APA BEZA CEKODOK BAWANG DENGAN CEKODOK IKAN BILIS?

APA BEZA CEKODOK BAWANG DENGAN  CEKODOK IKAN BILIS? | Eh...ada beza ke? Hahaha mestilah ada, dah nama pun satu ikan bilis, satu lagi bawang hahaha aiyoooo itu pun tarak tau ka? Kekeke saje bergurau senda gan korang, jangan klik X haaa...hahaha.

Pagi tadi Sis goreng cekodok ikan bilis dan juga cekodok bawang. Sebab apa sampai dua jenis? Sebab ada tetamu Sis tu dia tak makan bawang hahaha. Siapa lagi kalau bukan seketul Sunah tu. Apa laa kan tak makan bawang, bawang tu kan bagus, anti kanser. Ermmm...

Nasib baik ikan bilis tu banyak dan dah siap kopek, so senang, main cekut aje hehehe.
[Baca sini] : https://www.sislin76.com/2019/07/aku-paling-suka-kopek-ikan-bilis.html

Makanya kesian pulak kalau goreng semua cekodok ada bawang, kang habis di koreknya dak Sunah cekodok tu keluarkan bawang, jadi dari menyusahkan diri dia, baiklah Sis masak aje dua jenis hehehe.


Sis ko kalau buat cekodok atau jejemput ke, memang meleper gitu, tak pernahnya nak jadi bolat hahaha. Padahal jari tuannya bolat, tapi ehhhh tetap jadi meleper, tak apalah, leper ke bolat ke janji rasa cekodok.

Nak buat sambal kicap, sekali cili padi pulak dah habis, cecahlah dengan sos tomato (Sis punya) dan juga cili sos. Kenyang juga sarapan pagi tadi. Masa post ni update, Sis tengah nak menjala pulak, malam kang ada tetamu nak datang, teringin nak makan roti jala, so kita menjalalah..

Roti jala cecah dengan kari ikan, perghhh sedap kann hehehehe...
Kalau rajin, esok le Sis tayang ye..hehehehe..

Soalan biasa netizen: 'Rajin Sunah tidur rumah Sis ya'...

Oooo Sunah memang Sis yang paksa dia selalu tidur rumah, teman Sis hehehe. Semalam kebetulan kami ada event, so Sis minta dia tidur rumah Sis. Kat rumah pun, dia buat kerja dia, Sis buat kerja Sis. Malam kami layan Netflix hehehe..

Cuma pagi tadi je, Sis ada rajin sikit, ada masa, editkan blog Dilah, bolehlah kalau nak Sis tolong editkan sikit-sikit yang basic, kalau nak design semua, Sis tak reti, setakat nak suruh buat blog tukar layout yang basic aja Sis boleh tolong.

Okaylah...nanti sambung lagi..
Jom layan roti jala gan kari ikan hehehe..


P/S: Rindu Suami .... šŸ˜­

12 comments:

  1. hahahah cekodok ikan bilis ada lagi tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah perabiskan sebab cekodok bawang sudah habis yaaa @Sunah hahahaha

      Delete
  2. Alahai, cian dia rindu En Sabar. Nanti sbelum fly jgn lupa gi lepaskan rindu dulu tau.

    Sunah, iyo2 tak makan bawang. Yg lauk pauk sume tu semua ada bawang sunah oiii.

    Kitakan Lin, perkataan cekodok tu khas utk jemput2 pisang je, kalu selain dari tu ku sebut jemput2, samalah, susah nak jadi bulat, mesti meleper, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu begitulah, dah masuk 3 minggu ni tak jumpa Kak @Seri...
      Sunah tak makan bawang yang potong tu, bawang dalam masakan dia makan...
      Ooo kita sama je cekodok ke jejemput ke hehehhee

      Delete
  3. Alamak sis ni dah buat uyul nak goreng cekodok puleeeeee malam malam ni

    ReplyDelete
  4. Semalam pegi jemputan kahwin rumah ke -3 ambil cekodok bawang aje sebab dah kenyang.
    Sedap pulak dia goreng leper2 gitu, cicah sos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa jemputan kawin ada cekodok ek @Wak..lain dari yang lain ..

      Delete
  5. Saya suka je dedua..kalau dicampur...lagi sodappp!Tapi kadang senang tercekik bila makan cekodok bilis... Tah kenapa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah tercekik kenapa plak ko @Nona oii hahahaha

      Delete
  6. Alahai sunah...cekodok ikan bilis letak bawang la sodap...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn @Suria, kalau Sis plak, takde bawang memang tak boleh nak makan cekodok hahahaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.