PERCUTIAN KE HONG KONG DISNEYLAND YANG TAKKAN AKU LUPAKAN

PERCUTIAN KE HONG KONG DISNEYLAND YANG TAKKAN AKU LUPAKAN | Takkan lupa tu sebab apa tau, sebab selama membesar, melihat tv dan kartun Disney, dan lihat orang pergi aje, tak sangka sama sekali akhirnya diri sendiri dapat jejak ke sini. Tak tau nak nangis ke nak apa masa tu, cuma terharu dapat sampai ke sini. Hehehe macam bebudak je kan 😆 .

Korang ada yang dah pergi Disneyland Hongkong ke? Bestkan! Masa mula sampai aje Sis ko dah terloncat-loncat depan keretapi tu, apalagi selpie welfie bagai dalam keretapi, belum sampai lagi tempatnya. Yer Sis pergi Hong Kong pada tahun lepas bersama sahabat travel Sis,Retna, tapi mohon maaf belum update lagi ceritanya di sini hahaha. Kalau nak baca boleh baca blog Retna aje hahaha.

Perjalanan kami bermula awal pagi macam biasa dari MTR Yau Ma Tei tempat kami tinggal. Tapi sebelum tu, korang kena beli tiket dulu kat online, kemudian korang kena claim balik tiketnya di kaunter airport untuk dapatkan cop. So di mana pun korang tinggal, korang kena pergi juga ke airport untuk cop tiket. Walaupun korang beli kat online. Nak senang dah beli online, sampai airport terus ke kaunter minta cop. Tak payah korang pergi ulang balik.

Cara ke DisneyLand dari airport:
Aiport (Airport Express) --> Tsing Yi
Tsing Yi (Tung Chung Line) --> Sunny Bay
Sunny Bay (Disneyland Resort Line) --> Disneyland Resort




Nantikan masa korang menunggu nak naik MTR di Sunny Bay ke Disneyland kan, korang mesti excited, sebab dia ada khas keretapi untuk ke Disneyland ni, dari jauh waaa dah nampak dah kepala Mickey Mouse, kalau ada anak kecil, mereka mesti happy woo, Sis ko pun woww sana sini, lagikan budak hahaha.

Jakun tak jakun, pertama kalikan memanglah jakun, lantak le orang nengok pun hahaha. Dalam train pun sama , baik tingkap ke handle pemegang ke, deko kursi ke semuanya Mickey Mouse..terus rasa tak sabarnyaa. Belum sampai gambar dah berpuluh hahaha.



Yeszaaa taraaa, akhirnya sampai juga ke DisneyLand Hong Kong. Dari stesen keretapi tu, korang kena naik atas, barulah jumpa pintu masuk ni ha. Cuaca panas terik wooo, tapi kalau bergambar cantik! Cahaya on point gitu. Maka aksi bergambar terloncat sana sini pun bermula, hahaha tak payah tunjuk! Agak tak sopan gitu, simpan untuk koleksi peribadi aje hahaha.

Masuk aje ke dalam pintu sana, waa lagu katun-katun dan suara-suara Disney dah dengar dah. Terutama suaranya Mickey. Dalam keadaan panas, berjalanlah kami dalam 10 minit untuk sampai ke pintu masuk Dosney. Pheww rentung kulit.




Sampai pintu masuk kena check bag dulu, biasalah masuk Legoland pun sama juga kena check. Makanan semua memang tak boleh bawak masuk, dan juga Tripod dan Monopod, haaa tu semua tak boleh bawa masuk yer, yerr termasuk juga Go-Pro. Tak tau kenapa tak boleh. Kalau terbawak kena saman.

Pepandailah korang ek. Jangan kata Sis tak bagitau. Dah jom masuk! Sekali dapat tiket ironman plak daaa hahahaha. Sis ko dah ngeri dah sebab si Retna kata nak cuba semua game yang ada, terketar-ketar lutut dah.




Gambar pertama tu adalah gambar pintu masuk utama ke dalam. Korang memang akan nampak sebesarnya depan tu bukan kosong-kosong aje, ada keretapi pusing Disney. Kejap ek fikir, Sis ko naik ke tak ek hahahaha, lupa daaa..Rasa macam naik hahaha.

Gambar kedua tu Main Street USA, kat sini le yang akan mereka buat kereta berhias dan juga pertunjukkan bunga api semua tu. Siang ke malam ke, kat sini lah. Tu nanti Sis tunjuk yer. Nampaknya banyak lagi ni gambar hahaha.

Dah jom kita jelajah dan ngendap Tarzan hahaha. Semakin berdebar jantung melihat kesemua game yang ada oii..Kita mulakan dengan Adventure Land.




Kalau yang ini korang naik boat, sepanjang boat tu akan dapatlah nengok bermacam haiwan yang macam hidup tapi tipah tertipu! Hahahaha punya menjerit aku nampak ular tedung, sekali rupanya pelesu semata!! hahahaha ngekkk! Gile kalau betul, memang Sis ko dah takde kat Malaysia hahaha.

Adventureland ni ada 6 tempat korang boleh terokai iaitu:-
- Journey to Halloween Town
- Jungle River Cruise
- Karibuni Marketplace
- Liki Tikis
- Rafts to Tarzan Treehouse
- Tarzan's Treehouse

Haa rumah Tarzan tu korang boleh naik tau, boleh masuk dalam semua. Cuma masa tu Sis dan Retna macam fikir dua tiga kali nak manjat, tak sanggup nak memanjat atas tu. So kami lihat dari jauh aje. Cantikkannn.




Lepas dah sudah ke Adventureland tu, kitaorang ke Toy Story. Yang ni Retna excited sangat tapi kesian dia nak amik gambar dengan Woody tapi seisi bergambar dah habis hehehe. Pastu dia mengajak naik Slinky Dog Train tu hahahaha. Gelak kojol naik benda tu, pusing-pusing tak kemananya, bebudak pun taknak naik hahahaha.

Lepas tu naik plak Toy Soldier Parachute Drop tu, mulakan okay je, alaa benda tak adventure kan, so okaylah, tapi....bila dah naik, amekkawwww dua-dua menjerit macam nak haperrr!! Gilooo bikin jantung tercabut jatuh, gayat gilerrr hahahaha.

Game yang ada kat Toy Story ni: 
- Barrel of Fun
- RC Racer
- nSlinky Dog Spin
- Toy Soldier Parachute Drop






Yang ini paling enjoy dan rehat gila. Hahaha dengan cuaca panas tu, Sis dan Retna amik keputusan masuk dan duduk le dalam train It's Smal World ni. Sis takde amik gambar sebab Sis amik full video sepanjang dalam tu. Ikutkan tak boleh amik video, tapi Sis ko kan degil hahahaha. So korang tengok ajelah video tu ye. Anak-anak mesti suka!

Di FantasyLand ni banyak aktiviti untuk anak-anak: 
- Celebration of Coco cratft activity
- Cinderella Carousel
- Dumbo The Flying Elephant
- Fairy Tale Forest
- Fantasy Garden
- Halloween Time Festival Garden
- HK Railroad
- Its a small world
- Mad Hatter Tea Cup
- Winnie the Pooh Adventure
- Mickey's Philharmagic
- Sleeping Beauty Castle
- Sword in the Stone







Masa ke Tomorrowland ni macam-macam benda jumpa. Tang yang ni kan memang kelakar seram habis hahaha. Punyalah beratur panjang dengan Retna, sampai fikir oo kita naik angkasa lepas kot nanti, okay tunggu, sekali tiba masa je, erkkk just amik gambar dengan benda ketot putih tu bak kata Retna hahahaha, lawak gile! Gelak tak sudah kitaorang. 

Lepas tu, masuk pulak ke Space Traders tu. Yang gelihati Sis ko punyalah amik gambo signboard tapi tak perasan situ ada tulis roller coaster. Eee mau tak terkejut naik aje terus katanya 'are you ready?', mamposs! Jeritlah sepuashati dalam tu dalam keadaan gelap. Bukan derang nampak pun Sis ko hahahaha. 

Games Tomorrowland : 
- Hyperspace Mountain (Space Traders)
- Iron Man Experience
- Iron Man Tech Showcase
- Orbitron
- STAR WAR: command post

Okay kat bawah ni korang layan le antara gambar Sis bersama maskot-maskot karaktor Disney yang sempat Sis dan Retna jumpa ya






Makan tengah hari tu kitaorang tak makan berat, beli waffle aje. Nasib Sis ko ni tak kisah juga, masih boleh tahan lapar, kalau jenis makan nasi, haru, dah le mahal juga oii rege makan kat sini. So pepandai le korang. Jangan ingat nak melantak aje. 

Ayat Retna : Harga waffle plus lemon tea HKD87. Waffle ni korang leh jumpa kat bahagian depan berdekatan dengan USA Street. Ada 2 restoran halal kat dalam Disney ni. The Tahitian Restaurant @ Adventureland dan satu lagi Explorer Club Restaurant @ Mystic Point. Tapi masa kami ke sana restoran Tahitian tutup. Dan kami tak sempat plak nak cuba makan di Explorer Club. Sudahnya memang lunch kamie hanya waffle semata-mata. Kembung minum air je. Walau air agak mahal tapi terpaksa gak la beli kan. Dia jual air HKD60 untuk 2 botol. 😆







Parade Show ni dalam jam 4pm juga baru mula. Puas menunggu, sambil menunggu tu ler makan waffer tu. Orang dah penuh di kaki-kaki jalan. Tapi bila dah start, Sis ko le orangnya yang super excited hahahaha. Nak amik video tapi geram nengok lawa sangat maka tak amik video, Sis amik gambar aje. Ni pun masuk separuh, gile masuk semua, jenuh nak scroll. 

Habis je show kitaorang sambung lagi jalan. Tercari-cari gak karaktor lain, tapi takde dah. 

Then kami singgah ke ke Mystic Point.
- Garden of Wonder
- Mystic Manor
- Mystic Point Freight Depot 

Last kitaorang ke Grizzly Gulch:
- Big Grizzly Mountai Runaway Mine Car
- Geyser Gulch
- Wild West Photo Fun




Masa ni kan Retna dah pujuk ajak main games Roller Coaster terbalik tu, oh! tidakk lee Sis ko nak naik, sebab terang-terang nampak itu roller coaster hahaha lain le yang tadi tu, yang itu tipah tertipu hahaha adeii...gilee naik terbalik woii. 

Hari semakin gelap, kaki dah letih, lutut dah hampir bengkok, tapi kami gigihkan juga jalan lagi dan pusing-pusing. Kejap-kejap duduk hahaha. Perghh sebab nak menunggu ke malam nanti ada lagi Parade Show lampu plak. Rugilah kalau balik awalkan. 

Eh jomm kita nengok kedai cenderamata kat sini plak ye. 





Kedai cenderamata dia banyak kat sini. Setiap korang masuk dan keluar setiap games pun ada juga kedai cenderamatanya. Kat luar lagi ler, nak taknak je ko nak belinya. Tapi nasib baik anak-anak Sis dari sebelum pergi anak-anak dah minta belikan pen aje. Hehehe yerr pen aje, tapi cantiklah pennya. 

Baik anak pompuan, baik yang lelakinya, memasing nak pen aje hahaha keychain pun taknak, maka belilah Sis ko bermacam jenis pen yang ado lain dari yang lain hehehe. 






Dalam hampir jam 7pm lebih macamtu barulah Parade Show tu bermula. Ianya sama macam siang tu cuma show dia ada beza sebab banyak lampu-lampu cantik pada kereta berhias dan juga karaktor dia. Memang meriah. Sis ko malas nak amik sebab dah padat dengan orang. Bau ketika hapak dah semua. 

Lepas je selesai show parade tu, semua berkumpul ke depan, sebab tiba masa Mickey Mouse say Goodbye. Alololo sweetkan. Semua bangunan bercahaya dan bestnya siap ada buat cerita pendek katun Mickey Mouse dan kita tengok di bangunan tu. Sangat kreatif. 

Habis aje, perghh semua berebut nak balik. Sis gan Retna santai-santai aje, kaki macam nak tercabut hahahaha. Tapi kami enjoy gile!! 


So korang kalau ada rezeki lebih tu, haa mai le ke Disneyland bawa anak-anak semua. Beli online pun boleh, cuti sekolah dah dekat ni, rancang percutian awal supaya tak kelam kabut. 

Atau korang boleh juga amik pakej dengan ARBA TRAVEL

Arba travel juga ada sediakan pakej percutian dalam dan luar negara, termasuk ke Hong Kong dengan pakej secara group ataupun secara private. Kot mana tau korang nak privacykan. Semuanya di sediakan, dari segi transport, hotel, makanan dan kemudahan semua ARBA Travel yang uruskan. Korang hanya bayar aje. Harga pakej dia pun tak mahai, berbaloilah sebab orang kita terutamanya orang Islam yang uruskan. 

Siapa ARBA Travel

ARBA Travel juga satu-satunya ‘Travel Agency’ Malaysia yang pernah memenangi anugerah berprestij tersebut. 
Korang boleh baca di https://arbatravel.com/siapa-kami/ 


Jom booking sekarang!! ..


P/S: Menghitung hari pulak nak bercuti ni.. tik tok tik tok 

12 comments:

  1. Hahahahaj akhirnyaaa...syabaasss berjaya abiskan satu cerita di HK wakaka 😝

    Best! Best! Counting days nak g holiday lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha syabas juga sebab habis membacanya hahahaha i sudah tidak sabar hokay @Retna ....arigato!!

      Delete
  2. wowwww.. seronoknyaaaaaaaaaa.. kalau org besar pun enjoy datang sini, budak2 apatah lagi kan sis.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Dilah, terloncat-loncat ngalahkan bebudak hahahaha

      Delete
  3. Tetiba rasa menyesal tak masuk disneyland tokyo haritu. pergi ambik gmbar ket luar je. gara2 nak kejar masa untuk cover bandar tokyo. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhh ruginyaaa @Mawardi, Sis pulak dalam wishlist tu nanti nak ke Jepun nak pergi Disneyland dia hehehehe

      Delete
  4. Wowww, wowwww!!!!! Nice giler........syiiokknyee...
    Moga ad rezeki...AMIN

    ReplyDelete
  5. kat sini takde hong kong snack, iaitu waffle ke? hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini takde, kalau ada dah ku bedal makan seharian @Sunah hahahaa

      Delete
  6. aduh kak lin. seronoknya. tapi anak kena besar sikit baru boleh plan datang sini. tapi banyak jugak yang strictly no ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Mek @Yunie, kalau anak kecil seronoknya lain ke sini, kalau anak dah besar, seronoknya lain macam plak hahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.