KEMAIN SEGAR DAUN KESUM DAN ULAM RAJA YANG ANAK BELI DI PANDAMART


KEMAIN SEGAR DAUN KESUM DAN ULAM RAJA YANG ANAK BELI DI PANDAMART | Korang tengok aje laa haaa... kemain segar Daun Kesum dan Ulam Raja yang anak orderkan di PandaMart ni. Punya malas suruh pi kedai, dia ordernya online di PandaMart area berdekatan dengan rumah Sis ni. 

Memang anak rajin mengorder, kadang telur sepuluh biji pun di belinya di PandaMart ni.. datang malasnya kan nak start enjin pi kedai. Kalau Sis yaa, tengah takde cash kat tangan, memang malas oii nak pi kedai.. kang sampai kedai, memacam nak di belinya..elok-elok nak beli daun kesum, kang bermacam daun yang dia bawa balik hahahaha..

Kalau anak dan Suami dah faham nauu perangai Sis.. ye laa orang perempuan kan, nampak itu nak beli, nampak ini nak beli.. kalau boleh semua nak di beli.. pantang nampak benda segar dan hijau, mesti nak beli, konon nak simpan buat stok, last-last bawang pun tumbuh daun kakakakah.. 

Kemain Segar Daun Kesum Dan Ulam Raja Yang Anak Beli Di Pandamart

Cuba tengok tu, segarkan? Ni kalau pi kedai pun takde dapat segar macam ni tau, kecuali kalau ke Pasar. Memang tak sangka daun kesum dan ulam raja yang anak beli di Pandamart tu sesegar gini.. tengok pada resit gambar yang anak hantar, semuanya RM8.30 termasuk delivery. 

Agak mahal tapi daun kesumnya ada 4 ikat, ulam rajanya ada 2 ikat besar. Memang banyakkk.. puas lee simpan ni buat stok..daun kesumnya pun jenis wangi dan pahit rasanya.. suka jenis macamtu. Pernah beli daun kesum tapi takde bau macam daun kesum. Bau sikit-sikit jee.. tapi yang ini kuat baunya.. 

Sis orangnya tangan tak boleh betul tanam daun kesum ni, dah berapa kali tanam asyiklah mati.. tapi peliknya daun kari dan daun limau purut yang Sis tanam elok je gemokkk.. ke ada silapnya ekk.. 

Senang ada pokok daun kesum kan? Ye laa biasalah guna daun kesum nak buat apalagi kalau bukan Asam Pedas Ikan Duri & Sembilang.. 

Kemain Segar Daun Kesum Dan Ulam Raja Yang Anak Beli Di Pandamart

Kemain Segar Daun Kesum Dan Ulam Raja Yang Anak Beli Di Pandamart

Memang Sis masak asam pedas ni ada campur 2 jenis ikan, ikan sembilang dan ikan duri. Semua tu ikan hasil mancing Suami. Punya penuh peti ais dengan ikan, naik jemu kata anak asyiklah makan ikan hahahaha... 

Last-last Sis fikir, harini nak settlekan ikan-ikan duri dan sembilang ni, masak semuanya then berkongsi rezeki dengan jiran Sis, Nasriyah tu.. kira dia jiran paling rapat dan jarak selorong dengan Sis. Dah selamat pun hantar kat dia.. 

Jangan kata asam pedas aje Sis bagi, Sis bagi dia juga ikan kerapu sederhana besar kat Nas. Nanti simpan lama tak sedap, so kita kongsikan aje rezekinya pada orang. Lagipun banyak lagi dalam peti ais ikannya.. aishhhh.. 

Alhamdulilah, semua kerja harini dah selesai.. dah boleh rehat, layan drama "Ada Dua Cinta' di Netflix.. geramm oii tengok drama tu, sampai Suami pun tersampuk tengok sekali hahahaha.. dasar perempuan tak tau malu, keje asyiklah nak merosakkan rumahtangga orang.. dasar pelakor !!..

Korang yang ada Netflix boleh laa tengok.. banyak pengajaran dalam drama tu..tu nantilah Sis kongsi next posting ya.. 

Okay dah, jom kita bersiap untuk Zuhur.. lepas Zuhur baru layan drama.. 


P/S: Kenapa ek banyak cite pasal perempuan suka kebas Laki orang ni.. tapi realitinya memang banyakkan?... 

14 comments:

  1. dah terbau aroma daun kesum tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kuat wangi betul bau daun kesumnyaa..

      Delete
  2. Berselara nampak asam pedas ikan duri dengan daun kesum segar tu.
    Ada Netflix, nanti boleh tonton.

    ReplyDelete
  3. Best nya pandamart dekt ngan umah...
    Umah ako jauh, paling dekat kat KLCC tu ha..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ret, dekat aje, kat TS Hotel atas nu..

      Delete
  4. Jangan tanam daun kesum, memang tak hidup
    Tanam batang dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha adoii Wakkk.. iyo laaa tapi memang kiokkkk

      Delete
  5. Bestnya banyak ikan hasil memancing! Jimat jimat!!

    Nampak sedap asam pedas tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Amie, ikan segar, kadang banyak sangat, sampai masak sedekah kat jiran-jiran..

      Delete
  6. kitorang punya daun kesum da lama kiok..hahahah!!!

    selain tu, boleh buat laksa utagha juga..sedap letak daun kesum banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah kannn nak bagi idup, kena tepi air baru subur katanya...
      Tu tak pernah buat lagi laksa utaqa tu.. nanti laaa

      Delete
  7. Replies
    1. Yaa sedap. lagi banyak daun kesum lagi sedap hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.