SAMBAL GETUK JAWA KERING


SAMBAL GETUK JAWA KERING | Memandai aje kan Sis ko letak namanya Sambal Getuk Jawa Kering hahahaha.. sebab sambalnya ni Sis buat guna lada kering.. ikutkan kalau Sambal Getuk Jawa, kena guna lada merah basah atau cili padi aja.. tapi sebab lada merah tak cukup stok, so kita guna aje laa lada kering, janji cara membuatnya sama dan rasanya pun sedap.

Buat sambal getuk jawa ni teringat arwak Mak Mertua Sis. Kalau balik ke Sabak Bernam dulu, Kakak ipar sebelah Suami tu mesti akan menumbuk semangkuk sambal getuk jawa ni. Tak pernah takde laa dalam menu makan tengahari di rumahnya, sam[aikan time raya pun ada gak sambal getuk jawa ni..sebab mereka tau Sis sukakannya selain tempe goreng. 

Ye laa dah nama pun orang Jawa, so memang tak sah kalau makan takde sambal getuk jawa ni.. Korang biasa ke makan sambal getuk jawa ni? Kalau tak pernah, boleh mencubanya.. 

Sambal Getuk Jawa Kering

Sambal Getuk Jawa Kering

Bahan-bahannya pun tak susah mana, semua benda ada je dalam dapur korang tu, kecuali kalau stok bahan dah takde macam Sis tu, terpaksa laa derhaka, guna aje lada kering, pun boleh... 

Sambal Getuk Jawa

Bahan-bahannya:
  • Lada Merah atau Cili Padi *Sis guna lada kering
  • Bawang merah *Sis guna bawang besar
  • Bawang putih *Mertua kata dulu, tak letak pun takpe
  • Ikan Bilis 
  • Belacan 
  • Perahan limau sambal

Bahan-bahan tu ikutlah anggaran banyak mana korang nak buat. Pandai-pandai laa adjust yaa. 

Sambal Getuk Jawa Kering

Sambal Getuk Jawa Kering

Cara Membuatnya : 
  • Kesemua bahan tu korang goreng dalam kuali hingga garing.
  • Setelah itu angkat dan toskan sekejap minyaknya.
  • Tumbuk kesemua bahan hingga lumat.
  • Perahkan air asam limau dan jika perlu, tambah laa garam. *Sis tak letak garam sebab belacan tu dah rasa masin. 

Bila dah siap, makan dengan nasi pepanas perghh nikmatnya.. ataupun makan dengan ikan kembong goreng je pun dah sedap sangat oii.. 

Kalau di rumah mertua dulu, Kakak ipar suka buat makan dengan ubi dan lempeng, tapi dia buat jenis sambal basah sikit.. perah asam limau lebih sikit dan masa goreng tu dia tak tapis, so semua bahan basah-basah gitu, pun sedap... 

Banyak versi sambal getuk jawa ni, cuma korang kena pandai le sesuaikan dengan tekak korang, janji sedap.. Nak cuba versi basah? Boleh try Sambal Getuk Jawa Mat Gebu ni.. tengok je pun dah menyelerakan.. 

So harini korang masak apa? 

Atas permintaan Suami dan anak-anak malam tadi, harini Sis akan masak Ayam Masak Kicap SuUn.. alaa versi macam ayam kicap Sis masak time raya Sis tu haa.. memasing dah rindu agaknya, tu pakat anak dan bapak suruh Emaknya masak harini hehehehe.. 

Okaylah.. jom le bersiap nak pi bersenam dulu.. nanti smabung lagi..
OkBai.. 


P/S: Diam-diam aku, jangan ingat aku lupa.. aku perhati je ko... 👀

15 comments:

  1. ammi pun selalu buat camni. tp panggil je sambal gesek. tak kesahlah cili padi ke, cili kering ke..semua ammi panggil sambal gesek. tp tak letak bawang putih

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try buat guna lada kering, mesti sedap juga

    ReplyDelete
  3. uih..sedap ni, makcik kita rajin buat.Dapat makan dengan nasi panas, cukuplah sayur bening

    ReplyDelete
  4. Pernah rasa, tapi tak pernah buat sendiri.. Nak save ler.. nanti buat jugak.. Hewheww

    ReplyDelete
  5. Allahu.... teringat zaman dulu sewaktu masih remaja, selalu buat sambal cili kering begini. Tq, kembalikan nostalgia masa lalu.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kalau dapat sekarang. Ada jugak mak cik sorang ni, dia pun selalu buat sebab dia asal jawa betul. Rasa nak guna cili kering pulak. Nak rasa versi 'derhaka' ni. Haha.

    ReplyDelete
  7. Sambal jawa memang sedap giler rasa nyer. Skali makan terus menjilat jari. Thank you for sharing your recipe with me.

    ReplyDelete
  8. sambal ni, makan nasi putih dan ikan goreng ! sedapnyaaa

    ReplyDelete
  9. sambal ni tahan lama tak sis? kalau buat stok pun bagus ni. bila2 malas masak makan ni dengan ikan goreng pun dah sedap

    ReplyDelete
  10. Menarik ni. Iza suka jugak sambal-sambal ni. Tapi belum pernah try yang ni lagi. Boleh la cuba resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  11. I bet ramai yang akan try resipi sambal nie. Pedas kan? Rawlins tak tertahan kalau pedas - boleh la cuit2 sikit je hehehe

    ReplyDelete
  12. Rasanya Bella pernah buat jugak sambal getuk jawa ni. Aritu housemate orang Johor yang ajar. Nanti nak follow resepi Sis Lin pulak.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah buat sambal ni. Terliur tengok. Thank you share resepi

    ReplyDelete
  14. Tengok pun dah nampak sedap! Memang pembuka selera sambal ni. Husband kalau dapat ni, berpinggan pinggan dia tambah nasik. Ke laut jer laaa diet dia. HAhaa

    ReplyDelete
  15. woohoo! so happy because i get to learn another new recipe from sis lin. i love sambal and this version looks absolutely delicious!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.