ANAK BELANJA MAKAN KING CRAB DAN MAKAN STEAMBOAT DI RUMAH


ANAK BELANJA MAKAN KING CRAB DAN MAKAN STEAMBOAT DI RUMAH | Bila dah rezeki katanya, alhamdulilah dapatlah merasa makan King Crab yang anak belanja. Yana memang asyik sebut aje nak makan dan beli King Crab, tapi asyiklah tanya; 'Ayah balik awal tak Mak?'.. haaa gitulah asyik duk tanya. Sebab bila dia dah beli, dia nak kami makan bersama sekali berjemaah. Baru memasing dapat merasa. 

Ayahnya pula memang balik tak menentu masa, ada masa awal ada masa lewat sampai rumah. Lagi kalau dah ke Penggerang, memang lewat baliknya. Dan bila Yana sudah bertanya dulu dan Ayahnya berjanji nak balik awal Isnin lepas, so Yana pun orderlah King Crab dua ekor. Petang Isnin tu sampai, kemudian malamnya, memang kami anak beranak dah plan nak buat dan makan steamboat aje, sebab bahan semua dah beli sesiap. 

Memang besar juga King Crab tu, tapi Yana kata dia amik saiz minimum tu, kalau nak saiz besar lagi, harganya pun besar mahal hahahaha.. tapi jadilah, cukup untuk kami anak beranak 5 orang ni makan. 

King Crab

King Crab

Kalau makan King Crab ni, Sis dah banyak kali juga makan tapi bukan masak sendiri, Sis makan di Manhattan. Ada yang makan bersama dengan Geng Bas Sekolah Sis, dan ada juga Sis makan dengan Suami berdua, opsss.. syyhhhhh anak tak tau ni hahahahaha..,

Sedap tu memang Sis kata sedap. Sis suka bab isinya yang kenyal-kenyal tapi halus lembut tu, memang sekali tarik kakinya tu, perghhh isinya kemain padat dan paduuuuu... 

Dan ini adalah pertama kali beli dan masak sendiri di rumah. Yana duk laaa google macam mana nak masaknya, dan rata-rata kata hanya kukus aje. So kami kukus aje laaa.. dalam bekas air kukus tu, Sis letakkan serai, lada hitam, bawang putih dan halia juga daun limau purut, kasi resap sikit rasa pada ketam tu.. Yang tak biasa makan, pertama kali makan mesti kata 'tawar' hahahaha.. 

Memang pun akan rasa macam tawar, kecuali kalau King Crab tu di masak dengan bahan perapan lain, macam kat Manhattan tu, tu memang shedap hehehehe.. 


Anak Belanja Makan King Crab Dan Makan Steamboat Di Rumah

Taraaa inilah menu makan malam Sis sekeluarga Isnin lepas. Alhamdulilah kami makan berjemaah bersama. Family Sis bukanlah besar sangat. Kami hanya 5 beranak aje, semua dah besar-besar tua bangka dah, so tang makan memang semua boleh masuk laa, sebab dewasa punya tekak hahaha.. 

Tang makan steamboat ni, haaa Ayahnya laa paling suka. Dia kalau kata nak buat steamboat, segala macam bahan dia beli, nanti time hidang, asyiklah tanya anaknya; 'Cukup tak?'.. haa gitulaa Ayahnya tu.. nak pastikan anaknya semua puas makan. Sebab tu kalau belanja makan buffet ke, memang tak rugi, semua suka makan hahaha.. 

Atas meja tu ada yang tak cukup semua tu, ada lagi menu daging perap, lala, cendawan, dan juga scallop kat tepi meja sana, tak muat letak semua atas meja hahaha.. Nasib baiklah ada dapurnya Steamboat GoGoPot tuu, berguna juga buat pakai semula hehehe.. 


Anak Belanja Makan King Crab Dan Makan Steamboat Di Rumah

Dan pagi tadi masa buka freezer nak keluarkan nugget untuk di goreng, tup-tup ternampak, ehhh ada lagi King Crab tu? Kesahnya Yana beli lagi semalam, cuma Sis tak perasan dan dia tak bagitau pulak dia beli lagi. Hurmm tu dah kemaruk laaa tu makan King Crab aje.. 

Kakaknya kata, lepas ni kita buat Oden pulak.. tunggu hujung minggu buat makan tengahari kata Kakaknya.. Okay jugakann.. tak payah grill, makan Oden aje.. bahan-bahan steamboat haritu pun masih ada juga lagi.. tak cukup nanti kompom Ayahnya tambah hahaha.. 

Ye laaa apalagi nak buatkan, makan-makan aje laa di rumah, nak hidupkan suasana ala restoran di rumah hahaha..dah le belum boleh makan di kedai kan, so kita masak, kita makan aje laa di rumah.. sebenarnya lagi puas tau.. dan yang bestnya, bila semua keluarga berkumpul, itu nikmat yang paling bahagia sekali.. 

Sampaikan dah tak kisah dah PKP sambung ke tak sambung ke, lantakk laaa.. malas nak fikir, kita jaga diri kita ye sudah.. bukan  kita ni tak sensitif atau peka dengan masaalah orang, tapi kita ni nak buat dan ada kuasa apa? So diam dan patuhi arahan aje laa.. tak gitu?... 'anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala?'.. meroyan pun tak guna.. 

Okaylah, nanti sambung lagi.. nak pi bersenam sat.. kang kita sambung yaa.. 
Korang nak masak apa haa?.. 


P/S: Rindu pulak nak pi memancing, Jom Ayahnya pi mancing tapi... boleh ke mancing ek?.. 

22 comments:

  1. bestnyaa makan ramai2 mcm ni, pastu fancy2 :)

    ReplyDelete
  2. King crab tu nampak jer kulit cam keras, tapi lembut ... Betul ke? Kita tak pernah makan dan pegang, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Kak, kulit dia kalau nak makan kena gunting untuk keluarkan isinya.. isinya lembuttt gituu...

      Delete
  3. Fulamak bestnya dapat makan king crab ni. Memang best kan boleh makan steamboat sama-sama dengan keluarga. Banyak betul makanan. :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi makan king crab ni. Nak try jugak lah nanti, nak makan oden ke buat masak lemak cili api sedap? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. King Crab ni jarang orang buat masak Farhana hahaha..

      Delete
  5. sedapnya makan steambot, tak pernah merasa lagi king crab. teringin juga nak try satu..hehe

    ReplyDelete
  6. Tu dia king crab dia. Kalau tawar, mesti ada cicah yang buat lazat kan?

    Best gak kalau makan steamboat atau oden weekend nie kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Rawlins ada makan dengan sos pencecah aje, sedap...

      Delete
  7. I've not tried King Crab before it looks huge and I bet the flesh is sweet kan? Will order and try it out for myself.

    ReplyDelete
  8. adoiii terliur aihhh tengok king crab tu. tapi paling berkenan freezer tu sis. senangnya nak simpan frozen food huhu

    ReplyDelete
  9. wah rezeki dapat makan KING CRAB...
    sedap kan.. ako aritu order pun sekor je..
    nak order 2 kang takut x mampu lak nak membayo nya haahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kalau aku idok le nak beli, ni Yana beli, Mak bedal aje hahahaha

      Delete
  10. Freezer tuuuuu, macam-macam ada sis 😆😆..time PKP ni berkumpul makan kat rumah je lah kan, family bonding kata orang 😉

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya anak belanja. Hehe. Seumur hidup saya belum pernah lagi cuba king crab ni.

    ReplyDelete
  12. bestnya anak sis lin! i recently saw the price of king crab masa shopping online hari tu. omg mahal sgt, i pn nk tunggu anak sy belanja nnt je la haha

    ReplyDelete
  13. Saya tak tau la Sislin.. tengok sis selalu post pasal makan sedap-sedap.. tu yang terfikir masa bila turun berat badannya tu... hehe.. gurau2..

    sedaplah dapat makan besar macam ni kat rumah dengan family...

    ReplyDelete
  14. This is so grand! Kat rumah juga boleh makan best best ni kan. #stayathome #staysafe #makanbestbest

    ReplyDelete
  15. woiii, udang tu...udang negro ek? 🤣🤣🤣😜😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngok ko hahahaha tu udang harimau hitam hahahaha

      Delete
  16. Wahh besaq sungguh aih ketam tu.. za mmg lama teringin nak makan king crab.. baca sis lin punya entri ni lg terliurrrrr ..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.