CLOROX DAN MERCY MALAYSIA SEDIAKAN KIT KEBERSIHAN KEPADA RIBUAN MANGSA BANJIR


CLOROX DAN MERCY MALAYSIA SEDIAKAN KIT KEBERSIHAN KEPADA RIBUAN MANGSA BANJIR | Alhamdulilah, kebersihan mangsa banjir terjaga dengan adanya pemberian Clorox kit gini. Dan salah seorang penerimanya juga adalah kawan Sis juga. Sis ada ternampak sebelum ni kawan Sis tu update di IGs story yang dia dan keluarganya dapat Clorox kit macam ni. At least dapatlah mereka membersihkan rumah mereka dengan lebih bersih. 

Sis sendiri pun guna Clorox Bleach Original tu untuk kegunaan harian di rumah, terutamanya ketika mencuci tandas dan juga mengemop lantai. Dan untuk baju pulak, kebiasaannya Sis akan rendam baju kerja Suami dan baju anak Sis yang bekerja sebelum di cuci ke dalam mesin. Jangan takut, Clorox pun ada juga untuk cucian baju berwarna, so warna baju tu takkan luntur. 

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Lebih daripada 40,000 rakyat Malaysia di tujuh negeri terpaksa dipindahkan dari rumah mereka sejak sebulan lalu kerana banjir yang melanda, diperburukkan lagi dengan fenomena cuaca La Ninā. Apabila air banjir surut, mangsa yang pulang ke rumah mereka memerlukan bantuan untuk mulakan kehidupan semula.

Clorox Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan menyokong usaha bantuan banjir MERCY Malaysia dengan menyediakan lebih 4,000 unit produk pembersih dan pembasmi kuman untuk digunakan sebagai sebahagian daripada peralatan kebersihan bagi memudahkan proses pembersihan rumah mangsa banjir.

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

MERCY Malaysia akan mengedarkan kit kebersihan yang merangkumi Clorox Bleach Original dan Clorox Expert Disinfecting Wipes untuk membersihkan rumah mereka sebelum dapat didiami semula. Kawasan yang dilanda banjir teruk adalah Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Pembersihan dan pembasmian kuman adalah sangat penting terutama selepas banjir kerana air banjir boleh menimbulkan risiko penyakit berjangkit seperti leptospirosis atau kencing tikus, kolera, demam kepialu dan Hepatitis A.

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Daerah-daerah yang dilanda banjir teruk memerlukan Air, Sanitasi dan Kebersihan (WASH) dengan segera. Keperluan ini meningkat akibat wabak Covid-19 yang berterusan. Kebersihan dan sanitasi yang baik adalah sangat penting untuk mematuhi SOP. Kami ucapkan terima kasih kepada Clorox Malaysia kerana telah memberikan sumbangan produk pembasmi kuman yang menjadi asas alat kebersihan untuk mangsa banjir yang pulang ke rumah mereka,” kata Pemangku Pengarah Eksekutif MERCY Malaysia, Zuraidah binti Mian.

Kami berasa rendah diri melihat usaha MERCY Malaysia memberi bantuan kepada mangsa banjir, dan ingin turut serta menyokong usaha mereka kerana keperluan mendesak,” kata Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M.Lao.

Clorox dan MERCY Malaysia Sediakan Kit Kebersihan kepada Ribuan Mangsa Banjir

Kami berasa gembira kerana produk pembersih dan pembasmi kuman kami dapat membantu membersihkan rumah-rumah secara berkesan untuk persekitaran yang selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan adalah penting”.


Data Mangsa Banjir Tahun 2021

Daerah terjejas

7

Mangsa terjejas

41,358

Jumlah Keluarga

11,290

Pusat Pemindahan

376

Maut

9

Dana diperlukan

RM2 million

Jumlah terkumpul

RM 528,191.44

 


Dapatkan lebih maklumat mengenai bahan pembersih, aktiviti dan banyak lagi dari laman web Clorox Malaysia di https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti halaman media sosial Clorox Malaysia di https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www .instagram.com/cloroxmalaysia/

Mereka yang ingin menyokong Misi Bantuan Banjir MERCY Malaysia sebagai sukarelawan boleh mendaftar di https://www.mercy.org.my/volunteer/


P/S : Alhamdulilah, moga ada hikmah di sebalik ujian dari Allah ni.. bermacam dugaan kan sejak bermulanya tahun 2021 ni.. :(

4 comments:

  1. alhamdulillah, bagus clorox dengan mercy malaysia ni...moga ramai yang dapat manfaatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Sunah, tak sangka juga kawan aku mangsa banjir pun dapat juga bantuan ni..

      Delete
  2. alhamdulillah..bantuan utk bersihkan rumah.. cloxor salah satu yg terpenting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Atie, kita kat rumah pun bagus guna ni..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.