BEZA ANTARA MENU PINDANG DAN SINGGANG


BEZA ANTARA MENU PINDANG DAN SINGGANG | Betullah, agak lama rumah Sis ni tak masak lauk menu Pindang Ikan macam ni. Korang panggil singgang ke pindang? Kalau Sis memang panggil lauk pindang ni dari sejak mula dilahirkan ke dunia dan diperkenalkan dengan menu ni. Family Mak ke atuk ke semua memang panggil menu ni lauk pindang

Sebab ada sesetengah orang panggil lauk ni masak Singgang. Ye rupa memang sama tapi cara memasaknya yang lain..

Beza Pindang dan Singgang.

Pindang, korang kena tumis dulu semua bahan sampai garing, letak serai, asam jawa dan kunyit. 

Singgang, korang hanya hiris dan rebus aje, orang jawa cakap masak bening. Letak hirisan lengkuas. halis, bawang putih, bawang besar dan asam keping. 

Haa ada faham? Senang cakap bezanya satu tumis dan satu lagi rebus.. Hehehe.. 

Resepi Pindang Bawal Emas

Kebiasaannya kalau Sis masak Pindang ni, Sis akan masak ikan bawal emas atau ikan kembong besar aje, ikan lain tak berapa jadi kesukaan dalam rumah ni. Tapi kalau dua jenis ikan ni, haaa memang semua suka. Dan kebetulan Suami ada beli ikan bawal emas tu, Sis pun masaklah Pindang ni.

Agak lama memang tak masak menu pindang ni, bila Sis kata kat Suami dan anak nak masak Pindang, memasing semua ON... siap pesan lagi, jangan lupa lawannya Kangkung Belacan dan juga Ikan Asin Tenggiri (bacin) hahahaha.. memang ngam laa kalau dapat makan dengan lauk Pindang ni.. 

Untuk resepi Pindang ni, senang dan mudah aje. Korang yang dah biasa masak, mesti tau lee resepinya, bagi yang belum tau, meh laa Sis kongsikan resepinya ya.. 

Resepi Pindang Ikan Bawal Emas

Bahan-Bahannya:
  • 3 ekor ikan bawal emas atau ikan kembong (ikutlah pilihan memasing) - bersihkan & potong 2 atau biarkan seekor
  • 1 biji tomato - belah 4/6 (jika suka)
  • Air asam jawa - agak-agak la nak masam macam mana ok
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 batang cili hijau atau merah - di hiris
  • Selabu bawang besar - dihiris
  • Sehelai daun Bay Leaf kering (tak letak pun takpe) 
  • Sedikit lada putih
  • 4 rempah tumis sekawan
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Garam dan perasa secukup rasa

Bahan Tumbuk 
  • 4 - 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup

Untuk bahan tumbuk tu, Sis memang menumbuk guna lesung. Kalau korang malas, boleh je blender atau guna chopper. Pun boleh.. 

Beza Antara Menu Pindang Dan Singgang

Cara Menyediakannya: 
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. 
  2. Tumiskan bahan-bahan tumbuk, serai dan 4 rempah tumis sekawan hingga wangi dan keluar minyak.
  3. Tuangkan air asam dan air secukupnya, dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, lada merah/hijau, garam, serbuk lada putih, lada hitam, bay leaf & serbuk perasa. 
  5. Masak hingga mendidih.
  6. Bila ikan dah masak, masukkan tomato biji dan biarkan mendidih sekejap. 
  7. Kacau rata dan tutup api. 

Senang kan? Tapi ada masa kann elok je kejadian kuning pindangnya, tapi kalau kena entah apa silapnya, jadi gelap pindangnya. Menunya sedap, sesedap mata memandang, macam kali ni Sis buat dan masak, elok aje, rasa pun sedap ajoo hahahaha..

Makan nasi pepanas, letak kangkung belacan, lenyek sambal belacan ke, ikan asin tenggiri tu, perghh makan menyuap tak ingat kucing tenung depan mata oii hahahaha.. *tu perangai si Kenit laa, time kita makan suka tenung kita, serba salah kita nengok dia tau hahaha..

So korang, kalau nak mencubanya silalah.. tapi ingat tau.. beza antara lauk Pindang dan Singgang tu.. jangan salah pulak.. Singgang tu biasa time dalam pantang laa jadi menu Mak-Mak huhuhu...

P/S: Jap, apa kes harini semua update 'Nak Jadi Menteri ke Nak Jadi Model?... apa kes aaa????...

21 comments:

  1. Oh, kita pun selalu pelik lauk singgang ngan pindang ni, ingatkan panggilan lain2, kita tak pernah masak lauk ni tapi dulu mak selalu masak, memang banjir pinggan, siap hirup magkuk

    ReplyDelete
  2. Mak saya selalu sebut masak pindang bila rebus ikan tambah asam, garam kunyit. Bila keluar dari kampung saya jumpa istilah singgang pula. Lain padang lain belalang, agaknya lain dapur lain nama masakan.

    ReplyDelete
  3. mak saya masak pindang tak tumis pun terus rebus bahan semua bahan..hehe

    ReplyDelete
  4. saya panggil singgang. hehe.. sesekali makan sedap juga kalau kena dengan lawannya.

    ReplyDelete
  5. Nur selalu masak singgang sis. Suami suka lauk kampung yg simple2 ni. Harini pun masak singgang ikan aye. Lepas ni boleh laa masak singgang ikan bawal resepi sis pulak

    ReplyDelete
  6. first time tau ni, thanks sis sbb sharing

    ReplyDelete
  7. tak pernah masak pindang..biasanya singgang je..senang..campak campak je siap haha

    ReplyDelete
  8. Oh ok.......pindang dan singgang ada sedikit beza dari segi cara masakan. Now I know. I'm a bit zero when it comes to cooking. Thank you for sharing this knoweldge with moir.

    ReplyDelete
  9. Sebagai orang Sarawak, ini memang pengetahuan baharu bagi Rawlins. Thanks for the ilmu ye Sis. Nanti boleh share dengan my sisters.

    Psst. Psst. Apa kes menteri and model tu?

    ReplyDelete
  10. Nenek dulu suka masak bening. Makan dengan nasi panas terangkat .. ade pulak sambal belacan. Memang menikmati la ..kepala tak angkat langsung 😁

    ReplyDelete
  11. Boleh ahh share recipe ni kat my housemate suruh dia cuba try test masak ni .. if g makan kat luar ada menu ni, sure dia akan order

    ReplyDelete
  12. Tak pernah makan masakan pindang.singgang pernah.thank you share resepi boleh cuba masak pindang

    ReplyDelete
  13. Masak singgang pernah, pindnag tak lagi. Rupa nampak sama. Boleh try ni buat. Kalau ikan kembung sedap sikit. Tapi dalam ruamh ni susahnya nak makan benda jarang makan..hahaa

    ReplyDelete
  14. haha penat iena taip komen panjang2 mesti refresh page kalau kat blog sis lin hahaha
    aduiii ape nak taip ni kang ilang lg haha
    iena masak pindang tak tumis.sama je mcm singgang..rebus tapi pindang takde lengkuas tapi letak kunyit and daun kunyit .. serai n bawang sama dua2 ada

    ReplyDelete
  15. Kedua2nya pun saya jarang makan. Kalau makan pun mungkin tak tau nak bezakan sama ada pindang atau singgang.

    ReplyDelete
  16. ohhh so that's the difference between singgang and pindang! anyway loving the way this ikan bawal dish looks, need to try it soon

    ReplyDelete
  17. lol...ha...ha...I only love to eat & dont know how to differentiate the 2 :D learny from your sharing here. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  18. Honestly speaking I cannot differentiate between the two. Thanks for sharing now I know better.

    ReplyDelete
  19. owh baru tahu beza ni, selama ni tahu makan jer.haha. sedap pulak ikan pindang tu, nak g cari emas, eh ikan bawal emas lah esok

    ReplyDelete
  20. Saya antara pindang dan singgang.. saya suka pindang terutama aroma kunyit tu mmg terbaik

    ReplyDelete
  21. Thanks for sharing this! Tapi for Chinese we cook either fry / baked / steam, I love fish! Anything with fish, I love it!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.