TAMAN TEMA GENTING SKYWORLDS BAKAL DI BUKA PERTENGAHAN TAHUN INI


TAMAN TEMA GENTING SKYWORLDS BAKAL DI BUKA PERTENGAHAN TAHUN INI | Yehaaaa, yang di tunggu-tunggu akhirnya bakal tiba. Jom kita lompat bintang hahaha.. Sis dan anak-anak kemain menunggu taman tema ni siap dan bukak, dari tahun lepas masa ke Genting Highlands tu lagi dah nampak, memang besar ko kawasannya. Tak dapat bayangkan kalau dapat bermain dalam ni. Ye laaa, tak dapat pi USS, kita bermain di sini pun jadi laa kan.. 

Genting Malaysia sedang mempersiapkan taman tema outdoor Genting SkyWorlds bernilai AS $800 juta, untuk persediaan bagi pembukaannya pada pertengahan tahun ini di Resorts World Genting.

Dengan ketinggian 1.829m dari permukaan laut, Genting SkyWorlds mengambil ruang seluas 10.5 hektar, di mana terdapat 26 permainan yang akan menjadi tarikan utama. Walaupun sedikit lebih kecil daripada Universal Studios Singapura di tempat penginapan Resorts World Singapore, akan tetapi Genting SkyWorlds mempunyai jumlah tarikan permainan yang hampir sama.

Selain menyajikan Intelektual Properties (IP) yang asli, Genting SkyWorlds juga akan menggabungkan jenama dan IP 20th Century Studios di semua tema permainan dan tarikannya. IP ini merangkumi Ice Age, Night at the Museum dan Planet of the Apes, dan banyak lagi. Ini akan dilengkapi dengan rangkaian kedai jualan barangan, makanan, dan taman hiburan bertema yang unik.


Genting Skyworlds, Genting Highlands Bakal Di Buka Pertengahan Tahun Ini

Lee Thiam Kit, ketua operasi dan strategi perniagaan, Resorts World Genting, berkata semasa sidang media maya: "Kami hampir siap. Kami memberikan sentuhan akhir ke taman tema yang menakjubkan ini, dan kami percaya ini adalah taman tema yang paling dinantikan di Asia Tenggara. Kami yakin kami akan memberikan pengalaman terbaik kepada para tetamu sepanjang perjalanan ini. " Lee berkata, taman ini akan memenuhi keperluan keluarga dari semua peringkat umur.

Edward Arthur Holloway, naib presiden eksekutif dan perhotelan, Resorts World Genting, mengatakan bahawa taman ini akan mensasarkan pelancong domestik untuk masa kini sementara menunggu pintu masuk antarabangsa dibuka semula.

Taman Tema Genting Skyworlds, Genting Highlands Bakal Di Buka Pertengahan Tahun Ini

Bagi memenuhi kepuasan dalam bermain di Resort World Genting, dia berkata keluarga atau pelancong yang datang ke sini, haruslan bermain dan bermalam sekurang-kurangnya untuk dua hari jika ingin lebih kepuasan dan keriangan bermain bersama keluarga. 

Taman tema itu sepatutnya dibuka tahun lalu, tetapi pembinaannya dihentikan buat sementara waktu oleh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia.

Korang rasa acaner? Mesti tak sabarkan? .. 


P/S: Sis kalau main-main buat geli-geli bolehlah, nak sakan tu idok lerr.. seriau ko.. hahaha :p

14 comments:

  1. love this love this, tapi nak pergi kena tggu bertahun lagi sbb klu nak pergi now sure berasak orangggg

    ReplyDelete
  2. Boleh bawa keluarga terutama yang ada anak-anak kecil. Tentunya meriahnya lebih berganda-ganda. Sekurang-kurangnya mulakan dari dalam negara dulu sebelum dibenarkan ke luar negara seperti sebelum-sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. Yang ditunggu tunggu dah siap. Kalau tak COVID-19 lagi excited nak pergi. Lagi beberapa bulan siap, harap covid-19 xde dah. Kalau tak peram lagi hasrat tu. huhu

    ReplyDelete
  4. Nak berjimba bagai daku nak. Naik roller coaster - kena tengok keadaan mental diri di masa itu. Mesti ramai dah tak sabar nak bercuti kan

    ReplyDelete
  5. lamanyaaaa tak naik genting. dah ada taman tema Baru ni haruslah naik genting. mesti best

    ReplyDelete
  6. akrg pelancongvluar x ramai.. leh enjoy puas2.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  7. Yeay..x sabar nak pi la...bestnyaaaa

    ReplyDelete
  8. Tak sabarnya nak tunggu pembukaan. Best ni kalau dah buka nanti boleh bawak satu family pergi jalan Genting.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah g Genting.. huhu... Moha Covid 19 hancur bulan ni... Amin.. Amin...

    ReplyDelete
  10. Nak naik genting ni kena tidur semalaman baru best. Lepas penat buat semua aktiviti kan. Walaupun rumah kat KL. Mesti nak tido hotel. Wakakaa.

    ReplyDelete
  11. Lamanya tak naik genting..pernah la dok bcinta tepi bukit tgk pemandangan. Roller coaster dah pnh try tp skrg takot dah nak naik lg. Mesti lg best lepas renovate ni kan.

    ReplyDelete
  12. Sis tak sabar nak pergi theme park, the last time i went to theme park was like a year ago.

    ReplyDelete
  13. Harap masa dah buka ni dah boleh rentas negeri lah bestnya tak sabar nak pergi jalan-jalan terutama taman tema lama giler tak pergi ni hehehehe..

    ReplyDelete
  14. finally! i think many malaysians will be super excited for this reintroduction. but the pandemic is really slowing things down :(

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.