RESEPI MENU SARAPAN PAGI YANG SIHAT DAN MUDAH HANYA GUNA 5 BAHAN SAHAJA!


RESEPI MENU SARAPAN PAGI YANG SIHAT DAN MUDAH HANYA GUNA 5 BAHAN SAHAJA! PAGI ini agak malas nak menaip pepanjanglah, banyak kerja yang nak di mulakan dan di siapkan dengan cepat. Kang Suami dah start buat dia projek waindscoting di tangga kang, haaa lagi laa huru-hara kang, so better Sis siapkan kerja Sis dulu. 

Sarapan pagi pun Suami dah beli tadi. Kebetulan malam semalam dia pi memancing di rakit dekat Kong Kong Laut sana, so Sis dah pesan, balik singgah belikan Sis Nasi Lemak Daun Sempo dulu sebelum balik. Alhamdulilah dapat juga makan nasi lemak berdaun pagi ni.. 

Tapi kalau korang rajin nak buat sendiri sarapan tapi takde idea atau nak yang ringkas dan mudah, korang boleh cuba 5 resepi menu sarapan pagi yang sihat dan mudah ini hanya guna 5 bahan sahaja.

Tak percaya? Ajomm kita lihat.. 

Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat? 
Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, semestinya pengambilan makanan sihat amatlah perlu. Jika kena dengan resipi sihat, pasti hasil masakannya sedap. Ingin memulakan hari sarapan pagi dengan makanan sihat, tapi takut tidak berselera? Jangan risau, makanan sihat bukan semestinya mempunyai rasa yang tidak sedap.

Tak percaya? Korang boleh cuba membuat resepi sihat mengikut 5 senarai makanan sihat seperti di bawah ini.

Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi sihat 1: Ayam buttermilk panggang

Bahan-bahan:
  • 1 cawan buttermilk
  • Sedikit serbuk thyme
  • 4 ulas bawang putih dihiris halus
  • Setengah sudu teh garam
  • 1 kilo setengah potongan ayam bahagian dada

Cara menyediakannya:
  1. Letakkan buttermilk, thyme, bawang putih dan garam di dalam mangkuk besar. 
  2. Masukkan potongan ayam dan gaulkannya sehingga campuran buttermilk tersebut meliputi keseluruhan bahagian ayam. 
  3. Perap dan sejukkannya selama sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti sejuk. 
  4. Ambil ayam yang telah diperap tadi dan panggang di atas kuali pemanggang dengan menggunakan api yang sederhana. 
  5. Masak sekitar 5 hingga 7 minit sebelum membalikkannya.
Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi 2: Keledek bakar

Bahan-bahan:
  • 4 biji keledek yang telah dibersihkan (tidak dikupas)
  • Setengah cawan yogurt
  • 1 biji epal yang telah dipotong dadu
  • 2 sudu madu
  • ¼ cawan serbuk kelapa yang telah disangai

Cara menyediakannya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius. 
  2. Letakkan 4 biji keledek pada loyang dan masukkan ke dalam ketuhar. 
  3. Bakar keledek tersebut sehingga lembut iaitu sekitar 45 minit. 
  4. Ambil pisau dan potong keledek tersebut dengan hirisan berbentuk X. 
  5. Buka kulit keledek dan lenyekkan isi keledek dengan menggunakan garpu. 
  6. Letakkan bahan-bahan lain iaitu yogurt, potongan epal, madu dan juga serbuk kelapa sebagai topping keledek tersebut. 
  7. Gaulkannya sebelum korang mula menikmatinya. 
Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi sihat 3: Telur kacau kari

Bahan-bahan:
  • 8 biji telur
  • ¼ cawan susu
  • Setengah sudu teh serbuk kari
  • ¼ sudu teh garam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 2 biji tomato yang dihiris dan dipotong dadu (pilihan)

Cara menyediakannya:
  1. Dalam mangkuk yang besar, pukul telur, susu, serbuk kari, garam, dan lada sulah.
  2. Letakkan kuali dan masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya. Sebaiknya, korang menggunakan kuali non-stick untuk hasil masakan yang lebih cantik. 
  3. Tuangkan campuran telur tersebut. 
  4. Masak dan kacau sehingga telur mula menebal dan tidak ada lagi telur yang masih cair. 
  5. Kemudian, tutup api.
  6. Hidangkan telur tersebut bersama dengan potongan tomato.
Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi 4: Sandwic tomato dan avokado

Bahan-bahan:
  • Setengah biji avokado yang telah masak
  • 4 keping roti gandum penuh
  • 1 biji tomato yang dihiris nipis
  • 2 biji bawang merah yang dipotong dan dicincang halus
  • 2 sudu mayones

Cara menyediakannya:
  1. Lenyekkan avokado sehingga hancur menjadi seperti pes. 
  2. Sapukan pes avokado pada dua keping roti yang telah dipanggang. 
  3. Letakkan hirisan tomato dan bawang merah yang telah dicincang ke atasnya. 
  4. Tuangkan sedikit mayones pada hirisan tomato tersebut. 
  5. Tutup dengan kepingan roti dan nikmati sandwich korang. 
Resepi Menu Sarapan Pagi Yang Sihat Dan Mudah Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!

Resepi sihat 5: Gulungan ayam pesto

Bahan-bahan:
  • 4 keping hirisan dada ayam
  • Setengah cawan pesto (boleh didapati di pasar raya)
  • 50 gram cendawan yang dihiris
  • Parutan keju Mozarella
  • Secubit garam

Cara Menyediakannya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius. 
  2. Ketukkan kepingan dada ayam dengan menggunakan kayu penggelek sehingga menjadi lebih nipis.
  3. Sapukan presto pada kepingan ayam tersebut.
  4. Taburkan hirisan keju Mozarella di atas hirisan ayam tadi.
  5. Gulungkan ayam dan tusukkan pencungkil gigi pada gulungan ayam tersebut agar tidak terbuka.
  6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar ayam dalam tempoh 30 minit sehingga ayam menjadi masak dan berwarna putih.
  7. Setelah ayam masak, keluarkan ayam tersebut daripada ketuhar dan tuangkan baki sos presto pada ayam tersebut bersama dengan hirisan keju.
  8. Tukarkan tetapan ketuhar kepada ‘broil’ dan masukkan kembali ayam ke dalam ketuhar untuk seketika waktu lagi. 
  9. Biarkan keju menjadi cair dan sedikit perang dalam tempoh 3 hingga 5 minit sebelum dikeluarkan.
  10. Tanggalkan pencungkil gigi dan potong gulungan ayam tersebut. Hidangkan. 

Senarai makanan sihat dalam 5 resepi yang mudah dan sedap ini, korang boleh dapatkannya di pasar raya. Jika korang tidak tahu bagaimana untuk mencari pesto yang dibotolkan bagi memasak gulungan ayam pesto, korang boleh membuatnya di rumah dengan menggunakan bahan-bahan segar.

Banyak resepi pesto yang boleh didapati di internet untuk kegunaan korang. Jangan malas membaca hehehe.. 

Kesimpulannya .. JANGAN abai sarapan pagi..
Selamat mencuba.. 



P/S: Selamat Hari Berkasih Sayang, Sayang.. Hari-Hari juga SAYANG kann ❤ 

18 comments:

  1. Sedapnyaaa segala breakfast iniiii.. Weehuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nona, nampak simple dan mudah beno nak buatnya..

      Delete
  2. Sedapnya. Dah kenyang jadi lapar semula. Yang ada telur tu semua sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeke kan Nanie.. kalau bangun terus siap, lagi syokk hahahaha

      Delete
  3. Sedapanyaaaa...pagi ni SA buat mee goreng jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pagi ni Sis makan karipap dua ketul heheheh

      Delete
  4. ehh lapar balik tengok hehe tp mood memasak kelaut ni macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha semua sedap dan simple aje kan..

      Delete
  5. Sarapan sihat ni.
    Wak sarapan nasi goreng pagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Wak, sihat dan mudah, nak dengan taknak je nak buat hahaha

      Delete
  6. macam tak kenyang je sarap macam tu... kena 2 portion la kot baru ngam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah...
      Kalau nak kenyang, kena goreng nasi laa Azian hahahaha

      Delete
  7. tadi tak lapar pun, tengok entri ni terus kelaparan kebuluran bagai..

    ReplyDelete
  8. thank you thank you..sbb dah mmg buntu nak makan apa time diet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Atie, kadang time pagi laa no idea nak makan apa kan..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.