

Then trylah mesejnya Ruby lagi tanya pasal Norwex Kitchen ni. Dan dan laaa Ruby kata tengah ada promosi. Aishhh setelah deal punya deal dengan Ruby, maka akhirnya, TERbelilah Sis satu set Norwex Kitchen Cloth (3 helai) ni.. 

Norwex Kitchen Cloth

Rata-rata memang ramai guna Norwex Kitchen Cloth ni, dan dia juga adalah best seller Norwex setakat ni yang Sis tawu. Kainnya tidak laa besar mana, hanya 35 cm x 26 cm aje, tapi sangat bagus. Antara keistimewaan Norwex Kitchen Cloth ni adalah; 
  • Mikrofiber Norwex mempunyai keupayaan untuk menyingkirkan sehingga 99% bakteria dari permukaan dengan hanya air apabila mengikut arahan penggunaan dan penjagaan yang betul.
  • Sangat lembut, mudah menyerap dan kering dengan cepat.
  • Mengeringkan permukaan dapur dan pinggan mangkuk dengan cepat.
  • Menjimatkan masa, wang dan menyelamatkan alam sekitar dengan pembersihan bebas bahan kimia dan tanpa tisu dapur.
  • BacLock®*, ejen mikro perak eksklusif kami pada kain itu, berfungsi sebagai pembersih sendiri terhadap bau kulat, kulapuk dan bakteria dalam masa 24 jam supaya ia bersedia untuk digunakan semula

Norwex Kitchen ni ada banyak jenis. Yang Sis amik ni Norwex Kitchen Cloth, ada lagi satu jenis adalah Norwex Counter Cloth. Apa beza keduanya, haaa korang kena lee research sendiri ya. Kang cite sini, sampai esok tak habis hahahaha.. 

Norwex Best Seller

Alhamdulilah, setakat harini itulah antara koleksi Norwex yang Sis dah beli dan guna. Dan lagi satu nak bagitau, bagi menjaga kualitinya produk Norwex ni, korang belilah sabun khas untuk mencuci kain-kain Norwex korang tu. Ye laa kang salah cuci, hilang plak keberkesanan dia kan. 

Korang beli Norwex UPP Detergent dia. Sabun memang khas untuk mencuci kesemua produk Norwex. Antara fungsi UPP Detergent adalah;
  • Menghilangkan kotoran paling degil pada semua jenis kain
  • Boleh digunakan untuk apa-apa jenis fabrik, termasuk kapas, nilon, bulu, linen dan sintetik serta yang perlu dibasuh tangan. 
  • Memerlukan hanya sejumlah kecil berbanding jenama tipikal yang lain
  • Bebas dari fosfat, sulfat, klorin, pewarna, pewangi, phthalates, peluntur, ammonia 

Tapi kalau korang taknak beli UPP Detergent ni, katanya korang cuci dan rendam dengan air aje katanya, ehhh entah ekk.. korang cubalah tanya memana consultant Norwex ya.. 

Aku Jatuh Cinta Sudah Sama Kain Norwex

Orang kata rezekikan, haaa gini laaa.. rezeki tak pernah salah alamat andai kita membeli barang tu niat sesama membantu kawan-kawan, Boleh pulak Sis menang sehelai Norwex Body & Face dari LIVE Facebook Yaya Natsumi baru-baru ni. Tak sangka ko boleh menang. masuk live tu suka-suka aje nak tengok barang Norwex tu. Tak sangka terpilih salah satu pemenang hehehe.. 

Alhamdulilah, makaseh Yaya.. bertambah lagi satu lagi koleksi Norwex Sis hehehe.. 

So korang kalau rasa nak mencuba produk Norwex ni, korang bolehlah dapatkan khidmat nasihat sebelum membeli atau kalau korang ada pertanyaan mengenai harganya ke kan, korang boleh hubungi Ruby atau mana-mana consultant Norwex dan korang boleh direct bertanya mengenai Norwex ni ook.. 

Ruby aka Rabiatul Adawiyah.
Norwex Consultant Website: https://rubydotmy.norwex.my/

#SisSharing 


P/S: Norwex ni ibaratnya, 'Alah membeli, menang memakai'.. haaa gitulah... 

24 comments:

  1. Wahh best kan. Yanie dari customer terus join consultant sebab mmg suka sangat dengan produk Norwex yang memudahkan kerja rumah.

    ReplyDelete
  2. ramai dok aim kain norwex ni, termasuklah saya..Tapi sekarang ni mampu tengok je.Sebab duit gaji dah aim benda lain.ahahaha..Tunggu next gaji blog insyallah

    ReplyDelete
  3. Indahnya perasaan jatuh cinta ini, kan? Hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha seramm sebab makin banyak jatuh cintanya hahahaha

      Delete
  4. hahaha kain ni kalau buat hantaran on tak xD

    ReplyDelete
  5. ALAMAK..Tak nak tengok kang terjebak...hehehe...kain buruk kayangan kan orang panggil

    ReplyDelete
  6. wahhhh syabasssss!!!
    Kawan saya ini memang pandai menggunakan wang yang diberi... :p
    nanti kita belanja eskrem plak ye :D

    ReplyDelete
  7. Hahaha akakkkkk. Heheheh. Terima kasih! Penulisan yang bagus. Norwex ni memudahkan saya membersih rumah. Tambahan anak lelaki kan. Masa mereka kecik ni penat ya rabbi. Tapi ada mereka tengok saya mengelap, mereka tengok kain Norwex saya warna warni. Mereka pun nak bantu. Hehehheh. Alhamdulillah. Permulaan yang bagus. 🥰

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh juga Ruby.. akhirnya TERbeli juga Sis ko ya hahahaha

      Delete
  8. bae pun dah beli tak sabar nak guna. baca ni rasa excited plak nak guna

    ReplyDelete
  9. Kan. Berbaloi dengan harga sebab tahan lama. Dusting n lint mitt tu dalam wishlist kite jugak tu

    ReplyDelete
  10. Berkilau lah rumah lepas bernorwex ni. Memang senang jenis sarung tu nak mencuci kipas. Paling function tu :)

    ReplyDelete
  11. Ramai betul dah guna kain kayangan ni kan hehe..sana sini orang update pasal kain norwex ni :D
    nanti kalau nak cuba boleh la cari dorang

    ReplyDelete
  12. Baca entri ni, rasa nak beli sehelai lagi..huhu.. tapi memang berbaloi la ada kain Norwex kat rumah..memudahkan kerja

    ReplyDelete
  13. aduhhh makin ramai blogger yg membeli ni... tempting

    ReplyDelete
  14. ramai betul peminat kain norwex nie ya. tetibe rasa nak beli jugak. kerja membersih jadi mudah dan senang. tapi tulah, harga dia buat kita takut. hahahaha

    ReplyDelete
  15. cleaning using glove jadi lebih senang sebab we can properly grab it kan.. Since CNY spring cleaning is around the corner, boleh la dapatkan kain ni kan..

    ReplyDelete
  16. a very detailed review shared here, I have been hearing lots of good feedbacks about this cloth, absolutely a good helping hand for housewives. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  17. Hmmm..baca post sis ni rasa macam nak terjebak je kejap lagi dgn kain kayangan ni..

    ReplyDelete
  18. Mmg bagus Norwex ni.. mak2 nak buat kerja rumahpun jadi lbh bersemangat

    ReplyDelete
  19. Ya kak. Dah cuba pakai baru tahu keberkesanannya. Kita pun suka pakai. Memudahkan keje

    ReplyDelete
  20. banyqak jugak produk norwex ni, i thought they only had the blue cloth! thanks for sharing about your experience, i am very tempted to buy a few and try them out for myself too!

    ReplyDelete
  21. Produk kain buruk kayangan norwek ni mmglah mahal skt tapi berkuali sbb kak sendiri dah guna lama dah ada lg sampai skrg sbb tahan lama

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.