5 MAKANAN BEST PENANG, ORDER DELIVERY PUN BAGUS!


5 MAKANAN BEST PENANG, ORDER DELIVERY PUN BAGUS! | Bila sebut tentang makan, hari-hari asyik makan je. Kadangkala sampai tak tahu nak makan apa disebabkan menu makanan Malaysia yang sangat banyak. Setiap negeri ada menu special masing-masing. Begitu juga dengan negeri Pulau Pinang.

Dalam negeri Pulau Pinang atau Penang ini, jika ditanya apakah makanan best? 
Banyak sangat! Paling best, turut ada servis online food delivery yang boleh digunakan. 

5 Makanan Best Penang, Order Delivery Pun Bagus!

#1- Pasembur 

Pasembur ini sudah menjadi makanan yang sudah menjadi satu kebiasaan dan biasa didengari setiap kali berada di Pulau Pinang. 

Secara lazimnya, hidangan pasembor yang juga dikenali sebagai pasembur atau pasemboq biasanya dihidangkan bersama cucur udang yang rangup, telur, hirisan timun, sengkuang dan beberapa lagi bahan-bahan yang lain seperti sosej, sotong goreng dan ketam berempah bersama  kuah kacang.  

5 Makanan Best Penang, Order Delivery Pun Bagus!

Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:

Pasembur @ Famous Stall 09 Anjung Gurney
Tempat: 5, Gurney Dr, Georgetown, 10250 George Town, Penang, Malaysia
Masa: Setiap hari, 4.00 ptg - 11.30 mlm

#2- Char Kuey Teow 

Char kuey teow juga merupakan makanan yang turut menjadi makanan yang paling digemari ramai. Pada umumnya, ramuan yang digunakan untuk hidangan ini hampir sama. 

Namun ia hidangan ini hampir sama dengan tomyam di mana teknik memasak dan juga kuantiti bahan yang memberikan rasa yang tersendiri pada hidangan ini.

5 Makanan Best Penang, Order Delivery Pun Bagus!

Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:

Sani Char Koey Teow
Alamat: Lorong Mahsuri 2, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang

#3- Popia

Popia merupakan hidangan yang sememangnya menjadi kegemaran warga kota. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hidangan ini ialah tauge, sengkuang, lobak dan kacang yang kemudiannya dibalut menggunakan kulit popia yang halus dan lembut dan dan enak dinikmati dengan sos pencicah.   

5 Makanan Best Penang, Order Delivery Pun Bagus!

Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:

Popiah Basah Omar Taiping
Alamat:  5, Jalan Panggung Wayang, 34000 Taiping

#4- Cendol

Cendol merupakan minuman yang dibuat menggunakan santan, jeli hijau, ais dan juga gula melaka. Boleh dikatakan hampir semua rakyat  Malaysia memang menggemari hidangan ini, terutama sekali pada cuaca panas. 

Mudah sahaja untuk mendapatkan hidangan yang boleh menghilangkan haus ini kerana ia ia terdapat di  seluruh Malaysia terutama sekali di Pulau Pinang. Secara umumnya, perniagaan cendol  di Pulau Pinang ini merupakan resepi secara turun temurun, jadi tidak hairanlah jika terdapat cendol yang rasa dan keistimewaannya berbeza dari cendol yang lain. 

5 Makanan Best Penang, Order Delivery Pun Bagus!

Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:

Teochew Chendol, Penang Road
Alamat: Jalan Penang, 27 & 29, Lebuh Keng Kwee, 10450 George Town, Pulau Pinang

#5- Nasi Kandar

Nasi kandar merupakan makanan yang wajib anda masukkan dalam senarai  makanan ketika berada di Pulau Pinang. 

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa nasi kandar merupakan makanan ‘nostalgia’ bagi penduduk yang berasal dari Pulau Pinang. Terdapat banyak restoran nasi kandar yang boleh anda jumpa ketika  berada di Pulau Pinang. 

5 Makanan Best Penang, Order Delivery Pun Bagus!

Antara kedai yang anda boleh dapatkan hidangan ini ialah:

Nasi Kandar Line Clear


Rindu Pada Penang, Lagi-Lagi Makanannya 

Sepanjang dalam tempoh berkurung ni, asyik rasa nak makan saja. Kadang-kadang teringat nak makan itu dan teringat nak makan ini. Begitu jugalah dengan menu makanan Penang yang dikongsikan kat sini. 

5 Makanan Best Penang, Order Delivery Pun Bagus!

Terbayang pelbagai jenis menu makanan Penang yang sedap-sedap. Tapi untuk keluar sana sini bagi membeli makanan begini memang perlu fikir berkali-kali. Tak berani rasanya untuk memberi risiko pada diri sendiri. 

Order delivery pun bagus. Tak perlu bersusah payah nak ke premis semata-mata untuk buat pesanan dan tak perlu juga buang tenaga. Berada di rumah sepanjang masa tetap masih boleh nikmati menu makanan sedap dengan adanya servis pesanan dan penghantaran seperti Foodpanda.

Boleh terus ke website milik Foodpanda, masukkan lokasi dan pilih menu makan yang hendak dinikmati. 


P/S: Aishhh bilalah nak rentas negeri ni, nak pi Penang! ! ! 

12 comments:

  1. Dalam banyak2 tu ako suka pasembur je weii hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aku teringin nasi kandar Penang Ret.. tak pernah makan..

      Delete
  2. 1-4 tu memang buat leleh liur lah.

    ReplyDelete
  3. eh popia makan penang? tak pernah tau pun hehe..new info ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis rasakan Popia Basah, cuma gambar popia lain pulak hahahaha

      Delete
  4. Ada foodpanda boleh makan bermacam macam makanan dari negeri lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn...semuanya di hujung jari anda...jari dah macam order restoran hahaha

      Delete
  5. eh tu gambar last tu apa..ada cheese..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tengah fikir soalan yang sama hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.