ANAK MINTA TELUR GORENG KICAP UNTUK MENU BERBUKA PUASA


ANAK MINTA TELUR GORENG KICAP UNTUK MENU BERBUKA PUASA | Sebenarnya memang dah buntu idea dah nak masak apa, hari-hari juga masak. Semalam dah masak Asam Pedas Ikan Pari, masih ada baki 3 ketul dalam kuali, Ayahnya suruh simpan, nanti malam nak makan. Yang anak-anak taknak pulak lauk pedas-pedas. 

Duduklah termenung Emaknya di dapur sambil fikir apa yang nak di masak buat berbuka puasa. Tiba-tiba anak kata; 'Emak masak Telur Goreng Kicap aja la, lagi sedap'.. Apoo? Telur Kicap? Hahahaha.. lagi Emak suka, sebab senang keje Emak tak payah nak godak bahan apa-apa hahaha semua main hiris aje. 

Sambil tu goreng Sayur Kacang Buncis sama Kupang. Buat Sambal Getuk Jawa dan last sekali masak Telur Kicap ni. Asam Pedas pun dah panaskan.. makanya menu hari ini Simple Easy Cooking hehehe.. 

Telur Goreng Kicap

Yana balik, ehh boleh pulak di belinya Satay 50 cucuk ko.. Jiran pulak bagi Kuih Bakar, dah macam bulan Ramadhan pulak, mau tak muai makan berbuka ni kang.. alhamdulilah, ada je rezekinya kan.. Dalam pada kata malas dan takde idea nak masak, banyak pulak rezekinya sampai. 

Malas nak amik gambar semua, rasa letih perut nak ngadap makanan time puasa oii hahaha.. 

Korang ada yang berpuasa? Alhamdulilah, moga segala amalam kita Allah redhoi.. dan sebelum berbuka jangan lupa, luangkan masa 5 minit sebelum berbuka untuk berdoa. Doa orang berbuka puasa ni Allah cepat makbulkan. Mudah-mudahan apa yang korang hajatkan akan Allah terima..aamiinn..

Now Sis santai-santai aje laa ni sambil blog walking menunggu jam 7pm.. semua menu dah ready berhidang dah.. cuma air minuman aje nanti baru buat. 

Cuma tiba-tiba terbayang pulak Ayam Percik.. aduiiii mana nak carik ekkkk... 


P/S: Cuaca panas sangat harini kan? Duduk bilik bukak ekon aje kejenya.. 

16 comments:

  1. sedapnyaaa..atie bukan puasa makan maggi today hehe

    ReplyDelete
  2. Kira mudahlah permintaannya.
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. wah banyak nya makanan :) selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya...telur kicap selalunya SA buat untuk sahur...tp bagus jugak idea utk berbuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann sama laa kita, ni anak dah minta, kita ikutkan aje..

      Delete
  5. Sedap sedap menu berbukaaa.. Tak sabar nak bulan puasa.. tapi tak nak la Covid lagi... Sobbbs!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nona.. tak sabarnya nak beli ayam percik..

      Delete
  6. simple menu pun, boleh bertambah nasi sis hehe. sedap tu telur masak kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi kalau tengah puasa, lagi menyelerakan..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.