ANAK-ANAK AKU PEMINAT NOMBOR 1 MAKANAN KOREA DI KFRY NI


ANAK-ANAK AKU PEMINAT NOMBOR 1 MAKANAN KOREA DI KFRY NI | Cubalah sekali Ayahnya jerit, 'Kakak, Adik, Amat, jom pi makan Kfry'... belum lagi nak sambung ayat lain, tau-tau memasing dah bergegas, bangun bersiap oii.. dari tidur lena pun boleh masuk dalam mimpi jeritan Ayahnya kalau jerit dialog macamtu hahahaha.

Yaaa anak-anak Sis peminat nombor satu makanan Korea di KFry Urban ni. Nasib jugalah dekat, kira tak jauh laa, restaurantnya di area bandar bersebelah dengan Holiday Villa dan Holiday Plaza. So kalau pergi time lapar takde laa rasa jauhnya perjalanan.. Cuma bila sampai sana aje, kalau tak booking, silap-silap kena tunggu, selalu aje full table ko...

So memang sebelum pergi makan, anak akan call dan booking dulu. Lagi tengah PKP macam ni, better korang call dulu suipaya senang, sampai aje dah ada meja dan tak payah beratur menunggu. 

Korang sini ada yang sama ke peminat makanan Korea di KFry ni? 

Ham Cheese Rice Ball

Ham Cheese Rice Ball

Dan semestinya menu utama yang mesti anak-anak order selain dari Cheesy Bumbuk Spicy tu adalah Ham Cheese Rice Ball ni. Menu ni kalau tak order memang tak sah. Rasa tak lengkap hidangan makanan Korea atas meja kalau takde menu ni, iyoo laaa tu.. 

Masa mula Sis makan kan, Sis ingatkan pulut hitam, rupanya nasi ko. Macam nasi kepal gitu laa.. cuma dalam semangkuk sebelum di kepal bolat tu, ada campuran sayuran dan juga daging ham dalam tu. Yang buat dia sedap, sebab ada seaweed tu laa.. itu memang melampau sedapnya hahaha.. 

Ayahnya kalau tak makan pun jadi pemakan menu ni, dari mencuba sebijim, jadi berbiji-biji hahahaha.. Harga untuk satu set tu RM 23.90 untuk 4 orang makan. Okaylah, kenyang oii.. 

Cheesy Bumbuk Spicy Yangyeom

Dan menu ni mesti korang yang biasa makan di KFry mesti nak order ni kan. Kalau anak sedara Sis panggil, 'Ayam Gulung Cheese' hahahaha.. pun boleh, lebih jelas untuk di gambarkan bila nengok gambarnya hahaha.. Tapi nama sebenarnya Cheesy Bumbuk Spicy Yangyeom. Dia ada saiz besar dan saiz mini. Kalau korang dah amik menu lain, better korang amik aje saiz mini, supaya yak membazir. 

Sebab apa Sis kata takut membazir, sebab dia kena makan pepanas, so takkan laaa semata masa panas tu korang nak makan menu ni aje, mesti nak sambil-sambil makan menu lain kan? Lain kalau memang korang suka sangat dan korang datang secara berkumpulan dan geng korang tu kuat makan. kalau anak-anak Sis kuat juga makan, tapi sebab nak order menu lain juga. 

Harga untuk Mini Cheesy Bumbuk Spicy Yangyeom ni RM 29.90. Cukup puashati..walau mini tapi banyakk dan kenyang.. jangan tamakk.. 

Japchae

Dan menu yang atas ni mesti ramai suka dan tau, sebab rata-rata ramai yang dah pandai buat sendiri, termasuklah anak Sis juga.. hehehehe.. Namanya Japchae. Kalau makan di KFry ni, ianya akan di hidangkan dalam satu pinggan besar, kira portion besar laa, boleh makan kongsi. Harganya RM 20.90. 

Memang sedap. Nampak macam mee hoon tapi bukan. Nak kata SuUn pun bukan, tapi ianya adalah mee beras Korea. Kalau korang ingat Sis pernah buat posting #WordlessWenesday pasal anak-anak mencuba resepi Japchae ni. Tapi belum sempat nak update satu posting resepinya. Nantilah.. tapi di Youtube Sis dah upload. 

Boleh tengok di sini ---> Cara Membuat Japchae

Anak-Anak Aku Peminat Nombor 1 Makanan Korea Di KFry Ni

Haa tengok date tu, tahun lepas pergi makannya tapi ni baru nak update, sebab SOP dah boleh duduk makan ramai-ramai kan, so kita kongsi laa...hehehehe..

Korang kalau tak pernah mencuba dan sedang mencari tempat makan best di Johor ni, haaa bolehlah cuba makan di sini ya. Tengok alamat dan nombor telefonnya KFry tu dalam resit tu okay.. Dan ada satu menu dalam resit tu Sis tak tunjuk, sebab tu menu biasanya, ayam ada bawang hahahaha.. maklumlaaa takde bawang, memang tak sah kenyang Sis Lin ko ni hahahaha.. 

Ingat.. patuhi SOP.. walau dah boleh duduk makan ramai, tak bermakna boleh duduk dekat-dekat okay.. yang boleh dekat tu satu family satu rumah., kalau datang dengan orang lain, kena jarakkan sikit kedudukan duduk tu ya.. #KitaJagaKIta.. 


P/S: Gaji ni ada rezeki nak belanja anak-anak laa makan sini.. mesti anak-anak suka.. :)

18 comments:

  1. Alaaaaa...lama dah x makan kat KFry....anak SA si Dania pun suka..nak2 ayam tu ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa anak Sis, peminat nombor satu makanan Korea KFry ni..

      Delete
  2. Replies
    1. Sangat sedap bagi mereka yang gemar makanan Korea...

      Delete
  3. Dlm byk2 mmg ako x try lg kfry ni hhaha.. Jinjaaa nene semua dh try.. X tau nape x tercuba2 nk mkn kfry ni 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa tu laa, memang tak nampak ko try yang KFry ni.. you must try hahaha

      Delete
  4. KFRY NI LA ANTARA TEMPAT SUSAH NAK PERGI SEBAB AKAK TAK PANDAI SANGAT AREA TU, KALAULAH DIA BUKA AT PARADIGM KAN.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghh sekali huruf besar daa...hahahaha
      Ye Kak, jauh laa kalau dari rumah Akak nak pi makan..

      Delete
  5. cantik gilerrr gambar nasi nasi kepal tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe nampak real kann.. jom aku belanja ...

      Delete
  6. Tak pernah lagi makan kat K'Fry. menariknya nasi kepal dengan Japchae tu. Tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, nasi kepal tu sedap sebab ada rasa seaweed tu haaaa

      Delete
  7. tak pernah makan restoran korea, jepun, china, perancis dan lain lain negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke Azian, ni betul-betul Asian ni hehehe

      Delete
  8. waaa looks so tempting, tak pernah try lagi makan yg ni, selalu dalgakbi je haha dah bosan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau jumpa boleh try.. Dakgalbi tu dah biasa sangat...

      Delete
  9. Lamanya tak pergiiii... Hm.. pernah gi sekali aje.. huhu.. Nanti nak ke sana la.. tapi kdg kdg parkignya agak penuh.. tu malas tuh. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Non, kita plan pi reramai, makan ramai-ramai syokkkk

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.