BELI BAWANG PERCUMA DAUN BAWANG


BELI BAWANG PERCUMA DAUN BAWANG | Mohon jangan kecam ya, ini bukan sebab malas ke sampai bawang pun tumbuh daun, tapi ini gara-gara beli bawang banyak sangat beli berguni, guna buat masaknya pun bukan banyak beno, makanya laa bawang pun tumbuh daun hahahaha...

Tengah duk kemas-kemas rak 'membawang' semua, korek-korek guni sekali tengok bawang yang sebelah bawah tu ada 3 ke 4 biji dah tumbuh daun, gelak seisi rumah di buatnya hahahaha.. nasib baik tak busuk, elok pulak segarnya tu.. dari nak pi kedai beli daun bawang, dah tak payah dah, terus dapat free daun bawang hahahaha.. 

Nak masak Ayam Masak Semur Kicap, ikutkan takde laa nak letak daun bawang bagai, tapi sebab dah ada kan, so kita tabur aje laa buat hiasan ada-ada gitu.. 

Beli Bawang Percuma Daun Bawang

Kalau bawang dah tumbuh daun gini, kalau tanam hidup ke jadi daun bawang ek? Tak pernah pulak mencuba.. dan tak pernah plak tanam bawang untuk nak dapatkan daun bawang.. sebab biasanya tanam dari akar daun bawang aje untuk dapatkan daun bawang..

Korang ada pernah cuba ke tanam bawang berdaun gini? 

Sekarang pun bawang agak mahal harganya. Dah mahal satu hal, kebanyakkan yang jual bawang, semua jenis bawang yang color gelap tu.. Sis tak suka betul.. lagi kalau masak sup ke stim ke, nanti kejadiannya tak cantik.. bawang tu jadi warna purple agak hitam pekat.. nak amik gambar pun jadi tak selera ermmm... 

Susah sekarang nak dapat bawang merah yang biasa guna ni.. entah laa apa nama bawangnya, bawang India kot? Sis kenal bawang holland aje, yang tu kalau beli buat masak TomYam aje hehehe.. 

Resepi Ayam Semur Kicap

Taraaa inilah dia hasil dari daun bawang percuma tadi tu hahahaha.. Sis cuci dan Sis taburkan di atas Ayam Semur Kicap Sis...nampaklah serinya kan, kalau tak hitamm jee hehehe.. 

Ayam Semur Kicap ni menu kesukaan anak-anak dan Suami Sis.. kalau orang Jawa memang suka laa, sebab biasanya mereka akan masak makan dengan Nasi Ambang. Cuma yang bezanya, Sis kalau masak Ayam Semur Kicap ni, Sis letak Suun dan tauhu kering.. itu kemestian, barulah kick time makan tu.. 

Lagi kering lagi sedap woo.. Kalau yang tak biasa akan rasa pelik, ye laa masak kicap letak suun, tapi kalau orang Jawa, haaa derang tau laaa..memang sedap..  nanti korang cubalah.. 

Untuk resepi Ayam Semur Kicap ni, korang boleh cuba resepinya Amie' Kitchen ni, cuma nanti korang tambahkan aje Suun yaa.. bahan dan cara penyediaannya sama je.. Sis malas nak menaip hahaha..

Okaylah nanti sambung, jomlah kita bersenam panaskan badan, kemudian mulakan kerja rumah seperti biasa.. harini Suami pun dah mula bekerja setelah cuti panjang Tahun Baru Cina.. sambil tu kita fikir, nak masak apalaaa harini yekk.. ermmm..


P/S: Boleh plak malam tadi mimpi ada orang nak kasi anak.. Sis baru nak amik, tapi tersedar bila Suami batuk.. terus tak boleh tido.. ermmm...

20 comments:

  1. Hahahahaha.. dekat umah kita pun ada...

    Pernah tengok, diorang tanam daun bawang dari bawnag ni, benamkan aje dalam tanah

    ReplyDelete
  2. dana kalau jumpa bawang gni, kadang dana tanam terus kak... boelah jadi bekalan daun bawang hehehe...

    ReplyDelete
  3. Kalau ada ruang, memang saya tanam terus. Huhu :)

    ReplyDelete
  4. aku ingatkan ko letak "sun" tadi dalam semur kicap..rupanya suun...😝

    ReplyDelete
  5. Biasa juga dapat macam nih kalau beli yang bundle. Kalau saya tanam terus tu, jimat daun bawang haha!

    ReplyDelete
  6. sedap yer ayam ni. teringat nasi ambang kenduri. huhu, homesick yer nak balik kampung! rindu nk makan masakan jawa

    ReplyDelete
  7. wah! Ayam masak semur dah sampai sini rupanya. Sedapnya tu bubuh suhun. Dulu2 memang selalu jumpa, tapi sekarang macam tak pernah jumpa dah ayam semur bubuh suhun.

    ReplyDelete
  8. Yeah sometimes the onions that have bought might not be suitable at all for consumption so just plant them right? Why not.

    ReplyDelete
  9. Hehehehe... samalah kekdahnya kat rumah ni pun Sis Lin... kadang-kadang tu, masa membeli bawang sampai tak hengat yang kat rumah ada lagi... bila time nak masak tu, selalulah tiba-tiba je jumpa bawang tersembunyi siap ada hadiah misteri gitu... hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Kalau ada tanah yg cukup dan pasu yg cukup besar, boleh tanam sis. Nanti bawang tu akan beranak lg. Sambil tu boleh la ambil daun dia sekali.

    ReplyDelete
  11. Samalah nad punya bawang haritu balik kampung sampi tumbuh daun..ehhehe..Wah idea bernas potong terus masuk dlaam masakan..hehee. Ayam semur sedapnyaa

    ReplyDelete
  12. Rawlins kan bujang so jarang masak. Pernah gak kejadian gini walau tak beli berguni. Hahaha
    Sis - orang kata kalau mimpi orang bagi anak tu ada orang nak bagi benda tak elok katanya laaaaaaa

    Ayam semur tu lazat!

    ReplyDelete
  13. i love it! don't let any food go to waste and use them whenever possible. love these small but creative solutions!

    ReplyDelete
  14. Ayu pun suka juga ltk daun bawang dekay dalam masakan... Selalu juga beli bawang tumbuh daun macam tu heheh

    ReplyDelete
  15. Haha bawang sampai tumbuh daunnya ye. Emi pernah tau beli bawang, pastu terbiar beberapa hari tak berusik. Tengok2 eh ada daun bawang siap.

    ReplyDelete
  16. i pernah beli bawang lepas tu simpan lama lama naik daun bawang pulak, aku masak je la coz semua boleh makan.

    ReplyDelete
  17. Kita pernah jugak jadi gini. HAhaaa
    Bukan apa kekadang anak yang susun, sudahnya tak jumpa pi pi beli baru.

    ReplyDelete
  18. kita selalu macam tu sis terutama bila beli bawang besar kadang-kadang tumbuh tinggi dan panjang hehehehe tapi untung boleh guna bawang dan juga dun nya jangan busuk susahlahkan hehehe jimat wakakakaka..

    ReplyDelete
  19. Kalau saya pulak. Saya letak dalam pasu.. Hahahah. Pastu dapat la jugak daun bawang banyak skit🤣🤣🤣

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.