SETAHUN SUDAH BERLALU, FEBRUARI MUNCUL LAGI

SETAHUN SUDAH BERLALU, FEBRUARI MUNCUL LAGI | Kalau sekali baca tajuk, korang ingat tak lagu lirik nyanyian siapa? Yaaa nyanyian kumpulan Alleycats bertajuk 'Setahun Sudah Berlalu'.. bila di fikir balik, ye juga dah setahun dah kan, kini Februari muncul lagi.. dan juga dah setahun wabak Covid19 ni melanda negara kita. 

Kalau di ingatkan #throwback last percutian Sis travel 'Me Time' adalah tahun lepas pada 5 Februari 2020 ke Lake Toba bersama Tatie Ghafur, Neyra dan Suaminya dan juga influencer Zafir Karipap tu. Itulah last percutian ke luar negara Sis. Tu pun masa tu dah kecoh dah wabak Covid19 ni. Tapi alhamdulilah urusan kami pergi dan balik dipermudahkan. Gelihatinya, habis semua farmasi kat Lake Toba kami semua borong face mask dan hand sanitiser, kelako betul kalau di ingatkan hahaha..

Dan akhirnya sampailah ke Februari 2021 ni haaa, Sis tidak ke mana-mana pun.. baik travel "Me Time' ke ataupun travel dengan Family. Semuanya terpaksa di postpone. kalau tidak, tahun lepas bulan September Sis dah jejak dah kaki ke Jepun huhuhu.. semua Retna dah uruskan dah, dah bayar dah semuanya, tapi apa nak buat, terpaksa di batalkan demi menjaga keselamatan diri. Nasib baiklah boleh refund semua duit tiket dan hotel tu.. 
 
Takpe, ada rezeki nanti, one day pasti jejak juga ke Jepun tu.. Retna dah suruh niat bebanyak hahahaha.. 


Setahun Sudah Berlalu, Februari Muncul Lagi

The Secret is Consistency

Setahun Sudah Berlalu, Februari Muncul Lagi

Panner book ni beli dengan Mamanya Jasmeen, Radhiah Izzati by Sysfel ❤

Dan bulan Februari ini adalah bulan Sis berjumpa dengan Doktor aje ni hahaha.. Minggu depan nak ke Poliklinik Gan Taman Sentosa. Sis nak bukak Implano Sis yang dah hampir tamat temphnya 3 tahun Sis pakainya di lengan kiri. Dah buat appoimnent dah. Kena datang tepat waktu katanya, sebab sekarang semua kena buat temujanji sebelum jumpa Doktor.. 

Dan untuk minggu seterusnya, Sis ada appoinmen pula dengan Doktor Aizal untuk follow-up rutin check-up kesihatan Sis setiap 3 bulan. Kenalah amik daranh semua, jangan kena warded sudah..adeiii.. harap semuanya di permudahkan laaa.. takut weii nak ke hospital sekarang, kalau boleh nak elak dekat masuk hospital 😖 ..


Takpelaa, yang penting kita dulukan.. kesihatan tu utama.. jangan abaikan kesihatan kalau rasa nak hidup sihat.. kalau sihat, pasti hidupnya lama.. hidup lama tu semua dengan Izin dariNya.. insyaAllah .. Korang pun jaga diri dan jaga kesihatan ya.. 

Setahun Sudah Berlalu, Februari Muncul Lagi

Lirik Lagu Setahun Berlalu - Alleycats 

Gurindam dan irama
Tidak lagi kuhiraukan
Setelah api cinta terpadam
Apa yang tinggal kini
Hanya sisa kesal kemarin
Menjadi simfoni mendayu
Pada setiap malam minggu

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa kusedari
Kupetik mawar merah
Kutulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan kuberi

Kesepian memaksa
Kulihat wajah di cermin
Terpandang parut di mukaku
Bekas cinta yang lama
Apakah tidak kan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa kusedari
Kupetik mawar merah
Kutulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa kan kuberi

Tapi sayang pada siapa kan kuberi
Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa kusedari
Kupetik mawar merah
Kutulis sekuntum puisi

Tapi sayang pada siapa kan kuberi
Tapi sayang pada siapa kan kuberi
Tapi sayang pada siapa kan kuberi
Tapi sayang pada siapa kan kuberi
Tapi sayang pada siapa kan kuberi


P/S: Bulan Februari juga katanya 'Hari Berkasih Sayang'.. ye ke? .. so selama ni tak sayang ke? Hahahahaha.. 

11 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Macam terngiang2 pula suara sengau2 tapi sangat merdu tu... Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Mama Cella.. mendayuu aje kedengaran suara lagu ni kannn...

      Delete
  2. Aduhai... terkenang-kenanglah pulak zaman remaja, banyaknya kenangan mengusik jiwa bila dengar lagu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe samalah kita Amie, semalam sambil menaip pun bukak lagu tu hehehe

      Delete
  3. So appointment 18hb ke?
    Ako ni nk g check up 40tahun ni cam malas je nak g spital...
    taakuttt!! Kira dah 2 tahun x gi check up ni...
    rasa kolestrol dah makin tinggi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup Ret, ni PKP lagi pulak, tapi dan contact Klinik..
      Uitt pergilah check, lama sangat dah tu oii.. aku tiap 3 bulan pergi check..

      Delete
  4. Memang ingat betul kenangan feb tahun lepas dengan face mask dan sanitizer tu. kalut semua. Apa nak buat, kita hanya merancang. Allah yang menentukan. Semoga semua cepat berakhir dan dapat lah kita bebas kemana mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Fizah, sana sini kehabisan face mask dan hand sanitiser, huru hara sekejap kann..

      Delete
  5. Moga Covid hancur segera... Amin...
    Stay strong and enjoy life

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

Previous Post Next Post