KALAU DAH TERINGIN NAK MAKAN, MAHAL PUN AKU BELI JUGA


KALAU DAH TERINGIN NAK MAKAN, MAHAL PUN AKU BELI JUGA | Siapa sini macam Sis, kalau dah teringin nak makan, mahal pun tetap di beli juga. Berulang-alik ke kedai Acheh tu, asyiklah nampak Sotong dalam tin ni di atas rak, tapi duk pandang je dari jauh, sebab dah berapa kali pergi kedai, bawa duitnya tak banyak cash. 

Sehari ke sehari, akhirnya tak boleh tahan dah, balik dari kedai kucing dan mencucuk duit, terus singgah kedai Acheh dan beli dua tin seasoned Cuttle Fish ni. Kedai Acheh area rumah Sis ni, mereka jual RM13.50sen ko setin.. beli dua tin dah RM27 hengget.. tak ke mahal oii.. boleh dapat Ikan Kembong setengah kilo atau Ayam sekor ko hahahahaha...

Tapi sebab teringin sangat nak makan, janganlah kedekut kan, nak bagi makan tekak sendiri je pun, bukannya selalu datang teringin tu, sheshekali aje.. *meronta cacing dalam perut nak makan sotong dalam tin, kesiann.. 

Kalau Dah Teringin Nak Makan, Mahal Pun Aku Beli Juga

Kalau Dah Teringin Nak Makan, Mahal Pun Aku Beli Juga

Style Sis kalau masak sotong dalam tin ni senang aje.. Sis hiris-hiris je semua bahan seperti bawang besar, bawang putih dan lada merah. Sotongnya pulak, Sis bukak dan asingkan kuahnya. Sebab Sis tak guna ke semua kuah dalam sotong tin tu, Sis hanya tumis, kemudian masukkan kicap cair aje, guna kuah sotong tu sedikit aje sebagai bahan perasa. 

Lagipun kalau korang guna kesemua kuah dalam tin tu, nanti jadi masin sikit, Sis tak berapa suka. jadi Sis tumis syle Sis aje.. lagipun kita nak makan sotongnya aje, kuahnya tak perlu. tapi ikutlah selera korang macam mana kalau nak memasaknya..

Ada orang kata makan sotong dalam tin orang 'have-have'... hahahaha tergelak Sis ko dengar.. #AdaAkuKesah mulut orang.. bukan dia tolong bayarkan... 

Kalau Dah Teringin Nak Makan, Mahal Pun Aku Beli Juga

Tapi ada kawan Sis, dia pernah masak sotong ni masak sambal tau, katanya sedap.. tapi Sis tak pernah mencubanya.. memang kalau beli dan masak, Sis hanya masak tumis dan letak kicap aje. 

Dari mana belajar makan sotong ni?

Sis pertama kali mencuba sotong ni dari arwah Emak Sis laa, mula sotong ni di keluarkan di pasaran, Emak Sis yang suka mencuba, beli dan masak, dan kebetulan Sis ada di rumah Emak dan dapat mencubanya. Memang simple senang dan mudah nak masak, dia macam kita masak Sardin dalam tin tu haa.. hanya panaskan dan boleh terus makan..

Cuma nak sedap, ko pelbagaikan laa cara memasaknya, macam Sis cakap tadi tu, kuahnya tu agak masin, sebab dia kan sos kacang soya peram, memang laaa masin hehehe..tapi bila bukak aje tin sotong ni, perghh shedapnya oii bau dia.. hehehe..

Kalau tempat korang Sis tak tau laa jual berapa, tempat Sis ni je terjual dengan harga tu.. ada satu lagi brand Sayang tak silap, haaa yang tu murah sikit.. tapi isi sotongnya agak kecil.. kalau brand Rex ni memang isi sotongnya banyak dan besar-besar.. lebih suka beli brand Rex ni.. 

Korang kalau nak tau macam mana rasanya, silalah beli dan mencubanya.. 


P/S: Kedai Acheh sini macam-macam makanan dalam tin ado, naik geram kalau masuk kedainya oii hahahaha.. 

23 comments:

  1. Akak pernah masak sotong ni, beli tin kecik aje, memang masin melampau sosnya, nasib tak masukkan semua

    ReplyDelete
  2. masak sambal memang sedap.ada juga cap ayam tapi jarang jumpa

    ReplyDelete
  3. selagi ada nikmat makan ,, makan jerr hii ..

    ReplyDelete
  4. sotong ni ako x makan...teringat ko makan sotong bakar kat myeongdong hahha....

    ReplyDelete
  5. sama! kalau dah teringin tak kisah la mahal ke murah ke..wah kite jakun sikit..tak pernah beli kak

    ReplyDelete
  6. Bak kata babah PC, kalau rasa nak makan apa, beli je walau mahal sikit. Sementara ada rezeki dan ada selera nak makan. Asal jangan membazir dan berlebihan. Samalah Sis, kadang bukan nak makan banyak pun, asala dah dapat makan rasa syukur walau cuma jamah je.

    ReplyDelete
  7. Uish.. Selalu time balik kamoung, nampak kilang REX ni kat Penang tepi hiway sebelum Tol Juru.. Bila tengok kilang tu memang teringat sotong ni...
    Hihihi

    ReplyDelete
  8. skali skala, self reward la klu teringin nak makan mahal kan ... jnji tekak rasa nikmat

    ReplyDelete
  9. iya..kalau teringin mahal pun beli...tp tak selalu la... buat lepas teringin aje

    ReplyDelete
  10. tak berapa gemar dengan sotong ni tapi selalu je nampak dekat nsk. Nanti nak try la buat masak sambal, mana tau jatuh cinta macam kak lin jugak hihi

    ReplyDelete
  11. Dah beberapa kali tengok orang share resepi/makan sotong tin ni Sis. Nampak makin menarik la pulak haha! nanti nak try jugalah masak dan rasa:)

    ReplyDelete
  12. sotong ni tumis simple paling mabelesss..tapi memang mahal. sotong kayangan ni haha

    ReplyDelete
  13. aida tau sotong ni, dari abah. tapi abah cerita je, mak tak pernah masakkan kami pun.
    abah suka. jenama yg sama ni lah, sis.
    aida ni duit x byk. tapi bab makan, x pernah lokek. benda lain, lokek :) ha ha ha ha...
    keje penat, mesti nak isi perut sedap2 kan. anak2 pun sihat walafiat.
    nanti nak try la setin. buat cara sis ni, simple. nampak sedap!

    ReplyDelete
  14. Pernah nampak jenama nie tapi tak pernah lagi try yang sotong nyer. menarik nie - boleh tambah stok makanan dalam tin kat rumah bujang nie hehe

    ReplyDelete
  15. Nak cari la...ramai cakap sedap..adik ipar suka masak ni sotong dalam tin jenama ni

    ReplyDelete
  16. macam sedap je makanan ni. tapi saya tak pernah dengar lagi makanan ni. tengok macam yang ada dalam sambal nasi lemak tu.

    ReplyDelete
  17. Curious nya. Sedap ke? Tak pernah try. So konsep dia sama macam sardin dalam tin tu lah kan? Hmm boleh try nanti. Mana la tahu tersuka pulak kan.

    ReplyDelete
  18. I kureng sikit bila bab seafood tapi kenapa ek bila tengok gambar2 ni, teringin nak cuba try test pulak.. nampak gayanya kena turun pergi supermarket kat bawah rumah ni jap gi la..

    ReplyDelete
  19. Selalu nampak tapi xpenah try haha. Saje je kan nak buat kite terpengaruh nk try

    ReplyDelete
  20. Betul, i tak pernah try this brand punya sotong dalam tin lagi. Jap nak beli when i go for my groceries.

    ReplyDelete
  21. same, i will always spend more when it comes to food! i'll do whatever it takes to keep the tummy happy haha. this cuttlefish dish is popular among chinese too!

    ReplyDelete
  22. tak pernah lagi cuba masak sotong dalam tin nie sebab ibu x makan sotong n xberapa berkenan sotong dlm tin. tp mak sedara pernah masak sambal guna sotong dlm tin nie,sedap

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.