VITAMIN-C PILIHAN KELUARGA AKU BUAT MASA INI


VITAMIN-C PILIHAN KELUARGA AKU BUAT MASA INI | Yaa setakat ini, 3 botol Vitamin-C inilah yang jadi pilihan keluarga Sis...setakat ni laaa, esok-esok kalau ternampak lain, lebih bagus, lebih ook, mungkin juga kami bertukar hehehe.. 

Selain dari makanan tambahan harian yang Sis makan hari-hari tu, Vitamin-C juga kena atau perlu kita makan juga. Kalau yang tau dan baca khasiat kepentingan Vitamin-C ni, mesti ramai yang amalkan, kecuali kalau korang jenis penakut nak telan ubat, macam 'kawan' Sis sorang tu kakakakakah... 

VITAMIN C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahkan ia mampu membuatkan kulit korang cantik dan awek muda. Kalau korang malas nak makan jenis pil macam ni, Vitamin-C juga boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin-C.

Contoh buah-buahan yang mengandungi Vitamin-C seperti, jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi atau dalam sayuran seperti, Sayur-sayuran brokoli dan tomato. Ye laa takkanlah korang takde makan sayuran dan buahan seperti tu kan? Haaa kalau ada, Vitamin-C laa tu.. 

Vitamin-C Pilihan Keluarga Aku Buat Masa Ini

Untuk 3 botol di atas tu berlainan orang yang makannya hahaha.. Botol sebelah kanan Hipoten-C tu, yang tu Suami Sis yang punya, yang sebelah kiri Biolife Nat-C tu, yang tu anak-anak Sis yang punya.. dan yang botol tengah Shaklee Vita-C Plus tu, itu Sis yang punya.. 

Kenapa semua makan lain-lain? Kenapa tak beli sebotol makan sama sekeluarga?

Hahahaa ini semua sebab Suami Sis tu selalu outstation, so bila dia kerja luar, Sis kenalah bekalkan semua ubatan dia termasuk Vitamin-C, so kalau Suami kerja di luar, dia akan bawa laa khas Vitamin-C dia tu, kang kalau makan sekeluarga, kalau dah Suami bawa, yang kat rumah ni nak makan Vitamin-C apa? hahahahaa.. 

Sama juga macam kesnya anak Sis punya, si Kakak tu kan study di MSU Shah Alam, so kalau dia balik sana, dia akan bawalah Vitamin-C dia, tak payah susah-susah, begitu juga anak bujang Sis, kalau dia balik Politeknik Mersing sana, dia bawalah Vitamin-C dia sendiri, senang masing-masing ada botol sendiri, kecuali Yana..


Vitamin-C Pilihan Keluarga Aku Buat Masa Ini

Yana pulak jenis 'malas' nak menelan ubat, memang susah, penakut pun yaaa juga hahahaha, anak nombor dua memang macamtu agaknya kann.. So kalau terpaksa makan, Yana akan berkongsi dengan Sis.. kalau sebelum ni Sis hanya makan 'curi-curi' Suami punya, now Sis dah ada sendiri botol Vitamin-C yang Suami belikan untuk Sis dan seisi keluarga kami..

Tiba-tiba Suami bawa balik botol Vitamin-C Shaklee ni haa.. memang Sis tau pun, sebab rata-rata ramai kawan Sis dah menjualnya. Berbaloi juga kalau nak dibandingkan dengan isi jumlah biji Vitamin-C yang sedia ada Suami dan anak-anak makan, sebab sebotol Shaklee Vita-C Plus ni ada 180 biji.. makan pulak sehari hanya sebiji, so tak ke lama nak habis tu kan?..

Harga pun sangat berbaloi, Suami tak cakap berapa hengget, tapi rata-rata kawan menjualnya semua dalam harga RM90 sebotol.. okaylaa kan.. mau berbulan-bulan nak habis kalau makan sorang. 

So sekarang senang, kalau Suami di rumah, Sis bagi je makan Shaklee punya ni, begitu juga anak-anak, lepas ni tak payah beli dah.. kita makan kongsi aje.. jimat dah di situ.. 

Antara kebaikan pengambilan vitamin C :

1) Menghasilkan kulit yang berseri
Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.

2) Penghasilan kolagen
Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, korang dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.

3) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan
Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, korang disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.

4) Membantu menghindari jangkitan kuman
Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan korang tidak mudah diserang jangkitan kuman.

Keburukan : Suplemen vitamin C mempunyai keburukan yang tersendiri buat mereka yang merokok, mengambil minuman beralkohol dan berkafein. Ia sebenarnya boleh mengganggu fungsi suplemen vitamin C itu sendiri.

So kalau korang kalau nak order mana-mana produk Shaklee ke, Sis rekemen juga kat korang kawan Sis yang juga SID terbaek Shaklee setakat ni.. korang boleh wahtsapp CiK Min untuk info lanjut ook --> https://bit.ly/3thgmqL

Jom sihat...
#BukanPaidReviewYe


P/S: Betul ke tak ek? Orang kata makan ubat banyak, telinga boleh pekak oii hahahaha.. 

24 comments:

  1. saya pun baru je order resv shaklee

    ReplyDelete
  2. sumber vit c aku joymix halla bong tu..tapi tu pun malas betulll nak makan..haha

    ReplyDelete
  3. Kami pun amalkan makan vitamin C. Usaha.

    ReplyDelete
  4. Betul sis..bagus vit c tapi ingat tau yg overdose..x leh amik lebih dari 2000mg sehari sebab bila overdose lain lak kesan dia antaranya dpt serangan batu karang. Btw tq tau sis..love u muuuahhh..haha

    ReplyDelete
  5. shaklee mmg bagos kan ... and vitC penting skrg ni

    ReplyDelete
  6. Sy mmg mkn vit C Shaklee.. huhu..
    pasal mkn ubat byk nanti pekak?? Lorh.. x tahu plak.. haha..

    ReplyDelete
  7. tu la ramai kawan2 jual vit c shaklee tapi belum beli sebb vit c sedia ada banyak lagi

    ReplyDelete
  8. Memang laris vitamin C la ni. Tu la nk tya jugak apa beza 3 jenis vit.c tu. Bella ada gak beli tp tak istiqomah makan ye. Omg.

    ReplyDelete
  9. Saya pun amalkan vit C tapi belum pernah cuba lagi brand2 yg sis share ni. Selalu beli brand2 biasa kat farmasi tu je.

    ReplyDelete
  10. dekat rumah saya pun ada jugak vitamin C ni. saya pun ambil jugak, sebab kadang2 jarang makan buah, so daripada vitamin c ni lah pengganti khasiatnya :)

    ReplyDelete
  11. Dalam keadaan sekarang nie memang kena rajin makan Vitamin C. Kena kuatkan imun badan dan kesihatan kena jaga. Rawlins layan flavettes

    ReplyDelete
  12. Vitamin c sangat penting masa sekarang ni... Kuatkan imun

    ReplyDelete
  13. Za dari sekolah mmg dh amalkan vit c ni sebab dulu senang nak sakit. Lepas amalkan supplements ni, alhamdulillah jarang sakit lah. Kulit pun benefit juga bila mkn vit c ni

    ReplyDelete
  14. Family kami memang dari dulu utamakan vitamin C ni, apalagi musim skarang ni wajib sangat ambil vit C. Nak kuatkan antibody dan banyak kebaikan lain juga.

    ReplyDelete
  15. Ya. sufficient vitamin memang baik untuk badan. tapi dulu i tah paham pasal ini. saya selalu ambil vitamin c yang overdose. oleh itu kesan yang dia buat kat badan i ialah allergy. buat masa ini, kami harap agar boleh kuatkan lagi immune system

    ReplyDelete
  16. I memang mengamalkan pengambilan vit C setiap hari tanpa miss.. tapi adakah semuanya diserap oleh badan kita? Hurm... lebih baik ambik yang sustained release ni kan..

    ReplyDelete
  17. Ya kak.. Vit C penting sangat sekarang ni. Yelah kita ni makan buat yang bebetul penuh nutrisi lengkap. Kita lun consume Biolife tu

    ReplyDelete
  18. Vit C penting kak. Ada kala manusia ni take for granted bila dah cun dan sihat. Stop vit c. Sedangkan suplimen ni kena berterusan consume. Shaklee punya vit c puas hati skit dia punya efek compare jenama lain or yang jenis rendam dalam air. Hehe

    ReplyDelete
  19. i agree with your article and i am so happy that you are spreading awareness about the importance of vitamin C. i have been taking it especially during the pandemic because of all the amazing properties it has!

    ReplyDelete
  20. Dulu rajin juga consume vit c. Saya amik yang jenama 21st century. Bila baca post sis ni terus rasa insaf nak consume semula.

    ReplyDelete
  21. Saya pun consume Vitamin C shaklee tu. Lagi2 masa musim virus ni kan. Antara makanan tambahan sesuai untuk imunsistem kan

    ReplyDelete
  22. Penting kan pengambilan vitamin c setiap hari.. especially di musim pandemik ni

    ReplyDelete
  23. Bagus amalkan pengambilan vitamin C ni.iena pun amalkan vitamin C ni tapi jenama lain :)

    ReplyDelete
  24. Meang bagus pun kita ambil vitamin utk kesihatan selain pemakanan yg lain

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.