PERBEZAAN ANTARA TAKBUR, UJUB DAN RIAK ?


PERBEZAAN ANTARA TAKBUR, UJUB DAN RIAK? | 'Riak Apa Hari Ini?'. Korang pernah berdepan dengan 3 golongan ini? Yaa bukan kata keliling kita, silap-silap ada juga sifat ini dalam diri kita, cuma kita aje tak perasan. SubhanaAllah, jika ada dalam diri Sis ini yang korang sedang berdepan, mohonlah beri teguran kepada Sis ya. Kita ni manusia sesungguhnya alpa dan leka dengan hal dan harta dunia semata. 

Dan jika kita sedang berdepan dengan 3 golongan ini, jika mereka tidak boleh di tegur, eloklah kita berundur diri dan menjauhkan diri dari mereka, supaya sifat yang 3 itu tidak akan melekat dan menjadi ikutan kepada kita pulak. 

Tapi atas dasar pengalaman Sis sendiri, bukan senang nak menegur orang yang ada 3 sifat tu, silap menegur boleh jadi gaduh, masam muka dan perang besar. Nak jaga hati kawan, makanya banyaknya kita diam.. betul tak?.. 

“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. ” ( Al-A’araf : 40).

Perbezaan Antara Takbur, Ujub Dan Riak

Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah S.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk syurga.

Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan bahasa melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. 

Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak.(Kamus Dewan ed 4 :2005) Takbur dan sombong adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya.

Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak.

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

Perbezaan Antara Takbur, Ujub Dan Riak

Sifat takbur mempunyai 3 peringkat iaitu :

1- Takbur kepada Allah S.W.T.

Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takbur seperti ini.

2- Takbur kepada Rasul

Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami.” 
(Surah Ibrahim :10)

3- Takbur terhadap sesama manusia.

Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq.

Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:

a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
c) Bertuhankan kepada manusia.
d) Menghalang sifat-sifat baik.

Kredit : MikaelMualaf


P/S: Moga kita semua di jauhkan di hindarkan dari 3 sifat ini.. Moga Allah pelihara hati kita semua.. aamiinn.. 

4 comments:

  1. tiga benda ni plg ditakuti..moga dijauh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doa bebanyak moga kita dijauhkan dari 3 sifat ini...

      Delete
  2. Harap2 kita bukan daripada 3 golongan ini

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.