CAPAI POTENSI TUMBESARAN OPTIMUM DENGAN DUTCH LADY MAXGRO BAHARU


CAPAI POTENSI TUMBESARAN OPTIMUM DENGAN DUTCH LADY MAXGRO BAHARU | DUTCH LADY, jenama susu formula tumbesaran 1+ terpilih¹ di Malaysia, memperkenalkan inovasi terkini dalam usaha menyokong tumbesaran optimum untuk kanak-kanak. 

Malaysia sedang menghadapi masalah malnutrisi. Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar prevalens bantut dan kurang berat badan dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun di Malaysia telah meningkat daripada 17.7% pada 2015 kepada 21.9% pada 2019². 

Sebuah kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS) pada 2012 juga mendedahkan bahawa 1 daripada 2 kanak kanak di Malaysia tidak mencapai Pengambilan Nutrien Yang Disarankan (RNI, 2017) untuk Kalsium dan Vitamin D ³ , di mana kedua-duanya merupakan nutrien yang penting untuk tumbesaran tulang.

Bagi memastikan generasi akan datang mendapat nutrisi yang mencukupi, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI), syarikat tenusu yang terkemuka di Malaysia, telah melancarkanan makanan diet formula berasaskan susu yang pertama iaitu DUTCH LADY MaxGro. DLMI juga telah melancarkan sebuah kempen baharu bersempena dengan pelancaran produk inovatif terkini itu. 


Capai Potensi Tumbesaran Optimum Dengan Dutch Lady MaxGro Baharu

Dengan tema Cita Cita Tinggi Mampu Dimiliki, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan nutrisi bagi kanak-kanak di Malaysia dan menggalakkan penjejakan ketinggian secara berkala bagi memastikan cita-cita untuk membesar dengan lebih tinggi dan sihat dapat dicapai, untuk memenuhi potensi tumbesaran yang optimum.

Diformulasi khas untuk membekalkan 80% daripada pengambilan nutrien yang disarankan untuk kanak-kanak⁴ (Malaysia RNI 2017), DUTCH LADY MaxGro sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 – 9 tahun dan kaya dengan pelbagai nutrien penting untuk membantu mereka memenuhi keperluan diet yang seimbang dan lengkap. 

Inovasi terkini oleh DUTCH LADY ini mengandungi 9 Asid Amino Penting (9EAA) – yang merupakan blok asas dalam protein untuk pertumbuhan tulang dan otot, Asid Dokosaheksaenoik (DHA), Kalsium – untuk tulang yang kuat, dan Vitamin D – untuk membantu penyerapan Kalsium. 

Nutrien-nutrien lain yang boleh didapati di dalam DUTCH LADY MaxGro termasuklah Zat Besi, Magnesium, Fosforus, Zink, Vitamin A, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C – bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan yang optimum untuk kanak-kanak.

Capai Potensi Tumbesaran Optimum Dengan Dutch Lady MaxGro Baharu

“Jenama DUTCH LADY telah membina keluarga yang kuat selama lebih 50 tahun, dan kami ingin memenuhi tujuan kami untuk mengkhasiatkan rakyat Malaysia dengan pemakanan tenusu yang berkualiti untuk membantu mereka maju dalam kehidupan,” kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan, DLMI. 

“Bagi memenuhi keperluan seharian rakyat Malaysia, kami berusaha untuk menghasilkan satu produk baharu dengan rasa yang lazat dan pada masa yang sama memberi nilai yang terbaik kepada pengguna kami. Produk susu terbaru kami, DUTCH LADY MaxGro, membuktikan cita-cita kami untuk membantu kanak-kanak di Malaysia memulakan perjalanan mencapai nutrisi yang mencukupi untuk masa depan yang lebih sihat dan baik,” katanya.

Capai Potensi Tumbesaran Optimum Dengan Dutch Lady MaxGro Baharu

Sebagai syarikat tenusu yang terkemuka di Malaysia, DLMI menggiatkan lagi usaha tersebut dengan memperkenalkan aplikasi MaxGro Growth Tracker, yang merupakan penjejak tumbesaran yang membantu ibu bapa menjejak perkembangan dan tumbesaran anak-anak mereka. Selain daripada menjejak Pertumbuhan Fizikal, aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa memantau Perkembangan Kognitif anak-anak mereka, memeriksa Jadual Imunisasi, mengemas kini Log Pertumbuhan Gigi, dan banyak lagi.

Aplikasi MaxGro Growth Tracker telah dihasilkan untuk ibu bapa bagi membantu anak-anak mereka mencapai cita-cita untuk membesar dengan lebih tinggi dan sihat dengan mudah, dan boleh didapati secara percuma di Google Play.

Zatur Hassim, Pengarah Pemasaran, Nutrisi Khusus, DLMI, menekankan bahawa penemuan-penemuan utama dalam kaji selidik yang sering dijalankan di kalangan ibu-ibu di Malaysia telah membantu DLMI memahami kebimbangan mereka tentang tumbesaran anak-anak mereka. 

“Berdasarkan pemerhatian kami, selain daripada mencari susu yang boleh memberikan sokongan nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran, ibu-ibu di Malaysia juga inginkan cara yang mudah untuk menjejak tumbesaran anak-anak mereka. Inilah sebabnya jenama DUTCH LADY mengambil langkah yang proaktif dengan menghasilkan aplikasi penjejak tumbesaran untuk menjadikan ia lebih mudah diakses oleh semua ibu bapa di Malaysia. Bersesuaian dengan matlamat kempen ini, kami ingin menekankan mesej Cita-Cita Tinggi, Mampu Dimiliki kerana ia boleh membawa maksud cita-cita yang tinggi atau cita-cita untuk menjadi lebih tinggi boleh dicapai,” tambah beliau.

Capai Potensi Tumbesaran Optimum Dengan Dutch Lady MaxGro Baharu

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan ke atas sekumpulan ibu-ibu di Malaysia:
   ●99%⁵ akan mengesyorkan DUTCH LADY MaxGro kepada kawan-kawan dan keluarga 

Rasa dan kesesuaian produk baharu ini juga telah mendapat maklum balas yang positif daripada anak-anak mereka:
   ● 96%⁵ bersetuju bahawa anak-anak mereka menyukai rasa susu DUTCH LADY MaxGro, dan
   ● 98%⁵ bersetuju bahawa selepas meminum susu DUTCH LADY MaxGro, anak-anak mereka tidak mengalami masalah penghadaman.

Kaji selidik ini telah dijalankan dengan usaha sama Home Tester Club di Malaysia. 

Turut hadir di acara pelancaran maya tersebut adalah Dr Azam Mohd Nor, Pakar Runding Pediatrik dari Pantai Hospital Kuala Lumpur. Menurut Dr Azam, ketinggian adalah salah satu petunjuk utama bagi kesihatan seseorang kanak-kanak dan nutrisi yang tidak mencukupi adalah masalah yang besar di Malaysia. 

Salah satu cara yang terbaik untuk menangani malnutrisi adalah melalui pengambilan susu yang kaya dengan nutrien serta ibu bapa perlu mengukur ketinggian dan tumbesaran anak-anak mereka secara konsisten bagi memastikan mereka membesar dengan sihat.

Bantulah anak korang mencapai potensi tumbesaran yang optimum dengan DUTCH LADY MaxGro yang boleh didapati di semua cawangan peruncitan utama di Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my dan mohon sampel percuma sekarang.


P/S: Sis kecik-kecik minum Ditch Lady tau, sebab itulah badan Sis tinggi menonjang hahaha.. 

2 comments:

  1. me terbantut while adik tinggi2,, rasanya tak minum susu ni apa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha oii bukan sebab tu laaa.. anak Sis nombor dua pun rendah, macam Ayahnya hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.