PAGEVIEWS BLOG AKU SUDAH MELEPASI 10 000 000!

Sis Lin
28
PAGEVIEWS BLOG AKU SUDAH MELEPASI 10 000 000! | Alhamdulilah, angka genap yang di tunggu sudah pun sampai. Malam semalam dalam jam 12am lebih macamtu, bila Sis refresh blog pageviews blog Sis sudah melepasi angka 10 000 000.. Boleh plak ngam-ngam buka blog, angkanya sudah 10 000 001!. Sempatlah Sis snap buat kenangan peribadi sendiri. Tahniah buat Aku Sis Lin!.. 

Yang pasti, korang mesti tak perasan dan baca pasal giveaway 10 000 000 ni kan? Hahahaha.. Kalau siapa yang baca posting sebelum ni pasal Kuih Koci tu, haaa mereka tau laa pasal giveaway ni.. hehehe.. yang tak baca, nampak gaya memang bukan rezeki korang ya.. 

Posting mengenai pageviews ni kan, Sis tak kisah kalau orang annoying baca posting begini, satu prinsip Sis, blog kita, kita punya suka, jangan bandingkan dengan blog orang lain. Memang ada orang lain lebih hebat dari kita, tapi itu blog dia, blog kita, kita buat cara kita, gaya kita, dan senang cakap, tulis apa yang kita rasa kita nak tulis.. dan update selagi kita rasa perlu update. 

Jangan jadi dan meniru orang lain, bila kau ada perasaan semua benda kau nak perfect sama macam orang lain tanpa usaha sendiri, memang sampai bila laaa takkan ada perubahan pada diri kau atau blog ko sebab kau nak jadi dan meniru orang lain, sedangkan itu bukan cara yang kau suka..

But kalau ko nak ikut dan follow tips dan ilmu orang lain takpe, tu bagus, buat penambahbaikan dalam cara penulisan kita, tapi kalau semua benda yang orang lain buat ko pun nak buat tapi ianya tak sesuai dengan apa yang kau suka, baik korang stop, fikir dan cari apa yang kau suka.. 

Pageviews Blog Aku Sudah Melepasi 10 000 000!

Sis belum lagi hebat, banyak lagi nak kena belajar. Nak bagi tips dan ilmu dalam dunia blog ni pun rasanya belum ada rasa keyakinan, setakat nak berkongsi pendapat, idea dan ilmu menulis bolehlah.. sebab apa yang korang lihat, apa yang korang baca, itu diri Sis.. penulisan Sis semua dari apa yang korang kenal Sis.. bagi yang tak kenal Sis, maybe boleh kategorikan Sis ni terlalu emosi dan berahsia.. tapi itulah diri Sis. 

Dan bila Sis kaji semula blog Sis ni, rata-rata pembaca Sis lebih suka baca penulisan Sis mengenai 'lifestyle' Sis. Yaa kalau Sis update cerita santai-santai aje, kemain views dia naik berbanding kalau Sis cerita bab bercuti atau memasak ke.. tapi kalau Sis menulis berlabelkan  'ceritera'...kemain sekejap aje dah naik views.. So dari situ Sis tau laa apa pembaca suka membaca dalam blog Sis ni. 

Korang kena kaji pembaca korang.. tengok pageviews apa yang cepat naik selepas korang post. Nanti lama-lama korang akan tau apa yang pembaca korang suka baca. Sebab itu Sis labelkan blog Sis ni sebagai lifestyle blog, bukan blog makan-makan, bukan blog masak-masak, atau travel blog ke, tapi lebih kepada blog diari harian Sis.. itu yang Sis suka akan blog Sis ni.. 

Lagi satu nak kata, menulis bukan kosong-kosong.. apa yang korang baca, apa yang korang tengok dalam blog ni, tu semua 'buat duit' tu.. banyak ko update, rajin ko update, makin menjadi-jadilah iklan adsense tu keluar. Bila dah bermacam iklan, makanya duit adsense pun naik le terus menerus.. itu habuannya kalau rajin.. 

Kalau dulu Sis rajin update, tapi iklan tak pasang pun dulu, ada kesilapan teknikal di situ huhuhu jadi kerugian di situ.. but sekarang dah ada adsense, kenalah lebih semangat menulis dan update.. kau buat kau dapat.. boleh buat tambah duit 'jajan' ko kan.. 

Okaylah, panjang pulak membebelnya.. Jom laa kita jalankan tanggungjawab kita sebagai 'pengurus rumahtangga' hehehe.. 

Good Luck buat adik-adik yang akan menduduki SPM hari ni ya.. baca doa bebanyak tau.. 
OkBai.. jumpa lagi..


P/S: Terima kasih korang yang selalu dan rajin singgah membaca dan komen di blog Sis.. i Love You ❤
Tags

Post a Comment

28Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. aLAAA... TERLEPAS PASAL TERTIDO.. PADAHAL DAH SEMNAGAT NAK REFRESH

    ReplyDelete
  2. wow bestnya. Tahniah dah sampai 10m, kita ni masih sedang berusaha mencapai target. teruskan menulis

    ReplyDelete
  3. masyaAllah..tahniah weii! maaf lerr, tak dan nak bukak blog semalam haaa..kalo tak, mesti aku dah join GA ko..hahahah

    ReplyDelete
  4. tahniahhhhh sis. dah lama berblogging kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh Diya.. since 2008 mula menulis blog.

      Delete
  5. Alaaa melepass.. Ako mmg tido lewat tp by the time ako msk sini dh terlps nombornya hhaaha... Keep it up sis!! Blog kita suka hati kita.. Tahniah weii dh cecah 10k pv..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yee aku nampak ko email aku dah lepas dari syarat dah hahahaha.. :P

      Delete
  6. Ala terlepas sudah. Apapun tahniah Sis Lin. Semakin kehadapan dan semakin hebat blog Otai blogger ni. Semoga semakin cepat bertambah PV dan juga semakin lebat adsensenya. Aaminn

    ReplyDelete
  7. Wow........congratulations on your 10 m page views. Semoga trus success ya. Btw, do also share your tips with us. We do want to learn from you.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Sis. Memang a huge milestone tu. Bukan senang nak ada kekuatan sampai 10 million tu! Rawlins lambertttt lagi nak sampai situ hehehe

    ReplyDelete
  9. ohhhh tu la saya ada nampak jugak readers saya memang ke arah movie je. Kalau sembang hal personal sendu je views dia hahaha tahniah kak lin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa keep it up Farhana.. menulis apa yang readers suka baca.. keep writing..

      Delete
  10. Tahniah sis , orang rajin insyaAllah dapat hasilnya. Sendiri pun tak tahu juga nih dah berapa PV blog tapi rasanya tak sebanyak sis. Memamng kalau datang time lemau nak menulis mau makan minggu dan bulan. Kena rajin cari topik yang menarik nak tulis supaya ramai orang tertarik nak singgah blog kita tanpa paksa.

    ReplyDelete
  11. Aduhai tgh tulis dia hilang pulak. Tak taula masuk ke tak komen tadi. Apapun tahniah sekali lagi. Byk bell belajar dr sis lin. Tq support kita!

    ReplyDelete
  12. tahniah sis lin. jauh perjalanan tu :)

    ReplyDelete
  13. Wow! Tahniah. Hari ni dah lebih lagi dah viewer sis. Bila la agaknya Iza pun nak viewer banyak macam ni. Semoga ada rezeki Iza pulak.

    ReplyDelete
  14. Congrats for hitting your first 10mil page view, keep going and all the best.

    ReplyDelete
  15. Wow, bukan biashe2 ni sis.. 10 Million viewers.. our inspiration juga especially buat blogger baru like me.. bila baca ni teruja pulak nak keep track traffic on my own blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa keep writing and sharing Nel.. don't give up sebab pageviews tak banyak ke.. teruskan aje menulis..

      Delete
  16. Moga terus sukses sis lin.. mmg pepatah ada menyatakan.. kalau rajin menulis pasti akan ada hasilnya

    ReplyDelete
  17. seriously kalau dpt ke blog sis , mesti more than 20 person sedang review your blog, tak pernah 1 user only hehehe ! congrats! hope to be like you soon :)

    ReplyDelete
  18. tahniah. bukan senang tu. kena konsisten dan hasilkan content berkualiti. keep it up!

    ReplyDelete
  19. Tahniah sis. Banyak tu views blog sis. Marina jauh lagi nak kejar tu

    ReplyDelete
  20. wah! tahniah sis! bukan senang nak dapat 10 juta tu. khai pun baru nak masuk 5 juta. teringinnya nak jadi macam sis rajin update blog semua. teruskan!

    ReplyDelete
  21. wow, that is a lot of page views! congratulations for achieving another amazing milestone in your blogging journey. i love all your content and you totally deserve this recognition! :)

    ReplyDelete
  22. Tahniah, sis. Setuju dgn apa yg sis cakap, kita tak boleh nak compare cara kita dgn cara org lain. Kita buat je cara kita, asalkan selesa dan kita boleh berbangga dgn pencapaian kita sendiri.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!