MENU SARAPAN SIHAT WANPAKU SANDWICH WRAP


MENU SARAPAN SIHAT WANPAKU SANDWICH WRAP | Selesai aje Subuh, Sis santai-santai sekejap sambil baring sambil belek email di handphone. Suami pun sama juga, membelek handphone dia hahaha... tiba-tiba bunyi bising dari dapur. Hurmm pelik juga, siapa pulak yang bangun masak pepagi ni.. 

Terus Sis bangun dan jengah lee dari tangga atas, takut juga oii nak terus jerit memanggil kann.. tengok-tengok anak Sis, si Kakak yang berada di dapur. 

Apa aje dia buat pepagi ni..bila di tanya, katanya nak buatkan Ayah Wanpaku Sandwich Wrap. Terus Sis erkkkk mimpi apo lee agaknya anak aku ni hahahaha.. 

Tak kisahlah, janji sarapan dah siap le pagi ni.. Sis pun terus turun aje ke dapur dan tengok apa yang dia buatnya sambil Sis bantu le kemas dapur tu. Biasalah, baik Ayahnya, baik anaknya, kalau buat kerja dapur memang takkan leee nak sambil mengemas kan, sana sini sepah oii.. nasib baik ada Norwex Kitchen Cloth, mudah kerja Sis di dapur hehehe... 

Sebenonya Wanpaku Sandwich Wrap ni dah banyak kali juga Kakak buat, cuma kebiasaannya dia buat Sis memang tak nyempat nak amik gambar dan kongsikan gan korang, siap aje anak-anak terus makan. Tapi kali ni sebab Kakak buat banyak dan awal pagi, so dapatlah Sis amik gambar dan kongsikan resepinya sekali. 

Kotlah kan korang nak mencubanya juga.. mudah dan mengenyangkan ko.. 

Menu Sarapan Sihat Wanpaku Sandwich Wrap

Menu Sarapan Sihat Wanpaku Sandwich Wrap

Untuk bahan-bahan inti dalam tu, korang boleh buat pilihan sendiri. Ikutkan kalau nak lebih variasi warna dalam tu, ramai guna kobis ungu, tapi sebab dah takde dalam stok, anak Sis guna aje lobak merah dan salad aje. Pun sedap woo..

Takpe, korang tengok dulu resepinya ook.. nanti pepandai laa korang adjust.. 

Resepi Wanpaku Sandwich Wrap 

Bahan-bahan : 
  • 2 keping roti wholemeal
  • Dada ayam
  • Telur hancur
  • Mayonis
  • Kepingan Cheese
  • Kobis ungu (dihiris halus) *jika ada
  • Lobak merah (dihiris halus)
  • Tomato
  • Salad

Cara-cara Membuatnya : 
  • Sediakan ayam panggang dan telur hancur.
  • Susunkan sayur sald di atas roti sebagai lapisan pertama.
  • Seterusnya, susunkan ayam, tomato, telur hancur, cheese dan lobak merah secara berselang seli.
  • Balutkan sandwich dengan kertas wrap makanan dengan kemas.
  • Potong sandwich kepada dua bahagian menggunakan pisau roti.
  • Wanpaku Sandwich Wrap siap untuk di hidang bersama sos atau tabur dengan lada putih atau lada hitam

Tips ekstra : Gunakan salad sebagai lapisan pertama untuk mengelakkan roti menjadi lembap.

Selamat mencuba.. 


P/S: Esok agaknya sarapan apa pula ye Kakak nak buat hehehehe.. 

20 comments:

  1. Nampak menyelerakan di kala lapar.

    ReplyDelete
  2. Akak... Terpaku kita nengoknya!
    Makan gini pun dah kenyang teroks dah. Cukup segala nutrisi kalori. Nak buat laaa nanti

    ReplyDelete
  3. wah rajin KAKAK skrg ye.. senang mak nya!!...

    ReplyDelete
  4. meriah isi dalamnya..nanti boleh la try buat menu sarapan sihat ni..thanks sis resepinya

    ReplyDelete
  5. bestnya ada anak dara yg rajin turun ke dapur ni. nampak sedap sandwich yg diorang buat ni. boleh cuba :)

    ReplyDelete
  6. Laa senang bukan mainnya buatnya. Tapi orang yang menjualnya macam itulah makanan yang paling susah nak dapatnya.

    ReplyDelete
  7. tengok ramai dok buat Sandwich ni baru tau nama dia wanpaku. nanti nak try lah

    ReplyDelete
  8. wahhhh, nak buat gak la as menu diet!

    ReplyDelete
  9. Wah, bahan2 dia simple je. Tapi presentation cantik, macam beli kat kedai.

    ReplyDelete
  10. this is not only healthy tapi kenyangkan juga

    ReplyDelete
  11. Sdpnya rasa

    By the way sha dah tukar domain baru..nnt mnta tlg add/edit ya dari www.opzzpinky.my --> www.opzzpinky.com tq

    ReplyDelete
  12. wah this sandwich looks like it's served at a famous cafe. so cantik and so tebal. the ingredients you used pn yg fresh dan sedap2. thanks for inspiring us with your lovely creation!

    ReplyDelete
  13. Tengok macam sedap and thanks for the extra tips kak lin! Lepas ni boleh try untuk menu breakfast

    ReplyDelete
  14. bencinya tengok entri masakan waktu2 macam nie. terus perut automatik lapar. aiyoo. sedapnya !! nak kena cuba jugak recipe nie nanti

    ReplyDelete
  15. Favret nie..memang kadang² buat..tapi versi telur & salad je..lps nie boleh try letak ayam pula..😊

    ReplyDelete
  16. Wahhh senang nak eat clean macam ni... ni lagi healthy for breakfast kot.. very filling and nutritious... :P boleh try la (Y) nak pergi dapatkan bahan2 skrg juga...

    ReplyDelete
  17. Wuu heaven nya! Nampak sedap sangat sandwich wrap sis lin. Nanti nak trylah hee

    ReplyDelete
  18. Ohhhh. itu namanyaaaa.. nice resepi gini.. nk try lahhh... hoho

    ReplyDelete
  19. Wah berselera tengok ni!! Nampak sedap!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.